Tumbuk bahan B. Ketepikan. Satukan bahan C dalam satu mangkuk. Gaul sebati semua bahan C. Kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati lagi.
Setelah itu, masukkan ayam ke dalam bahan perapan dan perap pada ayam sekurangnya 30 minit.
Ada dua pilihan, sama ada nak guna gula atau madu. Kalau guna gula, boleh terus masuk dan kacau bersama dalam bahan perap tadi.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 – 15 minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Ads
Bakar dalam oven mengikut suhu masing-masing. Guna suhu di bahagian bawah 180C, bahagian atas 150C, bergantung pada saiz oven masing-masing ye. Ayam dibakar lebih kurang 1 jam 30 minit.
Menu ayam memang menjadi kesukaan ramai. Jika inginkan kelainan jom buat Ayam Hydrabaad ni. Pelbagai jenis rempah ratus diadun bersama ayam ini menjadikan harum semerbak bila dimasak. Lebih menaikkan aroma bila diletakkan juga daun ketumbar dan juga daun pudina.
AYAM HYDRABAAD
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam- campurkan bahagian isi dan tulang
2 inci halia | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar garam masala
Daun ketumbar | dihiris
Sedikit daun pudina
3 biji cili besar
1 cawan bawang goreng
2 sudu besar serbuk cili
2 cawan yogurt
*Gaul sebati dan perap selama 30 minit
BAHAN-BAHAN LAIN:
4 biji bawang rose | dihiris
Sedikit daun kari
Sedikit cili kering
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Daun ketumbar
Cara memasak:
Dalam mangkuk, satu ayam yang telah dibersihkan, halia dan bawang putih yang dikisar,serbuk cili, serbuk ketumbar ,serbuk jintan manis dan garam masala.
Kemudian masukkan daun ketumbar, daun pudina dan cili hijau besar.
Masukkan 1 cawan bawang goreng.
Masukkan 2 cawan yogurt. Gaul hingga sekata. Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak , masukkan bawang rose, daun kari ,cili kering dan jintan manis. Tumis hingga naik bau.
Kemudian bolehlah masukkan perapan ayam tadi. Kacau seketika dan tutup. Biar ayam masak 10 hingga 20 minit.
Bila ayam agak dah masak, perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa.
Kacau seketika , bolehlah masuk daun ketumbar.
Siap untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi minyak.
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Salah satu resipi masyarakat Jawa yang popular adalah ungkep. Kalau time raya atau ada majlis keramaian, hidangan ungkep selalu dihidangkan. Macam masak lemak tapi kuahnya pekat. Kalau tak pandai masak, memang akan jadi macam masak lemak je. Ni RASA kongsikan resipi supaya hidangan ni kekal sepanjang zaman.
AYAM MASAK UNGKEP
BAHAN-BAHAN
Minyak masak menumis
1 batang serai (diketuk)
1 kg ayam (potong 10-12)
2 cawan air
2 keping asam keping
BAHAN KISAR
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
CARA MEMBUAT
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis serai sampai naik bau. Kemudian masukkan Bahan Kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut dan masak.
3. Tambah air sedikit demi sedikit. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan asam keping. Masak sehingga kuah agak kering dan ayam empuk. Jika suka kuahnya lebih,tak perlu masak sampai kering.
5. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Menu nusantara sememangnya sinonim dengan selera masyarakat Malayasia terutamanya masakan dari Indonesia, Singapura dan Brunei. Apa kata anda cuba pula salah satu atau semua resipi yang dikongsikan oleh Chef Azian dari Subang Jaya, Selangor ini. Beliau telah pun mempunyai beberapa koleksi buku masaknya sendiri.
BAMIA
BAHAN-BAHAN:
800gm tulang daging
200gm daging | potong dadu
250 gram kacang bendi | buang hujung dan pangkal
3 biji tomato | belah empat
2 biji ubi kentang | belah empat
1 biji karot | potong bulat
100 gram kobis | potong memanjang
1 tin puri tomato | saiz besar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
4 sudu makan rempah kari daging | bancuh dengan sedikit air
250gm santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 biji bawang merah besar |hiris halus
1.5cm halia | hiris halus
2 ulas bawang putih | hiris halus
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
1.5cm halia
1 sudu teh jintan manis
10 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan kemudian masukkan minyak sapi.
Tumis bahan-bahan tumisan sehingga wangi
Masukkan serbuk kari dan masak sehingga kari pecah minyak
Masukkan bahan-bahan kisar, daging, tulang daging,ubi kentang dan sedikit air.
Masak sehingga daging betul-betul empuk dan ubi kentang lembut.
Masukkan puri tomato, kacang bendi, santan,gula dan garam
Masukkan kubis dan tomato. Biarkan seketika sehinggga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan bersama roti dan salad.
SEMUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
800gm daging batang pinang | hiris nipis
6 ulas bawang merah | hiris
1/2 cawan kicap manis
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 1/2 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 ulas bawang putih
4cm halia
CARA MEMASAK:
Perap bahan kisar dengan daging selama sejam.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah untuk dijadikan bawang goreng. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dan goreng daging sehingga airnya betul-betul keluar.
Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk.
Masukkan kicap manis, kicap pekat, gula dan garam. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan bawang goreng dan sedikit air.
Kuantiti air bergantung kepada kelikatan kuah yang anda suka.
PECAL LELE BAKAR
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan keli | bersihkan dan kelar-kelar
500ml liter santan pekat
2 keping asam gelugor
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 biji cili padi
2 biji bawang merah
4biji isi cekur
CARA MEMASAK:
Lumurkan ikan keli bersama garam dan kunyit dan bakar. Ketepikan.
Sementara itu, campurkan bahan-bahan kisar bersama santan dan masak sehingga mendidih dan pekat.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup masak, tuangkan kuah ke atas ikan bakar tadi.
Pecal Lele sedia dihidangkan.
PEPES UDANG BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu putih
100gm udang | potong kecil
1 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula
Daun pisang secukupnya
BAHANKISAR:
2 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji belimbing buluh
4 biji bawang merah kecil
2 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Hancurkan tauhu putih.
Masukkan udang , bahan-bahan tumbuk bersama telur, garam, kunyit dan gula.
Gaul sebati.
Seterusnya masukkan 3 sudu makan ke dalam daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat.
Kukus selama 10-15 minit.
Pepes sedia dihidangkan.
RENDANG JINTAN HATI
BAHAN-BAHAN:
500 gram hati lembu | cuci bersih dan hiris nipis
40 liter santan pekat
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh biji sawi
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan kerisik
5 tangkai kacang panjang | potong serong
2 biji cili merah | hiris halus
2 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
Gaul sebati hati bersama bahan-bahan kisar dan rempah. Perap selama 30 minit.
Panaskan minyak dan masukkan jintan putih dan biji sawi.
Masukkan kesemua bahan-bahan yang diperap bersama santan dan masak sehingga hati empuk.
Masukkan kacang panjang. Gaul sebati, masukkan kerisik, cili merah
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.
OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong kecil
250gm santan pekat
5 helai daun limau purut |hiris halus
3 helai daun bay
1 keping asam gelugor
5 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 sudu makan minyak masak
2 biji tomato | belah empat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm halia
3 biji bawang merah sederhana besar
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masukkan cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga wangi.
Masukkan ayam dan masak ayam sehingga ianya kecut.
Tuangkan santan ke dalam periuk bersama asam gelugor, daun bay dan masak sehingga kuahnya mendidih dan pekat.
Masukkan daun limau purut, tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan Opor Ayam sedia dihidangkan.
IKAN BAWAL MASAK KUAH PECAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | bersihkan
4 helai daun limau purut | hiris
4 daun salam | hiris
1 biji buah tomato | potong 6
Minyak untuk menggoreng
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu air asam jawa
Garam dan gula sedukup rasa
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
2 batang serai
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan
Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dari minyak gorengan tadi.
Tumis bahan-bahan kisar bersama daun limau purut dan daun selasih.
Masak sehingga garing dan kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
Kacau seketika dan masukkan buah tomato.
Tambah sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.