Resipi kuah pasembur ini wajib tahu jika mahu membuat sendiri hidangan rojak dari Pulau Pinang ini.
Pasembur tak dinafikan ramai peminatnya bukan saja orang utara tapi juga dari negeri lain.
Pasembur yang sedap sudah tentu dari sana tapi kalau teringin menikmatinya kuah yang kurang manis mengikut cita rasa kita dah tentulah kena buat sendiri.
Ads
Bila dah buat sendiri kuahnya, bahan-bahan rojak pun boleh kita sediakan. Ikut suka nak letak apa tapi asasnya kena ada sengkuang, timun, tauge, telur, tauhu, kentang dan cucur.
Cara buat kuah pasembur
Bahan-bahan
2 sudu makan udang kering -kisar*
3 sudu makan serbuk cili -bancuh dengan air*
2 kpg gula Melaka*
500gm ubi keledek -rebus dan kisar
1 cawan kacang tanah -sangai dan kisar halus
1/2 cawan bawang goreng -dikisar
2 sudu makan kicap.
Garam dan gula pasir secukupnya
1/2 cawan tepung jagung
Air asam jawa
Cara membuat
1. Masukkan bahan yang bertanda dalam periuk. Tambah dalam 2 cawan air dan air asam jawa.
2. Masak sampai hilang bau cili.
Ads
3. Masuk ubi keleder kisar, garam, gula, kicap dan 1 liter air.
4. Masak sampai mendidih, kemudian masukkan kacang tanah serta bawang goreng kisar. Kuah pastikan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
5. Apabila kuah mendidih masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dgn sedikit air. Perasakan manis, masin ikut citarasa. Biarkan seketika sebelum tutup api.
Pisang Benggala @Gala@gallor ( dialek Kelantan) ini adalah jenis pisang yang mempunyai biji yang banyak. Daunnya biasanya digunakan untuk membalut makanan manakala hanya buah yang muda sahaja diambil untuk dijadikan masakan. Salah satu sajian yang popular menggunakan pisang ini adalah Acar Pisang. Sedap! Jika susah nak jumpa pisang gala muda, boleh digantikan dengan pisang muda.
BAHAN-BAHAN:
5-6 biji pisang gala/benggala/gallor muda
2 sudu makan cuka
1 1/2 sudu makan cili giling
3 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit halia | dikisar
Sedikit garam
Gula dan gula melaka/manisan secukupnya
1 biji bawang besar | dihiris
2 biji cili merah | dibelah
Santan pekat dan santan cair secukupnya
CARA MEMASAK:
Kelar pisang halus-halus namun jangan sampai putus. Rendam dengan air garam semalam.
Rebus/ celur pisang tadi seketika (jangan sampai betul-betul masak pula). Toskan airnya dan perah buah sebiji demi sebiji bagi mengeringkan air. ( jangan sampai pisang hancur).
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili giling bersama cuka. Masak hingga serasi dan naik minyak.
Kemudian masukkan gula serta gula melaka/manisan secukupnya. Ia penting bagi mendapatkan warna acar yang cantik dan kemerah-merahan.
Masukkan santan pekat dan cair sebagai kuah. Apabila santan mendidih masukkan pisang yang telah diperah tadi.
Biarkan sehingga kuah dan pisang masak dan sekata. Perasakan dengan garam secukupnya.
Kemudian bolehlah dimasukkan hirisan bawang besar dan cili merah. Setelah kuah kelihatan agak pekat, padamkan api.
Sedia untuk dinikmati. Untuk lebih sedap, tunggu acar betul-betul sejuk terlebih dahulu dan pisang kelihatan sebati dengan kuah. Barulah dimakan.
Nak goreng bendi kena tahu cara yang betul. Jika tidak sayur ini akan berlendir. Ini menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup. Tak syok makan.
Untuk elakkan sayur bendi yang digoreng ini jadi sedemikian boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Rozmie.
Tip goreng bendi supaya tak berlendir semasa digoreng
Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh keringkan dengan tisu dapur. Jangan dipotong lagi bendi tersebut.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Waktu masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal bendi akan lebih berlendir
5. Selepas masukkan bendi dalam kuali, besarkan api, goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan air dalam bendi yang digoreng, sebab bendi itu sendiri akan berlendir. Kalau ditambah air menyebabkan lendir makin banyak.
Cara masak bendi goreng bilis yang sedap dan segar
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih (ketuk/ potong kasar)
1 biji cili merah (potong serong nipis)
Garam
Cara membuat:
1. Panas minyak dalam kuali.
2. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
3. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
4. Bila tauhu keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masukkan sedikit garam, sesuaikan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis dah masin.
5. Masukkan bendi yang dah dipotong dan cili merah, baru dibesarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi.
6. Siap
Tip lain untuk elak bendi berlendir
Boleh masukkan 2-3 hiris asam keping atau air asam jawa.
Ramadan kali ini jom nikmati pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang pasti buatkan anda rindu masakan ibu, semua disajikan dalam suasana yang nyaman dan elegan....