Bagi penggemar menu Ayam Goreng Mamak yang crispy tu, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Ayam yang diperap dengan rempah-rempah istimewa yang kemudiannya digoreng garing. Waduh…enaknya!
Sajian mamak begini biasanya akan menggunakan rempah kasar, aneka tepung untuk salutan yang rangup dan tentunya juga daun kari. Tak ada daun kari tak jadi sis menu ni. Tak naik bau bila digoreng. Sebab tu lah kena pastikan daun kari ada kalau nak masak menu ni.
Satu lagi yang perlu ada bila masak ayam goreng adalah minyak masak yang banyak. Kena goreng secara deep fry. Barulah hasil gorengan tu masak sempurna dan sekata.
Jomlah cuba masak meu Ayam Goreng Mamak Crispy perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan senang diperolehi di kedai runcit berhampiran. Selamat mencuba!
Lauk paling sempoi serta masam dan manis sesuai dengan selera satu keluarga. Sangat mudah ayam digoreng garing, tumis bahan-bahan dihiris, kacau sebati dengan sos cili dan sos tiram.
Memang tak jemu makan, sajian tanpa santan yang cukup sedap .
AYAM MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
Seekor ayam
3 ulas bawang merah sebesar penumbuk bayi
1 labu bawang putih (kalau tidak suka letak sedikit sahaja)
2 inci halia (letak seinci pun boleh mengikut selera)
2 sudu makan sos tiram
Secawan sos cili (agak-agak ikut citarasa anda)
Cili besar dan bawang Holland untuk hiasan
Secawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Perap ayam dengan garam kunyit selama 15-30 minit 2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak. 3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang semuanya dimayang sahaja dalam minyak gorengan ayam.
4. Setelah naik bau boleh masukkan sos tiram dan Sos cili. Diikuti dengan secawan air.
5. Gaul sebati tunggu sampai menggelegak.
6. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 7. Dengan api sederhana, sesekali kacau ayam supaya tidak hangit bahagian bawah.
8. Bila kuah sudah kering, masukkan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan cili hijau dan bawang Holland.
9. Bila cili dan bawang sudah layu matikan api. Siap.
Cendawan shiitake mempunyai beberapa kebaikan sejak berkurun dahulu. Malahan ia dianggap sebagai simbol panjang umur di Asia Timur. Di Jepun cendawan ini memang sangat popular. Tidak hairan lah warga Jepun ramai warga emas di sana kelihatan sihat dan dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Di kalangan masyarakat bangsawan Jepun meyakini memakan cendawan ini akan melambatkan proses penuaan. Di dalam erti kata lain, anti-penuaan.
foto : www.mygrocer.my
Shiitake iaitu istilah asli dalam bahasa Jepun berrmaksud cendawan dari pokok Shii( Castanopsis cuspidata) kerana batang pohonnya yang sudah reput merupakan tempat tumbuh cendawan shiitake.
Dari segi perubatan ia didapati berupaya menjadi sumber yang bertindak sebagai antivirus. Kemampuan Shiitake disebabkan ia menghasilkan sejenis bahan yang dipanggil interferon. Penyelidik juga melaporkan pengambilan cendawan jenis Shiitake boleh merendahkan paras kolesterol dalam darah sehingga 40 ke 50 peratus.
Sebagai makanan berkhasiat, Shiitake juga mengandungi jumlah asid amino lebih baik berbanding kacang soya, daging, susu atau telur. Ia juga mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, B, B12, C, D dan niacin.
Paling menarik, Shiitake dikatakan menghasilkan sejenis bahan yang menyerap lemak dalam tubuh. Beritaa baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet sihat dan mengurangkan lebihan berat badan.
Jom kita cuba 3 resepi dari Cendawan Shiitake dari yang lazat dan mudah ini.
1.CENDAWAN & BROKOLI MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN :
200 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam semalaman
200 gm brokoli
Bahan sos:
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar /dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit air (jika mahu sedikit berkuah)
Garam secukup rasa /sedikit sahaja kerana sos tiram sudah masin
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan hirisan bawang besar sehingga naik bau. 2. Masukkan lada hitam. Kicap manis dan sos tiram. Kacau rata. 3. Masukkan sedikit air jika ingin berkuah dan masukkan garam secukup rasa. 4. Setelah menggelegak sedidikit, masukkan cendawan diiikuti brokoli. 5. Kaup balikkan, masak sebentar sahaja 5-6 minit, usah terlalu layu.Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sayur-sayuran Keistimewaan : Enak dengan brokoli, sajian yang sungguh menyihatkan Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF :Anda boleh juga merebus sebentar sayur-sayuran, dan menuang sos kemudian ke atas sayur-sayuran.
2. AYAM LADA HITAM BERSAMA CENDAWAN
BAHAN-BAHAN :
1 kg dada ayam
50 gm serbuk lada hitam
30 gm cendawan shiitake | dibasuh dan direndam dengan air, dihiris nipis
30 ml kicap manis
10 gm serbuk kunyit
Bahan dikisar : 100 gm bawang putih 150 gm bawang merah 50 gm halia
CARA MEMASAK : 1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 20 minit. 2. Kemudian goreng ayam separuh masak 3. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan -bahan yang dikisar hingga naik bau dan garing. 4. Masukkan ayam dan kemudian masukkan lada hitam, cendawan dan kicap. Kacau sebati. 5. Setelah ayam masak , sajian sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan : 10 orang makan Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis hidangan : Lauk utama Keistimewaan : Ramuan lada hitam dan cendawan sungguh melazatkan Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Usah memasukkan garam kerana sudah terdapat kicap di dalamnya.
2.TOFU KUKUS DENGAN CENDAWAN & BROKOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit
50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman
50 gm brokoli
1/2 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
4 sm halia | dihiris
500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekat
CARA MEMASAK : 1. Pijarkan minyak dalam kuali. 2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’ 3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan. 4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut. 5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. 6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen ) 7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
Sedapnya Ayam Masak Bawang perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Bagi yang suka makan menu ni, anda wajib cuba masak sendiri di rumah. Bahan-bahannya ringkas sahaja dan cara memasaknya juga sangat mudah. Memang berbaloilah masak untuk keluarga tercinta. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM MASAK BAWANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 belah bahagian ayam
3 biji bawang merah besar -lagi banyak lagi sedap
1 biji bawang merah besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 inci halia -kisar
Daun kari – jika ada letak
1 helai daun pandan
1 batang serai – diketuk
Rempah tumis 4 sekawan
2 sudu besar Serbuk Cili – beli online disini
1 sudu besar Serbuk Kari Daging – beli online disini
½ sudu besar Serbuk Jintan Manis – beli online disini
1 sudu besar Sos Tiram – beli online disini
1 sudu besar Sos Cili – beli online disini
Kicap Manis -renjiskan sahaja – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula hiris bawang dan goreng sampai warna macam ini. Tak perlu garing sangat.
2. Ayam lumur garam dan kunyit. Kemudian goreng seperti biasa.
3. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan juga daun pandan hingga wangi.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk jintan manis. Tumis lagi sampai pecah minyak sekali lagi.
6. Bila sudah pecah minyak, masukkan sedikit air.
7. Masukkan sos tiram dan sos cili.
8. Renjiskan juga kicap manis. Gaul rata.
9. Bila kuah sudah sedikit memekat, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
10. Masukkan juga bawang yang telah digoreng. Gaul rata.
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.