Waktu berbuka tanpa hidangan kuih muih dan bubur bagai tidak lengkap. Kebiasaannya hidangan pemanis mulut seperti aneka bubur dan pengat manis sering menjadi pilihan ramai pada akhir hidangan termasuklah ketika berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Tidak lupa juga kuih muih tradisi yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang manis, lemak dan pelbagai perisa, memang tak jemu. Jom cuba buat. Pasti puas hati dan  menambat selera. Berikut dikongsikan resipi pelbagai jenis bubur , pengat dan kuih muih sepanjang 30 hari berpuasa. Selamat mencuba.

1. BUBUR BARLI DAN KELEDEK

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm barli
  • 200gm keledek yang dipotong dadu
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk.  Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  2. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Hidangan yang boleh mengenyangkan.

 

2. BUBUR ANEKA UBI

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm keledek berwarna oren yang dipotong dadu
  • 50gm ubi keledek kuning yang dipotong dadu
  • 50gm ubi kayu yang dipotong dadu
  • 50gm ubi keladi yang dipotong dadu
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 650gm air
  • 1 helai daun pandan | simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus keledek, ubi kayu dan keladi hingga kembang dan empuk.
  2. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar, kemudian masukkan santan pekat.
  3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Boleh gunakan jenis ubi lain juga jika suka.

 

3. BUBUR BUTIR NANGKA

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung pulut
  • 1-2 titis pewarna merah
  • 1-2 titis pewarna hijau
  • 1-2 titis pewarna kuning
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 400gm air | kuah santan
  • 600gm air | untuk rebus butir nangka
  • 1 helai daun pandan |simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
  2. Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.  Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian.  Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
  3. Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak.  Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat.  Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
  4. Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  5. Apabila kuah telah menggeleggak  dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Warna butir nangka terpulang kepada cita rasa masing-masing. Jika tidak suka, tidak perlu warnakan.

 4. PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji pisang nangka | bentuk bunga
  • 1 keping mi siput
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 50gm gula merah/melaka
  • 250gm santan
  • 650gm air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
  2. Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Pisang nangka menambah kesedapan pada bubur kerana rasanya yang lemak.

5. PENGAT KELADI, PISANG DAN KELEDEK

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji pisang nangka | dibentuk bunga
  • 100gm keladi |potong dadu sebesar lebih kurang 2cm x 2cm
  • 100gm keledek |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 50gm gula merah/melaka
  • 250gm santan
  • 650gm air
  • 1 helai daun pandan |simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus keladi dan keledek sehingga empuk, kemudian masukkan pisang.
  2. Masaklah sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.
  3. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat. Apabila kuah telah menggelegak  dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Tidak perlu masukkan gula merah/melaka jika ingin kuah putih.

 

6. BUBUR ANAK LEBAH

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka  

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 100gm pulut | rendam selama 1 jam, tos airnya
  • 1-2 titis pewarna hijau
  • 1-2 titis pewarna merah
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan | simpul
  • 1 sudu sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
  2. Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air. Gaul hingga menjadi seperti doh.
  3. Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak.  Buatlah sehingga habis.
  4. Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.  Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
  5. Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak.  Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Pulut menambah perisa pada masakan.

7. BUBUR BUAH DELIMA

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm biji buah delima
  • 250gm santan pekat
  • 450gm air
  • 100gm gula atau secukup rasa
  • 1 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan | simpul

CARA MEMASAK:

  1. Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul.  Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
  2. Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api.  Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api.
  3. Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik.

Info Chef: Boleh dimakan sejuk atau panas.

 

8. BUBUR SOM-SOM

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • 50gm gula merah/melaka
  • 50gm gula pasir

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, renehkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga agak pekat. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali kacau tepung beras, santan, air dan garam. Kacau hingga sebati dan beras tidak berketul.
  3. Kemudian hidupkan api, kacau hingga tepung menjadi kental. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai untuk membentuknya, apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama air gula.

9. PENGAT KELEDEK UNGU

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm keledek ungu |potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 50gm gula merah/melaka
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan | simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus keledek sehingga empuk, kemudian masukkan gula, gula merah/melaka, garam dan daun pandan.
  2. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.  Apabila kuah telah menggelegak  dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Warna ungu yang cantik, tanpa tambah sebarang pewarna.

 

10. BUBUR JAGUNG DAN KIDNEY BEANS

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka  BAHAN-BAHAN:

  • 1 tongkol jagung manis | dihiris
  • 100gm kidney beans |rebus hingga empuk
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 400gm air
  • 1 helai daun pandan | simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA  MEMASAK:

  1. Rebus rebus biji jagung lebih kurang 15 minit untuk mengeluarkan rasa jagung, kemudian masukkan kidney beans yang telah direbus  sebentar.
  2. Setelah itu masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  3. Apabila kuah telah menggeleggak  dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

 

11. ASAM GUMPAL

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

UNTUK INTI ASAM GUMPAL:

  • 100gm kacang hijau
  • 1 keping gula melaka
  • 1 liter air

BAHAN SAGU MATA IKAN:

  • 100gm biji sagu
  • 2 1/2 cawan air suam

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 250gm santan pekat
  • 2 cm halia yang dihiris halus
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji bawang merah yang dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan.
  2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat.  Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  3. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama  dua cawan air, halba, halia, bawang merah  dan garam. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi.  Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef:  Boleh masukkan daun pandan untuk aroma.

Resipi: Terima kasih Nur Adlina Badarudin, Putrajaya

 

12. BUBUR BARLI DAN PISANG

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji pisang nangka
  • 100gm barli|rebus sehingga empuk
  • 600ml santan
  • 150gm gula
  • 100gm gula merah
  • 2 helai daun pandan|disiat&simpul
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Potong pisang setebal 2cm dan celur sebentar. Toskan.
  2. Satukan santan, gula, gula merah dan daun pandan di dalam periuk.
  3. Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
  4. Masukkan pisang yang telah dicelur berserta barli dan secubit garam.
  5. Didihkan dengan api yang kecil sehingga semua bahan sebati.

Info Chef: Pisang nangka boleh digantikan dengan penggunaan pisang awak.

 

13. BUBUR CANDIL PANDAN 

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 600ml santan pekat
  • 200gm tepung gandum
  • 250gm gula
  • 250ml air perahan daun pandan
  • 2 helai daun pandan|disiat & simpul
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Uli tepung gandum bersama air perahan daun pandan sehingga menjadi doh yang agak lembut.
  2. Bentukkan doh menjadi bebola kecil atau lonjong atau mengikut bentuk yang diingini.
  3. Celur doh sehingga ia menjadi lembut kemudian toskan.
  4. Di dalam periuk yang berlainan, satukan santan, gula dan daun pandan.  Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
  5. Masukkan doh candil yang telah direbus terlebih dahulu berserta secubit garam.  Didihkan lagi untuk beberapa minit sehingga semua bahan menjadi sebati.

Info Chef: Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik tambahkan sedikit tepung

14. BUBUR JAGUNG SAGU 

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm jagung
  • 100gm sagu|rendam hingga kembang dan tos
  • 700ml santan
  • 250gm gula melaka
  • 100gm gula
  • 2 helai daun pandan|disimpul

CARA MEMASAK:

  1. Satukan separuh santan bersama jagung, gula melaka, gula dan daun pandan.
  2. Didihkan sehingga gula menjadi hancur dan jagung menjadi lembut.
  3. Masukkan separuh lagi santan dan sagu.
  4. Didihkan hingga semua bahan sebati dengan menggunakan api yang kecil.

Info Chef: Untuk hidangan ini, gunakan jagung segar yang telah dihiris dari tongkolnya.

 

15. BUBUR PULUT HITAM 

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 600ml santan
  • 250gm pulut hitam
  • 250gm gula
  • 2 helai daun pandan|disiat dan simpul
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Rendam pulut hitam di dalam periuk  selama sejam kemudian rebus sehingga ia menjadi empuk.
  2. Di dalam periuk, satukan santan, gula dan daun pandan.  Didihkan sehingga ia hampir mendidih.
  3. Masukkan pulut hitam dan secubit garam.
  4. Didihkan lagi sehingga semua bahan menjadi sebati.

Info Chef: Rendam bubur hitam selama satu jam agar ia bersih dan kembang dengan sempurna

 

16.PENGAT UBI KAYU BERSAGU

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ubi kayu
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka
  • 2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan 
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.  
  2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.

 

17. PENGAT LABU

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm labu
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka
  • 2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan 
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.  
  2. Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.

 

18. PENGAT NANGKA

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ulas nangka yang dihiris
  • 1 liter air
  • 100gm gula pasir atau mengikut selera
  • 200gm santan pekat
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
  2. Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan.  Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.

 

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

 

19.BUBUR CHA CHA CEMPEDAK

BAHAN–BAHAN:

100g cha cha kering
200g keladi
100g keledek kuning
100g keledek oren
100g keledek ungu
50g sago

5 ulas isi cempedak

Bahan-bahan (kuah santan):
750ml air
150g gula batu
2 cawan santan
Daun pandan
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMASAK :
1. Rebus cha cha kering. Angkat apabila sudah terapung dan rendam di dalam air.
2. Rebus keladi dan keledek hingga empuk. Angkat dan toskan.
3. Rebus sago hingga masak. Angkat dan toskan.
4. Untuk memasak kuah santan, larutkan gula batu di dalam air.
5. Masukkan santan, daun pandan, dan garam. Kacau dan biar reneh.
6. Masukkan cha cha, keladi, keledek, isi cempedak dan sago.
7. Hidang panas atau sejuk.

Info chef:  Sago direndam semalaman untuk cepatkan ia kembang dan cantik jika dimasak dengan api yang perlahan supaya santan tidak  pecah minyak

 

 

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

20.UBI KAYU REBUS BERSAMA INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK

BAHAN-BAHAN :

UBI KAYU REBUS

Ubi kayu

Secubit garam

INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK

1 mangkuk kelapa parut

1 ketul Gula Melaka Gerek

Secubit garam

2 helai daun pandan

1 mangkuk air

CARA MEMASAK UBI KAYU

  1. Rebus ubi kayu
  2. Masukkan secubit garam
  3. Rebus ubi  sehingga ubi empuk
  4. Setelah empuk, angkat dan sejukkan

 INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK

1.Di dalam kuali besar, cairkan gula melaka gerek bersama satu mangkuk air

2.Setelah gula melaka sebati cair, masukkan kelapa parut

3.Masukkan daun pandan

4.Masukkan sedikit garam

5.Gaul sehingga kelapa parut kering bersama air gula melaka tadi

6.Setelah kering, angkat dan sejukkan

7.Sedia dihidangkan bersama ubi rebus tadi

Info chef:  Pilih kulit kayu yang berkerak bukan kulit yang licin. Ubi kayu yang baik tak  masuk angin dan lembut bila direbus

IKLAN

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

21.ROTI JALA BERSAMA KARI IKAN

BAHAN-BAHAN:-

ROTI JALA

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK

  1. Masukkan semua bahan kedalam blander dan bland sebati.
  2. Tapiskan adunan menggunakan penapis santan supaya tidak berketul.
  3. Test dulu sama ada adunan mudah keluar dari acuan atau tidak.
  4.  Jika susah keluar, tambahkan lagi sedikit air dan kacau sebati.
  5. Bakar adunan diatas kuali leper hingga garing dibawahnya.
  6. Bila dah masak angkat masukkan dalam pinggan.
  7. Kemudian lipat atau gulung roti jala.

Info chef: Guna serbuk kunyit selain pewarna kuning untuk rasa yang sedap di samping warna yang cantik kuning keemasan.

KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA

5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)

4 sudu besar rempah kari ikan

1 biji bawang besar (dikisar)

3 ulas bawang putih (dikisar)

1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)

8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)

3 biji tomato (belah 4)

4 biji cili merah

BAHAN TUMIS:

3 biji bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1 sudu halba campur

5 helai daun kari

6 sudu minyak masak

1 cawan air asam jawa (1 inci)

1 kiub pati ikan bilis

garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Bersihkan ikan dan diketepikan.
  2. Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari.
  4. Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
  5. Kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika.
  7. Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan bersama roti jala.

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

22.LEMPENG NYOQ MUDA BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN

LEMPENG  NYOQ MUDA

2 cawan tepung – (anggaran saja)

1 cawan nyoq (kelapa parut )

Air – ikut kepekatan

Sedikit garam

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1.Satukan kesemua bahan, jangan terlalu pekat atau cair. Agak-agak macam buat cekodok.

2.Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan adunan ke dalam dan tutup sebentar, supaya lempeng itu masak sekata. Sudah masak angkat dan hidangkan dengan sambal tumis.

Info chef: Untuk melazatkan lagi lempeng, alas bersama daun pisang semasa membakar di atas kuali tanpa minyak. Lempeng akan bertambah garing di samping tidak melekat pada kuali dan menambahkan lagi kelazatan dengan aroma daun pisang bakar.

SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

1 cawan bilis (siap kopek)
20 tangkai cili kering  (dikisar)
3 biji bawang kecil  (dikisar)
3 biji bawang besar (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan minyak masak
Garam (secukupnya)
Gula (secukupnya

Sedikit belacan
Air asam jawa (secukupnya)

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
2.Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
4. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
5. Kacau lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
7. Tutup api dan hidang bersama lempeng tadi.

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

23. PULUT INTI MANIS

IKLAN

BAHAN INTI

50gm gula merah

2 sudu makan gula pasir

1 cawan air

Garam secukup rasa

300gm kepala parut

CARA MEMASAK

  1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
  2. Masak hingga gula larut.
  3. Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.

BAHAN PULUT

100gm beras pulut

100gm air

50gm santan

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

  1. Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak.
  2. Angkat dan ketepikan.

CARA PENYEDIAAN

  1. Ambil sedikit pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
  2. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
  3. Sedia dimakan.

Info chef: Pulut direndam semalaman terlebih dahulu sebelum ditanak/dikukus untuk menjimatkan masa semasa memasak pulut

Resipi: Rozelinda Mustapha

 

24.CUCUR BADAK

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN A:

  • 200gm ubi keledek|direbus dan lecek
  • 120gm tepung gandum
  • Sedikit garam

BAHAN-BAHAN B:

  • 1 biji kelapa parut|diambil putihnya sahaja
  • 15 ekor udang sederhana|buang kulit dan cincang
  • 4 biji cili merah|kisar
  • 4 biji bawang merah|kisar
  • 2 ulas bawang putih|kisar
  • 1 batang serai|dimayang halus
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti cucur badak, panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang yang dicincang dan kelapa parut. Tumis sehingga agak garing. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
  3. Untuk menyediakan doh pula, satukan semua bahan dan bentukkan ia menjadi  bulat kemudian dileperkan. Masukkan inti ke dalam doh dan kemaskan.
  4. Goreng di dalam api yang sederhana sehingga ia menjadi kekuningan.

Info Chef: Pastikan cucur badak digoreng di dalam api yang kecil untuk mengelakkan ia menjadi hangus.

 

25.TALAM LAPIS

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan  tepung jagung
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan  
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna merah dan perisa ros

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
  3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
  4. Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
  5. Bahagikan adunan kepada dua  bahagian.
  6. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
  7. Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
  8. Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima  minit dengan api kuat.
  9. Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
  10. Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
  11. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.

INFO CHEF: Kuih  Talam Lapis yang cantik masaknya, boleh dimakan selapis demi selapis.

26. TALAM LAPIS SAGU

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN SAGU:

  • 1 1/2 cawan sagu
  • 2 cawan air
  • 1 cawan air 

BAHAN BAHAGIAN ATAS:

  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 cawan  santan
  • 2 cawan  air
  • 3/4 cawan gula
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu teh perisa pandan

CARA MEMASAK:

  1. Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
  2. Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
  3. Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
  4. Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
  5. Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
  6. Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
  7. Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
  8. Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
  9. Apabila naik wap, tutup api.
  10. Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
  11. Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.

INFO CHEF: Jika anda mahukan warna pada sagu boleh tambahkan, ikut cita rasa.

 

 27. TALAM BERLAUK

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung beras
  • 200gm keladi
  • 100gm udang kering
  • 2 sudu teh garam
  • 1000ml air
  • 500ml santan

BAHAN INTI DAN HIASAN:

  • 200 gm daging kisar
  • 2 biji kentang | dadu kecil
  • 1 labu bawang besar | dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 1 paket rempah kari daging
  • 2 biji cili merah
  • 1/2 batang lobak merah | diparut
  • Daun sup dan daun bawang  | dihiris halus
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam dan sedikit gula

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
  3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
  5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
  6. Sekiranya terdapat minyak, toskan.
  7. Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
  8. Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
  9. Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
  10. Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
  11. Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.

INFO CHEF: Untuk menyediakan bahan inti di atas boleh siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk.

 

28. TALAM SUJI

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 110gm tepung suji
  • 110gm gula pasir
  • 200ml santan pekat
  • 800ml air
  • 1sudu teh pewarna kuning
  • 1 sudu teh garam

LAPISAN ATAS:

  •  3 biji telur
  • 220 gm gula merah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200ml santan pekat
  • 55gm tepung jagung
  • 55gm tepung gandum
  • 500ml air

CARA MEMASAK:

  1. Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
  2. Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
  3. Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
  4. Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
  5. Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
  6. Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
  7. Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
  8. Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
  9. Kukus selama 25 minit.

INFO CHEF: Campurkan tepung suji dengan air dan biarkan kembang lebih kurang 10 minit, sebelum dimasukkan dalam periuk bersama bahan lain. Tujuannya untuk  mendapata suji yang lembut.

 

29. TOK AJI SERBAN

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 2 cawan beras pulut – direndam 1-2 jam
  • 2 1/4 cawan santan cair
  • Secubit garam

LAPISAN ATAS:

  • 6 biji telur ayam gred A
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • 3 sudu makan gula perang (*)
  • 1/2 cawan air (*)
  • 1 helai daun pandan – simpul (*)
  • 1/2 cawan gula (*)

(bahan bertanda (*) perlu dimasak terlebih dahulu, tapis dan dibiarkan pada suhu bilik.)

 

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat lapisan bawah, didihkan kukusan, cuci beras pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan dengan plastik di bawahnya.
  2. Masukkan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut sekejap.    3. Kacau dan tambah baki santan. Kukus kembali selama 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.
  3. Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kisar sebati.
  4. Panaskan kembali loyang berisi pulut selama 10 minit kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
  5. Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
  6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

 

30. TALAM SRI DELIMA

30 Resipi Bubur Dan Kuih Muih Wajib Ada Di Kala Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Pewarna merah, kuning dan coklat, putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
  5. Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
  6. Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna coklat  dan kukus selama lima minit lagi.
  8. Kemudian ulang sekali lagi lapisan.

INFO CHEF: Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:

 

10 Masakan Lauk Kampung Untuk Berbuka, Ubat Rindu Pada Mak

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI