Sebut sahaja Ayam Masak Vanggey, pasti ramai yang teringat-ingat akan keenakan hidangan istimewa ni. Malah ia antara sajian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Bagi anda yang teringin nak cuba masak hidangan Ayam Masak Vanggey ni untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Rani Genga ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM MASAK VANGGEY
BAHAN-BAHAN:
1 ½ ekor ayam – gaul dengan garam serta serbuk kunyit
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. 2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. 3. Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus. 4. Tumis rempah 5 sekawan seketika. 5. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan. 6. Masukkan bahan-bahan kisar. 7. Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak. 8. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata. 9. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili. Gaul sebati.
10. Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus. 11. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
Ads
12. Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan. 13. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Enaknya menikmati Mushroom Chicken Pie @ Pai Ayam Cendawan. Penuh rasa krim dan kombinasi rasa ayam serta cendawan yang penuh perisa. Bagi anda yang mengegmari sajian pastri, resipi perkongsian saudari Widiati Sulaiman ni boleh dicuba. Sangat mudah disediakan malah tidak perlu uli tepung untuk membuat doh pastri. Guna puff pastri segera sahaja. Mudah kan? Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT PAI AYAM CENDAWAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus puff pastry segera – beli online disini 1 keping isi dada ayam – potong dadu 1 biji bawang holland – potong dadu – beli online disini 2 ulas bawang putih – cincang – beli online disini ½ batang lobak merah – potong dadu 1 biji telur ½ biji lada benggala – potong dadu 5-6 biji cendawan butang – hiris 1 kotak krim masakan Garam dan gula secukup rasa
Bakar selama 15 minit sehingga bahagian atas bertukar coklat keemasan.
Terus potong selepas dikeluarkan dari oven.
Sedia dinikmati.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa aneka bijirin yang lemak dan sedap
Cara memasak : Bakar
GOOEY SALTED CARAMEL VANILLA BUTTER COOKIES – DOUBLE SPRED DENGAN BLACK BEAUTY
BAHAN-BAHAN:
150gm mentega
½ cawan gula
2 telur kuning
1 sudu teh esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum
BAHAN SALTED CARAMEL:
1/3 cawan gula perang
55gm mentega
2 sudu makan krim putar
Sedikit Fleur De Sel (Kosher Salt)
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula, telur kuning dan esen vanila sehingga gebu dan kembang.
Masukkan tepung. Bulatkan doh sebesar 1.5inci tiap satu.
Tekan di bahagian tengah adunan, untuk dipaipkan sos karamel. Sejukkan semalaman.
Keluarkan adunan dan terus bakar selama 8 hingga 10 minit. Tekan semula bahagian tengah.
Setelah masak, keluarkan dan sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat sos karamel; cairkan mentega dan gula perang sehingga semua sebati, kacau hingga berbuih. Angkat dari api.
. Masukkan krim putar dan kacau lagi sehingga semua sebati. Biarkan sejuk sebentar dalam 10 minit.
Masukkan adunan sos karamel ke dalam piping bag dan paipkan sos karamel ke dalam biskut. Akhit sekali, tabur Fleur De Sel.
Sedia dinikmati.
Info chef: Fleur De Sel adalah garam laut yang dikikis pada bahagian paling lapisan atas lautan garam.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa lemak, manis dan sedikit masin
Cara memasak : Tumis dan reneh
MATCHA COOKIES – DOUBLE SPREAD DGN STRAWBERY JEM SHORTBREAD
BAHAN-BAHAN:
113gm mentega
¼ cawan + 2susu makan gula kastor
¼ cawan + 2 sudu makan gula perang
Sedikit esen vanila
1 biji telur
1 cawan + 1 sudu makan tepung gandum
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garam
2 sudu makan matcha powder
1 cawan semi –sweet chocolate chips
CARA MEMASAK:
Pukul mentega, gula kastor dan gula perang.
Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sekata. Ketepikan.
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, garam dan serbuk matcha.
Campur bahan ayak ke dalam adunan bahan tadi dan juga chocolate chips.
Rehatkan adunan semalaman.
Bulat-bulatkan adunan, tekan-tekan doh supaya menjadi leper sedikit dan bakar pada suhu 170C selama 10-13 minit sehingga masak sepenuhnya.
Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Pastikan simpan di dalam bekas kedap udara supaya biskut tidak lemau.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa unik kerana kandungan teh hijau di dalamnya
Cara memasak : Bakar
NUTELLA OATMEAL BARS
BAHAN-BAHAN:
141gm mentega | cairkan
130gm gula perang
1 cawan tepung gandum
1 cawan rolled oats
¾ sudu teh serbuk penaik
1/8 sudu teh garam
150gm nutella
75gm semi sweet chocolate chip
Sedikit esen vanila
CARA MEMASAK:
Lapiskan loyang empat segi bersaiz 8 x 8 inci dengan parchment paper dan sembur baking spray. Ketepikan.
Campurkan mentega yang dicairkan, gula perang dan esen vanila. Gaul sehingga semua bersatu. Ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, rolled oats, serbuk penaik dan garam. Dengan menggunakan teknik ‘rubbing’, satukan dengan adunan bercampur mentega tadi sehingga menjadi crumble.
Ambil separuh dan tabur ke dalam loyang. Tekan-tekan dan bakar selama 10 minit.
Keluarkan dari oven dan sapukan bahagian atas dengan Nutella dan ratakan dengan spatula. Tabur chocolate chip.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi menutupi lapisan nutella dan chocolate chip. Tekan-tekan sedikit dan bakar semula selama 12-15 minit pada suhu 160C.
Biarkan sejuk, barulah dipotong.
Info chef: Rolled oats terbentuk apabila bijirin oat dikukus dan kemudian dijadikan emping oat. Boleh dibeli di kedai.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap
Cara memasak : Bakar
PALMIER
BAHAN-BAHAN:
1 paket puff pastry
Gula kastor secukupnya
CARA MEMASAK:
Keluarkan 1 set helaian puff pastry dan tabur gula kastor di atas permukaan puff pastry.
Dengan menggunakan rolling pin, gelek di atas permukaan puff. Proses ni akan membolehkan gula masuk ke dalam kulit puff. Ulang sehingga empat kali.
Kemudian, bentangkan puff pastri di atas meja. Lipat bahagian kiri dan kanan ke dalam. Seterusnya lipat lagi ke dalam sehingga membentuk seperti gulungan.
Sejukkan selama 1 jam. Setelah sejuk, potong dan susun di dalam dulang pembakar yang telah dilapik dengan parchment paper.
Bakar selama 20 minit atau sehingga bertukar warna coklat keemasan.
Keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Sangat mudah dibuat
Cara memasak : Bakar
RED VELVET CRINCLE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
115gm mentega
200gm muscovado sugar (gula perang)
2 biji telur
2 sudu teh pewarna merah
BAHAN AYAK:
280gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
40gm serbuk koko
25g gula ising | untuk digolek dengan bebola doh
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan muscovado sugar sehingga kembang.
Masukkan telur. Pukul lagi. Campur pewarna merah.
Masukkan bahan ayak. Campur semua sehingga menjadi doh.
Bulat-bulatkan doh dan golekkan dengan gula ising.
Susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit doh menjadi leper sedikit.
Bakar selama 12-15 minit pada suhu 165C.
Keluarkan dan sejukkan. Sedia dinikmati.
Info chef: Muscovado berwarna perang gelap dan sedikit kasar serta melekit daripada kebanyakan gula perang dan diperbuat daripada air tebu.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas
Cara memasak : Tumis dan reneh
Anggaran kos : RM15-RM20
WHITE CHOCOLATE PEANUT BUTTER BARS
BAHAN-BAHAN:
226gm mentega | cairkan
1 cawan mentega kacang
1 cawan biskut cream crackers
450gm gula ising
340gm coklat putih
CARA MEMASAK:
Di dalam mesin pemproses makanan, kisar biskut cream crackers, gula dan mentega kacang.
Kemudian gaul bersama mentega yang dicairkan.
Masukkan ke dalam loyang 8 x 8 inci. Tekan-tekan sedikit.
Cairkan coklat putih dan tuang ke atas aduan tadi. Sejukkan sebelum potong.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Biskut
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis
Cara memasak : Reneh
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hunny Wanny.
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
Bawang besar | dihiris
Cili padi | dihiris
Cili besar | dihiris
Tomato | dihiris
Asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Info RASA: Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!