Dengan tiga bahan utama dalam pekasamnya, Kamarul Asiah Muhamad atau lebih mesra dipanggil Along menghasilkan pekasam yang sangat sedap. Tiga bahan utama itu ialah garam, asam keping atau asam kandis dan beras sangai.
Di bawah jenama De’Imaz, Along menghasilkan tiga jenis pekasam iaitu pekasam daging, pekasam ayam dan pekasam ikan sungai. Ikan yang digunakan adalah ikan loma dan ikam lampam. Produk ini telah berada di pasaran selama dua tahun dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan.
Ads
Menurut Along, “Saya menghasilkan pekasam kerana ingin memelihara khazanah orang dulu-dulu agar tidak luput ditelan zaman. Lagipun saya ingin generasi masa kini dan akan datang dapat mengenali produk warisan ini. Saya tak nak suatu hari nanti, mereka tak kenal apa itu pekasam.”
APA YANG BEST?
Kalau selalu orang kata pekasam ni jenis makanan yang berbau, tapi Pekasam De’Imanz tidak begitu. Keistimewaan produk ini adalah dari segi rasanya yang tidak terlalu masin. Pekasam ini juga tidak berbau kerana ada bau beras yang disangai sehingga kuning menggunakan api yang kecil. Itulah yang menjadikan pekasam ini istimewa.
Sesuai sangat untuk dijadikan sebagai instant food dan disimpan untuk dimakan ketika tak sempat nak masak lauk lain. Boleh dibawa travel.
BERAPA LAMA TAHAN?
Ads
Kalau disimpan dalam freezer, boleh tahan sehingga lebih enam bulan. Kalau disimpan di luar peti sejuk, boleh tahan dua minggu. Proses pembuatan semuanya dilakukan di rumah. Maknanya pekasam ini dibuat secara homemade.
RESIPI MASAK PEKASAM DAGING PETAI
BAHAN-BAHAN
1 senduk minyak masak
1 peket pekasam daging De’Imanz
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 labu bawang holand (dihiris)
Segenggam cili padi merah + cili padi hijau (dihiris)
Sedikit petai
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Masukkan 1 peket pekasam daging.
3. Masak sehingga agak kering.
4. Masukkan bawang besar, bawang holand, cili padi dan petai. Kacau sehingga garing.
5. Matikan api dan angkat. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Mak-mak pening kepala, anak tak reti jemu dengan menu ayam, sampai tak ada idea nak masak apa dengan ayam. Jangan risau, RASA kongsikan lagi lima menu ayam yang gerenti jilat jari makan. Semuanya sedap dan mudah je nak masak, pilih je mana satu yang berkenan di hati, atau masukkan semua dalam senarai menu harian anda semua.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji bawang besar | hiris
5 batang serai | titik
3 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
4 batang serai | titik kasar
1 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
6 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
Masak Paprik memang sedap. Tidak kiralah anda guna ayam ke, daging, makanan laut atau belut. Memang layan. Kuah berperisa yang separa pekat dan dicampur dengan pelbagai sayur-sayuran ini ternyata digemari ramai. Makan acap kali pun tak terasa muak. Jom cuba menu mudah ni hari ni. Pasti anda suka. Tak perlulah beli lepas ni.
PAPRIK AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong dadu
Garam secukupnya – lumur pada ayam
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
2 hiris halia – tumbuk lumat
1 sudu besar serbuk cili – campur sedikit air
5-6 helai daun limau purut
2 batang serai – titik
Sos tiram secukupnya
Sos cili secukupnya
Kicap manis cap kipas udang secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
1 biji bawang Holland – dihiris
2-3 tangkai kacang panjang – dihiris
1/2 batang lobak merah – dihiris
Cili padi – ditumbuk kasar
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga sedikit masak.
Masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan ayam sedikit kecut.
Tambahkan sos cili, sos tiram dan kicap. Perasakan juga dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
Seterusnya masukkan hirisan bawang, lobak merah serta sedikit air. Biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali, masukkan hirisan kacang panjang dan daun limau purut. Gaul rata dan biarkan kacang masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Step masak ada dalam video di bawah ini. Sangat mudah.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...