
Kuih Tepung Bungkus merupakan sejenis kuih tradisi yang diperbuat daripada tepung dan berinti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang. Rasanya yang lemak-lemak dan manis membuatkan kuih ini menjadi buruan ramai terutama ketika bulan Ramadan. Apa kata berbuka puasa hari ini kita cuba masak kuih Tepung Bungkus mengikut resepi seperti yang dikongsikan oleh Dapur Kak Chik ini. Resipi sukat pakai cawan.
RESIPI KUIH TEPUNG BUNGKUS

BAHAN-BAHAN:
Daun pisang – layur atas api. Potong ikut saiz.
BAHAN A (UNTUK INTI)
1 biji kelapa
2 1/2 cawan gula merah
3 sudu gula pasir
3 cawan air
Daun pandan (disimpul)
Garam
2 sudu besar tepung gandum

CARA MEMBUAT:
1. Masak atas api bahan A. Sentiasa kacau. Apabila inti kering, taburkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau sekejap. Tutup api. Sejukkan.
2. Bulatkan kecil-kecil dan balutkan dengan adunan doh tepung pulut.
DOH TEPUNG PULUT:
1/2 paket tepung pulut bancuhkan dengan air dengan sedikit garam. Adunkan agak-agak menjadi doh seperti doh kuih koci.

BAHAN B (BANCUHAN TEPUNG BERAS)
4 cawan tepung beras
12 cawan santan ( perahan dari 1 biji kelapa)
Garam
1/2 cawan gula
2 sudu minyak masak

CARA MEMBUAT:
1.Bancuh bahan B. Masak dan kacau atas kuali sampai agak pekat. Angkat untuk dibungkus.
2. Nisbah: 1 cawan tepung beras = 3 cawan santan.
3. Masa panas-panas bungkus dengan daun pisang dan masukkan inti.
4. Kukus kuih yang sudah dibungkus sehingga masak. Anggaran 20-30 minit api sederhana. Siap untuk dinikmati.
Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya Makan Punten Dengan Sambal Bilis, Sekali Pekena Terus Tak Boleh Lupa
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Pencuci Mulut/Manisan Berasaskan Durian..Penggemar Durian Wajib Cuba!

Selain boleh dimakan begitu sahaja, durian juga boleh menghasilkan pelbagai hidangan pencuci mulut/manisan yang pastinya enak! Jom kita cuba resipi-resipi ni..Boleh dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga dan kawan-kawan..Selamat mencuba!
MUFFIN DURIAN

BAHAN-BAHAN
- 1 cawan isi durian
- 1 cawan susu segar
- 1 cawan mentega (cair dan sejukkan sebentar)
- 3 butir telur
- 1 cawan gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
CARA PENYEDIAAN
- Ayakkan tepung bersama soda dan baking powder sebanyak 3 kali.
- Pukul telur dan gula sehingga kembang.
- Dalam mangkuk yang lain satukan mentega cair, isi durian dan susu.
- Campurkan tepung berselang seli dengan bancuhan isi durian ke dalam adunan telur yang dipukul tadi.
- Kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 18-25 minit.
Kredit resipi & foto: izahdaut
DURIAN CREPE

Bahan-Bahan
Kulit/Crepe (18-20 keping)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar tepung ubi kayu
- 1 sudu besar tepung ubi kentang
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
- Sedikit garam
- 2 sudu besar gula icing
- 2 biji telur saiz B
- 1 sudu besar minyak jagung
- 3/4 cawan air (210ml)
- 1/2 cawan susu segar (130ml)
- Sedikit esen vanila
- Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)
Filling Kastard + Durian
- 2 sudu besar gula
- 20 gm tepung kastard
- 250 ml susu segar
- 2 biji kuning telur
- Isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
- 500gm whipping cream
- 2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
Cara Penyediaan
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)
- Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
- Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis.
- Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana.
Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan. - Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.
- Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.
Filling Kastard + Durian
- Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
- Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
- Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag.
- Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.
Filling Whipping Cream
- Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream tawar.
- Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.
Sekarang masa utk “membantalkan durian crepe”
- Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
- Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.
- Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan.
Kredit Resepi: Tahrunnisah Jali
PUFF DURIAN

BAHAN-BAHAN
Bahan Pastry
- 100g butter
- 250ml air
- 150g tepung gandum – diayak
- 3 biji telur gred A – jika gred B 4 biji
- Secubit garam
Bahan Inti Kastad Durian
- 2 sudu besar tepung kastad
- 4 sudu besar gula
- 1 cawan @ 250ml susu segar
- 1 biji telur
- 1 sudu besar butter
- 1 sudu besar isi durian – jika suka boleh lebihkan
CARA PENYEDIAAN
Inti Kastard Durian
- Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga pekat dan likat. Matikan api dan sejukkan.
- Dalam periuk lain satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair.
- Masukkan tepung dan kacau pantas sehingga menjadi doh. Angkat dan ketepikan sehingga suam.
- Panaskan oven suhu 200C. Lengser dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.
- Masukkan doh ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu sambil memukul dengan kelajuan sederhana hingga menjadi pes yang lembut.
- Masukkan adunan ke dalam piping beg dan menggunakan nozel bintang, Paipkan di atas dulang.
- Bakar 20 minit atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai.
Puff Durian
- Belah puff tanpa putus.
- Masukkan/paipkan inti kastad, buat sehingga habis dan boleh lah dihidang.
Kredit resipi & foto: Hana
KEK KEJU DURIAN

BAHAN BAHAN
- 200 gm biskut digestive
- 100 gm butter di cairkan (Hancurkan biskut dan masukkan butter cair)
- Tekan pada dasar loyang size 7 x 7 (resipi ini guna loyang bulat saiz 24cm)- simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
- 250 gm krim keju
- 250 gm non dairy whipping cream
- 230 gm isi durian
- 100 gm gula castor
- 2 sudu makan madu
- 2 tbsp gelatin halal
- 60 ml air panas
CARA PENYEDIAAN
- Putar whipping cream hingga kembang dan kental. Simpan di dalam peti sejuk sebentar.
- Putar krim keju, gula dan isi durian hingga kembang dan lembut.
- Cairkan gelatin dengan air panas. Kacau hingga gelatin larut.
- Masukkan gelatin ke dalam adunan keju.
- Campurkan adunan keju dan krim putar tadi dan kacau sebati dengan kaedah kaup balik perlahan.
- Tuang adunan ke dalam loyang ‘ loose tin ‘ yang bole dibuka bawahnya.
- Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam hingga kek mengeras dengan sempurna.
Kredit resipi & foto: Nieza Ramli
PENGAT DURIAN

BAHAN-BAHAN
- 7-8 ulas durian
- 2-3 cawan santan sederhana pekat
- 1 keping gula melaka-saya guna yang besar
- 2 sdm gula pasir-boleh tambah /kurangkan
- 1 sdt garam
- 1 helai daun pandan dicarik-carikkan dan simpul
CARA PENYEDIAAN
- Durian yang difrozenkan dikeluarkan dan biarkan pada suhu bilik.
- Satukan santan, gula melaka, daun pandan, garam dalam periuk. Masak sehingga nampak mendidih, kemudian masukkan durian.
- Bila sudah mendidih,sesuaikan rasa dan tutup api.
- Enak dicicah dengan roti.
Kredit resipi & foto: Sharifah Aini
SERAWA DURIAN DENGAN PULUT

BAHAN KUAH SERAWA
- 1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
- 700 ml santan kelapa segar
- 500 ml air (atau secukupnya)
- 1 ketul gula melaka, potong kecil*
- 1/2 cawan gula pasir*
- 1 helai daun pandan, disimpul*
- 1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
- 1 helai daun pandan, disimpul
- 1 1/2 camca besar tepung gandum (resipi kali ni tidak letak tepung)
- 3 camca besar air
- Secubit garam
- Gula -jika perlu
BAHAN PULUT
- 1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
- 700 ml santan cair
- 1 camca teh garam (atau secukup rasa)
- 1 camca teh minyak masak
- 1 helai daun pandan, disimpul
CARA PENYEDIAAN
Pulut
- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci.
- Letak beras pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan.
- Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian gemburkan dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul-betul masak. Ketepikan.
Kuah Serawa
- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih. Kacau selalu.
- Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika okay boleh matikan api.
Serawa Pulut Durian
- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai.
- Tuang kuah serawa dan hidangkan.
- Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi
Kredit resipi & foto: MAMA DEE
KUIH SERI MUKA DURIAN

BAHAN-BAHAN
Lapisan Bawah
- 2 cawan pulut
- 2 1/2 cawan santan cair (1 santan kotak & 1 1/2 cawan air)
- 1 sk garam (dan tambah secubit lagi)
- Sedikit minyak masak (esp kalau guna santan kotak)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan dalam 20 minit atau sehingga masak .
- Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Atau boleh juga menggunakan loyang yang sama.
- Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
INFO: santan perlu dikurangkan supaya pulut tidak terlalu lembut
Lapisan Atas
- 4 cawan santan pekat (2 santan kotak & 2 cawan air)
- 1 cawan gula tebu/perang (resipi ini guna gula kaster)
- 1 cawan durian
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
- 1 s/b gula pasir
- 1 s/k garam
- Pewarna kuning (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisarkan.
- Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
- Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
- Masukkan pewarna. Kacau rata.
- Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar. Terus tuang atas lapisan pulut tanpa dipanaskan terlebih dahulu
- Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
- Bila telah masak, sejukkan betul betul [dalam 4 -5 jam] baru dipotong menggunakan pisau plastik dan dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
Cara Masak Phad Kra Phao, Mudah Dan Menyelerakan

Bulan Ramadan pastinya macam-macam menu di fikiran. Masing-masing punyai kegemaran tersendiri. Masakan dari Thailand sering menjadi pilihan. Antara menu yang wajib dalam pilihan korang pastilah Tomyam. Kali ini min nak kongsi masakan Thai yang boleh buat sendiri untuk berbuka nanti.
Bahan (2 org mkn) :
Ayam *cincang halus (sy buat tak halus mne asal knyg)😂
Sos ikan *5sb
Kicap *2sb
Secukup rasa *1sk
Gula *2sb
Daun selasih/basil leaves *ikut byk mne nak letak
Bahan tumbuk :
Bwg merah *1labu besar
Bwg putih *4ulas
Cili api merah *8ulas
Caranya :
1) Panaskan myk , masukkan bahan tumbuk kacau² agak layu sikit masukkan ayam cincang td .
2) Kemudian masukkan kicap , sos ikan ,
Secukup rasa , gula dan daun selasih . Kacaukan smp ayam masak dann cukup balance semua rasa
3) Its done !! Makan dgn nasi putih dan telur mata . Rugi tak cubaa tauu 😉
Kredit : Azwa Muhammad
Kerang Air Lemon. Menu Sedap Buat Penggemar Mukbang Ala Thailand

Bagi anda yang menggemari sajian ala Thai, patut cuba resipi Kerang Air Lemon perkongsian saudari Cik Yana ni. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah didapati. Tidak perlu susah-susah ke pasaraya. Semuanya ada di dalam peti sejuk. Sekali tengok, persis sajian mukbang orang Thailand. Hmm…terasa pedas, masam, masinnya. Enak dinikmati bersama hirisan timun. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini.
RESIPI KERANG AIR LEMON SEDAP
BAHAN BAHAN:
1 kg kerang – basuh,rebus dan kopek kulit
1 biji tomato – dadu kecil
2 tangkai akar ketumbar – hiris
Cili api ikut kepedasan masing-masing – tumbuk
1 biji bawang besar – hiris – beli online disini
Jus lemon secukupnya
Garam dan gula secukup rasa – beli online disini
Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging
CARA MEMASAK:
1. Sediakan semua bahan yang diperlukan. Hiris halus supaya senang untuk dimakan. Jika tiada ketumbar, boleh diabaikan. Guna isi kerang segar supaya rasanya lebih enak.

2. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian.

3. Perah jus lemon dengan secukupnya.

4. Tambahkan garam serta gula mengikut cita rasa masing-masing.

5. Gaul semua bahan hingga rata. Rasa dan tambah perasa jika ada yang berkurang.
6. Kerang Jus Lemon sedia untuk dihidang. Enak dinikmati bersama hirisan timun.

Kredit resipi & foto: Cik Yana via Rasa Share Resipi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
5 Resipi Stok Sambal Homemade Paling Sedap & Petua Supaya Tahan Lama Tak Berkulat
Boleh Kukus Atau Bakar. Resipi Kek Pisang Moist Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

