Resepi Ikan Bilis Masak Asam, Sedap & Rangup Walau Dah Masak Lama

Share

Jom masak menu Ikan Bilis Masak Asam untuk keluarga. Hidangan ini sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Rasanya pun sedap. Bagi anda yang sentiasa sibuk, sesuai sangatlah masak menu ni. Rasa pun tak pedas. Anak-anak boleh makan dengan senang hati. Menurut empunya resipi saudari Ameera, bilis tetap rangup walau sudah dimasak lama. Rasanya pula masam-masam manis. Paling sedap makan bersama nasi. Jom cuba!

 

CARA MASAK IKAN BILIS MASAK ASAM YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis – goreng garing terlebih dahulu beli online disini
  • 1 biji bawang merah besar – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 2 sudu pes asam jawa – larutkan dengan air beli online disini
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula
  • Ubi kentang – hiris dan goreng beli online disini
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih.

2.Kemudian masukkan bancuhan asam jawa.

3.Seterusnya masukkan garam.

4.Dan juga gula. Sebatikan dan gaul rata.

5.Masukkan ikan bilis. Pastikan ikan bilis digoreng garing terlebih dahulu.

6.Masukkan juga ubi kentang yang telah digoreng. Boleh potong ikut selera masing-masing. Gaul rata.

7.Ikan Bilis Masak Asam sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Ameera

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN