Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.

Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.

Rendang Rebung & Pajeri Kedondong, Rugi Tak Cuba Menu Rare Ni.

RENDANG CILI PADI REBUNG DAGING KISAR

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 500gm rebung madu | rebus dan tos
  • 150gm daging kisar
  • 300ml santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
  3. Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
  4. Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
  5. Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  6. Apabila timbul minyak, tutup api.
  7. Rendang rebung sedia dihidangkan.

Rendang Rebung & Pajeri Kedondong, Rugi Tak Cuba Menu Rare Ni.

IKLAN

PAJERI KEDONDONG

BAHAN-BAHAN:

  • 15 biji kedondong muda | buang kulit
  • 250ml santan kotak
  • 2 sudu makan  udang kering | cuci bersih dan kisar kasar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan rempah kerutup
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk jitan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

REMPAH PENUMIS:

IKLAN
  • 3cm kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 1 batang serai

 CARA MEMASAK:

  1. Rebus buang kedondong hingga lembut. Angkat dan tos.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan rempah pemumis dengan bahan kisar.
  3. Setelah wangi campurkan pula campuran serbuk rempah ratus yang telah dibancuh dengan sedikit air serta udang kering yang telah dikisar tadi.
  4. Kacau hingga pecah minyak, baru masukkan santan.
  5. Setelah mereneh masukkan buah kedondong yang telah direbus tadi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, dan masukkan kerisik.
  8. Kacau rata, apabila timbul minyak, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI