Peminat menu Acar Ikan Talang Masin boleh cuba resipi perkongsian saudariIntan Izaida. Enak dimakan bersama nasi panas, menu ini tentunya harus dicuba dan dibuat stok di rumah. Resipi ini juga mempunya rasa yang pedas. Jadi bagi yang suka makan lauk pedas, sesuai sangat cuba resipi ini. Pastinya puas hati. Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK ACAR IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan talang saiz sederhana – ambil bahagian isi sahaja – beli online disini Lobak masin 20 ulas bawang merah – potong 4 kalau kecil & dipotong 6 kalau besar 3 ketul halia saiz 3 inci – dipotong mancis
2 labu bawang putih – belah 2 2 biji bawang besar – kisar halus 6 ulas bawang putih – kisar halus Jeruk cili api kampung
10 biji kurma merah – beli online disini Goji berry / wolfberry Buah pala kering Segenggam Antioksidan booster Signature Market (Dried Apricot, Dried Cranberry, Dried Wolfberry, Dried Blackcurrant – Boleh tukar 1 genggam kismis – beli online disini
1 ketul gula melaka – beli online disini 2 sudu makan gula merah – beli online disini 1 sudu makan halba – beli online disini 1 sudu makan biji sawi – beli online disini 1 sudu teh jintan manis – beli online disini 2 sudu serbuk cili – beli online disini 2 sudu rempah kari ikan / daging – beli online disini Jeruk kulit lemon 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1.Rendam isi ikan talang sejam sebelum masak. Bilas & sejat.
2. Ambil bawang putih dan rendam dengan air kapur makan dan cuka. Kemudian sejat, bilas dan goreng. Ia bertujuan goreng supaya acar tahan lama. 3. Goreng ikan masin sehingga garing, sejat & ketepikan. 4. Goreng lobak masin sehingga garing, sejat & ketepikan.
5. Goreng bawang merah, bawang putih & halia sehingga agak garing (jangan terlampau coklat nanti pahit), sejat & ketepikan.
Ads
4. Panaskan 1 senduk kecil minyak, tumis halba, biji sawi & jintan seketika. 5. Tuang pes bawang masak sehingga wangi & pekat.
6. Masukkan serbuk cili dan rempah. Masak sehingga pecah minyak atau agak garing (kalau kurang minyak tambah sikit sahaja)
7. Masukkan gula melaka yang sudah diketuk kecil, gula merah, dan garam. Masak sampai kuah pekat.
8. Masukkan kulit lemon, kurma, goji berry, antioksidan boost atau kismis & buah pala.
9. Jika kuah pekat, masukkan sedikit air supaya tidak hangus. Masak lagi sampai nampak kurma yang kecut tadi menjadi kembang. 10. Bila kuah sudah agak pekat berpalut, masukkan lobak yang digoreng, ikan masin & bawang-bawang halia yang digoreng tadi. Kacau sebatikan hingga sebati. 11. Akhir sekali masukkan jeruk cili. Kacau sebati.
12. Acar Ikan Talang Masin sedia untuk dinikmati.
NOTA: Resipi ini memang pedas. Kalau tak tahan pedas dinasihatkan kurangkan serbuk cili atau tidak perlu letak langsung serbuk cili & cili jeruk. Cili jeruk boleh tukar cili api segar.
Pernah tak masak asam pedas bubuh kelapa? Sedap weh rasanya. Kelapa tu dibakar dan masa makan nanti boleh gigit kelapa tu. Makin sedap makan tau. Try la.
ASAM PEDAS KELAPA BAKAR
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Teknik masak sambal ini adalah asas yang perlu dibuat supaya rasanya sedap. Teknik ini dikongsi oleh tukang masak lauk kenduri, yang mana cara inilah juga yang dipraktikkan sehingga sambalnya selalu mendapat permintaan ramai.
Cara ini turut aplikasikan semasa menyediakan hidangan sambal untuk makan sendiri termasuklah sambal ikan ini.
Teknik asas masak sambal
Bahan-bahan
12 biji bawang merah kecil -hiris atau kisar
6 ulas bawang putih -hiris atau kisar
3 senduk cili kisar
1/2 biji bawang holland -dihiris
1-2 sudu air asam jawa
Gula Melaka
Garam
6 ekor ikan cencaru – siap digoreng
Cara memasak sambal
1. Tumis bawang merah kecil dan bawang putih yang dihiris dengan minyak. Bawang merah kecil lebih manis dan menjadikan sambal manis secara semula jadi. Jadi tak perlu guna banyak gula.
2. Selepas bawang kekuningan dan naik bau masukkan cili kisar. Besarkan api.
3. Apabila cili nampak garing, masukkan sedikit air dan biarkan kering. Ulang proses menumis ini sebanyak 2-3 kali. Inilah yang membuatkan sambal sedap, kerana cili dan bawang betul-betul masak.
4. Kemudian boleh masukkan bawang holland yang dihiris. Bawang ini bukan saja manis tapi melemakkan lagi sambal.
5. Masukkan air asam jawa dan tambah gula Melaka asli jika mahu sambal rasa manis. Masukkan garam dan juga sebuk perasa jika suka.
6. Apabila sambal cukup rasa masukkan ikan goreng (6 ekor ikan untuk sukatan ini) dan gaul dengan sambal hingga rata. Renehkan seketika supaya sambal meresap dalam ikan. Selepas itu bolehlah ditutup api.
Hidangkan, rasa sambal ini memang akan buat orang teringat-ingat.
Bila setiap hari masak, ada kalanya kita akan buntu memikirkan menu. Jika asyik ulang lauk sama, naik jemu pula. Berikut adalah koleksi idea masakan kampung yang boleh anda cuba hasilkan sebagai sajian makan tengahari atau malam. Ringkas dan mudah. Selamat mencuba!
1. TUMIS KACANG PANJANG & KUPANG
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai kacang panjang | dipotong 3cm
100gm isi kupang | dibersihkan
1 biji bawang besar| dihiris
2 biji cili merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dicencang
1 sudu makan sos tiram
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang hiris dan cili sehingga layu dan berbau wangi.
Selepas itu masukkan sos tiram, sedikit air dan isi kupang. Kacau rata sehingga sebati.
Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga rata.
Biarkan kupang masak dan kacang panjang layu sedikit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jangan dimasak terlalu lama kerana kacang panjang akan lembik.
2. PERIA GORENG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1 batang peria | dihiris bulat, dibuang biji dan dicuci
1 sudu makan rempah kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk cili
Garam secukup rasa
1 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam peria bersama 2 sudu garam dan gula. Kemudian tos dan keringkan.
Masukkan peria yang telah dicuci ke dalam sebuah mangkuk.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk peria tadi kecuali air. Gaul semua bahan hingga rata dan sebati.
Masukkan 1/2 sudu makan air dahulu dan gaul rata. Jika ia nampak masih agak kering masukkan 1/2 sudu makan air lagi. Pastikan tepung bersalut cantik pada peria.
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan peria sekeping demi sekeping dan jangan digoreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
Goreng peria hingga betul-betul garing. Angkat dan tos minyaknya. Sedia dihidangkan.
Info Chef: Peria direndam di dalam air garam dan gula untuk mengurangkan rasa pahitnya. Selain itu jika ingin peria digoreng cantik, gunakan kuali tanpa lekat.
3. IKAN PARI AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan pari | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
AIR ASAM:
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 biji tomato segar | dipotong dadu
10 biji cili api | dihiris halus
2 tangkai cili merah
2.5cm belacan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 sudu makan sos cili
500ml bancuhan air asam jawa
CARA MEMASAK:
Tumbuk cili merah bersama belacan, gula dan garam secukup rasa.
Masukkan bancuhan air asam jawa ke dalam bekas bersama bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili api yang dipotong tadi. Gaul sebati.
Letakkan ikan pari ke dalam pinggan dan curahkan air asam jawa ke atasnya.
Sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain direbus, ikan pari boleh juga dikukus agar ia tidak pecah.
4. SAMBAL TUMIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
5 keping petai |dihiris nipis termasuk kulitnya
1 biji kelapa |diambil santannya
5 tangkai cili kering |dikisar
5 biji cili padi |dikisar
2 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
10gm belacan |dikisar
Air secukupnya
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Hiris petai bersama kulitnya sekali dan rendamkan seketika di dalam air. Toskan.
Satukan bahan kisar bersama petai dan biarkan petai empuk seketika.
Masukkan santan bersama asam keping. Kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan kuahnya pekat seketika.
Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika suka anda boleh juga meletakkan sedikit udang segar ke dalam kuahnya untuk lebih menaikkan rasanya.
5. ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
10 tangkai cili kering |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1sm kunyit hidup |dikisar
1sm halia |dikisar
1sm lengkuas |dikisar
1 sudu makan pati asam jawa
3 biji kacang bendi
500ml air
Daun kesum secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik minyaknya.
Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan bersama garam, daun kesum serta kacang bendi.
Didihkan hingga kuahnya sedikit pekat dan berminyak.
Angkat dan hidangkan.
Info chef: Selain kembung, boleh juga menggunakan ikan kegemaran anda yang lain.
6. SAMBAL CILI PADI POWER
BAHAN-BAHAN:
20 tangkai cili padi hijau | ditumbuk lumat
1 labu bawang besar | dipotong bulat
4 ulas bawang putih | di mayang
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi. Kacau rata dengan api perlahan.
Setelah itu masukkan garam dan gula. Seimbangkan rasanya.
Akhir sekali, masukkan asam keping dan biarkan sambal masak sempurna.
Info Chef: Asam keping dimasukkan di akhir tumisan untuk menyeimbangkan rasa pedas. Tidak perlu dimasukkan asam keping yang banyak kerana ia akan menyebabkan rasa sambal masam.
7. KERABU KAKI AYAM
BAHAN-BAHAN:
8 ketul kaki ayam
1/2 biji bawang besar | di mayang
5 biji cili api hijau | dipotong
2 biji cili merah | dihiris halus
1 batang serai | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
3 sudu makan sos ikan
1 pokok daun sup| dihiris halus
Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan kaki ayam ke dalam periuk bersama sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk.
Setelah kaki ayam betul-betul empuk, tos dan pisahkan isi dari tulangnya.
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Sesuaikan rasanya dan sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan ayam yang direbus ditos terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.
8. BENDI GORENG BERLADA
BAHAN A:
10 biji sayur bendi
5 biji cili merah | ditumbuk
3 biji bawang merah | ditumbuk
1 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu besar udang kering
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan bendi dan potong serong.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama udang kering sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan sayur bendi bersama sedikit air. Kacau hingga rata dan tutup kuali seketika.
Apabila bendi telah lembut, matikan api dan perasakan dengan sedikit garam.
Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Untuk rasa lebih pedas, boleh menggunakan cili padi yang ditumbuk bersama cili merah.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...