Pucuk ubi pun boleh buat masak rendang tau. Hidangan ini berasal dari Negeri Sembilan. Dimasak hingga betul-betul kering.
Kali ini, Puan Siti Mariyatul Chiptiyah sudi berkongsi resipi rendang pucuk ubi yang diperoleh daripada ibu mertuanya, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan.
Menurutnya dia turut menghalalkan resipi ini dan menyeru semua agar mencuba resipi ini. Jom kita buat.
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, dek kerana itu walapun sekadar kerabu atau ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Apa kata anda cuba beberapa resipi istimewa sayur yang dimasak mengikut resipi lama untuk hidangan keluarga, ia pasti tidak mengecewakan.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
300gm kepah
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
2. Renehkan di atas api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
4. Diikuti dengan kepah.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADURAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
3. Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
6. Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
2. Masukkan bersamanya bahan hirisan.
3. Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
4. Gaul rata, kemudian masukkan santan.
5. Gaul lagi sehingga cukup rasa.
6. Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
2. Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
3. Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
5. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
BETIK TUMIS SANTAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda | parut atau cincang isinya.
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
8-10 biji cili padi
Sedikit ikan bilis | kopek
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan betik yang telah diparut atau dicincang tadi.
3. Apabila betik layu, masukkan santan,
4. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Salah satunya resipi perkongsian saudari PuAn AIn ni. Memang mudah. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
13-14 biji cili solok | dibelah dan dibuang biji
4 ekor ikan sardin saiz sederhana | dikukus @ direbus
3-4 ulas bawang merah
1 inci halia
6-7 biji lada hitam
2 biji telur
1 genggam kelapa parut
2 sudu makan santan pekat
Garam, gula & perasa secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan isi ikan, bawang merah, halia, lada hitam dan kelapa parut. Tumbuk hingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas diikuti telur. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam, gula serta perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
4. Sumbat adunan tadi ke dalam cili yang telah dibelah dan dibuang biji.
5. Kukus solok lada sehingga masak @ lembut.
6. Sedia untuk dinikmati.
Nota: Pastikan adunan inti tidak terlalu lembik. Jika lembik, tambah kelapa parut dengan secukupnya.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!