
Suka makan Ayam Masak Kurma? Kuah pekat, penuh perisa memang sangat membuka selera. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bagi anda yang sangat menggemari sajian ini, jom cuba resipi ini. Rupanya ad acara untuk jadikan Ayam Masak Kurma jadi lebih enak tau. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM MASAK KURMA PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam
- Bawang merah – kisar
- Bawang putih – kisar
- Halia – kisar
- 1 ½ paket rempah kurma
- Rempah 4 sekawan
- Daun bawang – kisar
- Daun ketumbar – kisar
- Badam – kisar
- 2 cawan air
- Pes asam jawa (boleh juga guna asam keping)
- Kentang – dipotong kecil
- Lobak merah – dipotong kecil
- ¼ cawan santan pekat
- Cili hijau
- Tomato
- Bawang besar
- 2 kiub MAGGI® Pati Ayam
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang kisar serta rempah 4 sekawan di dalam kuali sampai wangi dan garing. Bubuh rempah kurma. Kacau-kacaukan supaya tak hangus.
- Bila bahan tumisan tadi dah pecah minyak, masukkan bahan rahsia iaitu daun bawang, daun ketumbar dan badam. Kacau lagi.
- Bila semua bahan elok pecah minyak, masukkan ayam. Kacau-kacau. Bila air ayam dah sedikit kering, bolehlah masukkan air.
- Sementara menunggu untuk kuah mendidih, Gaulkan semua bahan.
- Masukkan kentang dan lobak merah. Kacau rata. Bila kentang, lobak merah dan ayam dah elok masak dan empuk, bolehlah masukkan santan pekat. Biarkan kuah mereneh.
- Masukkan cili hijau, tomato dan bawang besar. Kacau-kacaukan lagi. Jangan biar dia hangus. Perasakan dengan kiub MAGGI® Pati Ayam. Ikut selera masing-masing ya.
- Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Dah siap!
PETUA: Penambahan kacang badam kisar menjadikan hidangan Ayam Masak Kurma lebih enak dan berperisa.
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Menang, Nak Selesaikan Hutang Kereta” – Wan Norliza

Tuah pengguna setia rempah kari Baba’s! Inilah yang dikatakan rezeki terpijak buat peserta dari Pantai Timur, Wan Norliza Wan Mat. Niat menyertai hanya sekadar untuk suka-suka namun membuahkan hasil apabila terpilih top 2 untuk ke peringkat separuh akhir pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s.
Meskipun seringkali menerima pujian masakan di rumah, Wan Norliza tetap gementar ketika mempersembahkan masakan Daging Masak Serai Berempah di hadapan juri.
“Kalau nak tahu, untuk resipi ini, saya guna 3 jenis produk Baba’s iaitu rempah kari, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kiranya 3 elemen dalam satu masakan. Walaupun menggigil tangan, alhamdulillah, juri suka dan puji persembahan yang menarik.
Sebenarnya, resipi ini warisan daripada arwah bapa mertua saya. Tetapi saya olah sedikit dengan masukkan daun limau purut, memang rasanya jadi lagi sedap!
Ketika ditanya macam mana boleh tergerak hati untuk menyertai pertandingan ini, Wan Norliza memberitahu, dia tanpa sengaja terlihat iklan Baba’s ketika melayari laman sosial Facebook.
“Saya terus minta izin pada suami untuk sertai pertandingan. Alhamdulillah suami dan anak-anak menjadi penyokong terkuat saya.
“Resipi itu memang sedap dan menjadi menu kegemaran keluarga. Kami pula pengguna setia rempah kari Baba’s. Malam tu juga saya isi borang, tulis resipi, cari gambar dalam telefon dan hantar borang penyertaan,” ceritanya.
Meskipun pertandingan ini disertai ramai peserta yang hebat-hebat, Wan Norliza tetap menyimpan harapan untuk memenangi hadiah utama RM10,000.
“Saya berniat untuk jelaskan hutang kereta yang anak guna untuk belajar. Insya-Allah, jika ada rezeki semoga hadiah RM10,000 menjadi milik peserta bernama Wan Norliza Wan Mat,” jelasnya.
DAGING MASAK SERAI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
½ kg daging
1 peket rempah kari daging BABA’S
2 sudu makan serbuk kunyit BABA’S
2 sudu makan serbuk cili BABA’S
3 biji bawang besar holland (*)
3 ulas bawang merah (*)
5 ulas bawang putih (*)
2cm halia (*)
2 batang serai (*)
5 biji buah keras (*)
1 kotak santan (200ml)
3 helai daun limau purut
4 sekawan
Minyak untuk menumis
Bahan perasa (gula, garam, serbuk perasa)
CARA MEMASAK:
1. Potong daging kepada potongan kecil-kecil. Kemudian, kisar bahan bertanda (*) .
2. Panaskan minyak, kemudian tumis 4 sekawan. Masukan bahan kisar *, serbuk kunyit BABA’s, serbuk cili BABA’s. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari daging BABA’s dan daging yang telah dipotong dan dicuci. Kacau sehingga empuk.
3. Masukkan santan. Perasa dengan garam, gula, air asam jawa dan serbuk perasa. Setelah agak pekat, bolehlah dihidangkan.
*Sesuai dimakan dengan nasi putih, roti jala, ketupat, pulut kuning dan lain-lain.
*lebih mudah jika menggunakan periuk tekanan.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Siapa Bakal Bergelar Juara? Ini 12 Finalis Yang Layak Ke Separuh Akhir jagOH! RASA BABA’S

Setelah empat minggu menjelajah ke empat zon di Malaysia, Pencarian jagOH! RASA BABA’S kini menghampiri kemuncaknya. 12 orang peserta mewakili zon Utara, Pantai Timur, Selatan dan juga Sentral telah pun dikenal pasti. Bukan biasa-biasa ya calon juara ni. Semuanya hebat belaka.
Misi mencari jagOH! RASA BABA’S dimulakan dengan zon Utara di mana selebriti Shiha Zikir merupakan team leader bagi kawasan ini. Dari puluhan penyertaan yang dihantar secara atas talian, hanya 13 orang peserta sahaja dipilih untuk ke peringkat penjurian yang berlangsung di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Kari dan orang Utara memang kamching! Memang tidak boleh dinafikan menu-menu yang dimasak, memang sangat padu dan sedap. Masakan homemade tapi ibarat makan hidangan kari dari restoran terkenal. Semerbak bau kari dalam bilik juri. Memang terbaiklah!
Seminggu kemudian, team jagOH! RASA BABA’S menjelajah pula ke MYDIN Tunjong, Kota Bharu Kelantan bagi mencari wakil bagi zon Pantai Timur. Kakak kawasan mereka tidak lain tidak bukan adalah selebriti yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Shahirah.
Jangan tak tahu, masakan orang Kelantan, Terengganu dan Pahang ni pun tak kurang hebatnya. Sajian istimewa Pantai Timur yang dimasak menggunakan rempah BABA’S. Ada Kari Otak Lembu, Gulai Kawah, Gulai Darat, Kari Ikan, Kari Kambing dan banyak lagi.
Malah kreativiti peserta menghasilkan menu-menu fusion dan moden menggunakan rempah kari BABA’S seperti Kari Kofta, Kari Kekacang Lamb Skewer, Kari Western Spageti dan macam-macam lagi turut mengagumkan para juri.
Usai bertemu orang Pantai Timur, tiba giliran orang Selatan pula menunjukkan kehandalan memasak. Bertempat di MYDIN Mutiara Rini, Johor Bahru, Feeya Iskandar atau lebih terkenal dengan panggilan Cik Piah, menjadi team leader menampilkan barisan peserta terbaik mewakili Negeri Sembilan, Melaka dan Johor untuk para juri menilai masakan mereka.
Bukan mudah nak pilih wakil ni. Hebat-hebat menunya. Bergegar lidah juri merasa semua masakan. Dari pagi sampai ke petang juri menilai dan meneliti hidangan yang memenuhi kriteria. Ada Nasi Turkey, Mee Rebus Johor, Laksa Johor, Chicken Masu Nepali, Savoury Mutabak Choux Ala Babas, Kari Pathan, Kari Tenggiri, Bebotok, dan banyak lagi sajian istimewa orang Selatan yang dimasak menggunakan rempah Babas dengan cara yang tersendiri.
Selesai team Shiha, Kak Shiera & Cik Piah, giliran team Zulin Aziz pula menunjukkan belang. Kalau nak tahu, team Sentral mencatatkan paling banyak penyertaan. Memang hangat sambutan yang diberikan. Di lokasi lain, penjurian hanya dua sesi tapi di MYDIN Subang Jaya, Selangor ni kena buat tiga sesi. Bak kata para juri, kawasan sentral ni paling pening untuk pilih wakilnya. Malah slot untuk Wild Card juga semua dibolot oleh team Sentral! Terbaiklah orang KL & Selangor!
Hangat memang hangat. Pada sesi penjurian di setiap lokasi, memang ‘strugggle’ para juri nak memilih juadah mana yang terbaik sebab semuanya enak-enak belaka. Para peserta pula terdiri dari pelbagai latar belakang dan masing-masing punya kepakaran yang tersendiri.
Sepanjang pertanding berlangsung di empat lokasi ini, banyak kisah suka dan duka yang bakal menjadi memori.
Ada peserta yang kemalangan hingga terpaksa naik kenderaan awam ke tempat pertandingan, terlewat sampai disebabkan kesesakan lalu lintas dan cuaca buruk, mangkuk pecah ketika sesi plating, masakan yang siap dihias tertumpah hingga terpaksa kru bantu untuk sediakan pinggan hidangan yang dan banyak lagi. Mendebarkan tetapi ia pasti menjadi satu kenangan indah dalam mencari jagOH! RASA BABA’S kali ini.
Malah pertandingan ini juga mencatatkan sejarahnya yang tersendiri dimana Puan Selvi Nadaraja yang berumur 69 tahun menjadi peserta tertua yang masuk bertanding dan beliau juga terpilih untuk ke peringkat separuh akhir bagi mewakili kawasan Sentral!
Di setiap lokasi, semua masakan diadili berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh barisan juri yang terdiri dari Cik Ida Abd Aziz, Editor Pengurusan Rasa, Encik Claudian Navin Stanislaus Babas; Ketua Komunikasi & Pemasaran Pengguna BABA’S, Encik Farhan Hafetz; Pengurus Komunikasi & Pemasaran Pengguna BABA’S dan barisan team leader Shiha Zikir (Utara), Sharifah Shahirah (Pantai Timur) Feeya Iskandar (Selantan) & Zulin Aziz (Sentral).
Berikut adalah senarai 12 peserta yang berjaya menduduki tangga teratas pencarian jagOH! RASA BABA’S.
TEAM UTARA:
- Mastura Binti Mohammad Nordin – Udang Masak Berempah
- Norsyahida Binti Mat Isa – Kari Kepala Ikan Nyok-Nyok
TEAM PANTAI TIMUR:
- Asmahani Binti Mohamad – Focaccia Kari Baba’s & Kari Kofta
- Wan Nurliza Binti Wan Nor – Daging Masak Serai Berempah
TEAM SELATAN:
- Aliff Bin Oslan – Savoury Murtabak Choux Ala Babas
- Mohd Sharifudin Bin Salleh – Lamb Chop Hitam Manis Masa’la Baba’s
TEAM SENTRAL:
- Budiman Bistari Bin Mohamed – Nasi Paella Kari Ikan Babas Karipoley
- Nor Azimah Binti Ahmad Afandi – Shell Out Kasih Babas
- Muhammad Qayyum Irwanzi Bin Alwi – Ayam Goreng Kari Babas- Saranghae
- Fazerina Binti Ibrahim – Ayam Masak Vanggey – Nasi Kandar Melayu
- Fazalina Binti Ismail – Nasi Udang Berempah Dengan Sotong Sumbat Bersos Spicy Creamy Cheese & Salad Mangga Sotong Ala Baba’s
- Selvi Nadaraja – Pumpkin Crab Peratal
Siapakah yang bakal terpilih sebagai TOP 4 dan seterusnya mewakili zon masing-masing ke peringkat akhir bagi membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000?
Anda boleh bantu mereka merialisasikan impian bergelar jagOH! Jadi jangan lupa undi peserta pilihan anda di www.rasa.my/babas/ bermula 1-31 Julai ini.
Nantikan ya!
Kuah Spageti Bolognese Jadi Lebih Sedap Bila Campur Dua Sos Ni

Spageti Bolognese Meatball adalah antara sajian pasta yang menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak. Cara penyediaannya mudah, rasa yang sedap dan tidak pedas. Di pasaraya, terdapat pelbagai jenama sos spageti yang ada. Gunakan dua jenis sos pasta tradisional dan juga sos pasta mushroom. Hasilnya memang sangat enak walaupun menggunakan sos segera. Terasa nak makan Spageti Bolognese Meatball? Jom cuba resipi ni.
CARA MUDAH MASAK KUAH SPAGETI BOLOGNESE MEATBALL PALING BEST
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket spageti
- 1 biji bawang Holland – potong dadu
- 1paket daging cincang
- 1 botol sos pasta mushroom
- 1 botol sos pasta traditional
- 1 tin cendawan – potong nipis
- 3 sudu besar MAGGI®️ Sos Cili
- 2 sudu besar MAGGI®️ Sambal Tumis
- 4 ulas bawang putih – dicincang
- 2 biji tomato – potong dadu
- 500gm bebola daging
- 2 helai daun bay
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit Italian herbs
- Sedikit oregano
- 1 kiub pati daging
- MAGGI®️ CukupRasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam. Rebus spageti hingga lembut. Toskan.
- Untuk membuat sos, panaskan minyak, tumiskan bawang putih, MAGGI®️ Sambal Tumis dan bawang Holland hingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan bebola daging. Kacau hingga masak dan air kering.
- Kemudian masukkan kesemua sos pasta, MAGGI®️ Sos Cili, kiub pati daging dan sedikit air.
- Masukkan juga tomato yang dipotong dadu, cendawan dan daun bay. Tunggu sehingga sos menggelegak.
- Letak sedikit Italian herbs, oregano, serbuk lada hitam dan MAGGI®️ CukupRasa. Kacau hingga kuah nampak naik minyak. Tutup api.
- Hidangkan kuah Bolognese bersama spageti. Taburkan oregano ke dalam kuah bolognese sebelum dihidangkan.
PETUA: Selain kuah yang enak, salah satu petua untuk menyedapkan Spageti Bolognese adalah dengan meletakkan garam ketika merebus pasta. Garam akan membuat pasta berasa rasa lebih berperisa.
Kredit foto: Shutterstock