
Rendang pedas ikan kayu boleh jadi hidangan bagi yang mahukan kelainan dalam masakan rendang. Jika kebiasaan menggunakan ayam dan daging, boleh gantikan dengan ikan kayu atau ikan tongkol ini.
Rendang pula dibuat pedas baru terasa lebih sedap. Menurut Laila Safiah yang berkongsi resipi ini, lauk ini merupakan menu kegemaran keluarga. Setiap kali membeli ikan kayu pasti akan ada rendang pedas ini.
Bagi yang nak cuba boleh ikut resepi yang beliau kongsi.
Rendang pedas ikan kayu
Bahan-bahan
1 ekor ikan kayu (anggaran 600gm)-dipotong dan dibersihkan
4 ulas bawang kecil – hiris nipis
2 batag serai besar (hiris dan tumbuk)
8 tangkai cili kering
5 tangkai ciji cili padi merah – kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar – hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Kisar cili kering dan cili padi merah, hingga lumat.
2. Kemudian masukkan semua bahan dalam kuali termasuk ikan. Ikan tak perlu digoreng dahulu.
3.Masak atas api sederhana sambal dikacau. Masak sama seperti rendang biasa hingga agak kering.
INFO
- Cara memasak rendang pedas ikan ini memang mudah dan lebih cepat.
- Ikan boleh juga digoreng terlebih dahulu jika suka.
- Ikan kayu lebih sesuai dibuat rendang kerana rasanya yang sedikit berlemak dan tekstur isi yang padat sesuai untuk dimasak dengan rempah pekat.
Kredit resipi & foto: Laila Safiah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Dengan Siakap Kukus Limau Nipis. Cukup Pedas Masamnya. Terbaik!

Selalunya kalau nak makan ikan kukus begini, kita lebih suka makan di Restoran Thai. Mengapa? Kerana kita rasa susah nak buat. Remeh dan takut tak sedap. Okay apa kata cuba ini. Resipi yang cukup mudah dan ringkas. Terasa kesegaran isi ikan jika menggunakan resipi ni.
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Siakap
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang | potong memanjang
- Sedikit daun ketumbar | hiris
- Beberapa biji cili padi | hiris
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN SOS:
- 4 sudu makan jus limau nipis
- 5 sudu makan stok ayam
- 1/4 sudu teh minyak bijan
- Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan keringkan. Kelar dan lumur dengan lada sulah serta garam di bahagian dalam dan luar ikan.
2. Masukkan dalam pinggang, taburkan dengan hirisan bawang putih dan halia.
3. Panaskan pengukus, kukus ikan lebih kurang lapan minit.
4. Sementara itu, panaskan kuali dan panaskan sedikit minyak masak.
5. Tuang minyak panas ke atas ikan kukus tadi.
6. Kemudian tutup pengukus semula.
7. Setelah ikan masak, curahkan bahan sos tadi.
8. Akhir sekali taburkan di atas ikan dengan hirisan daun bawang, ketumbar dan cili.
9. Ikan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
KKM Arah 6 Jenama Sardin & Mackerel Dalam Tin Popular Ditarik Balik Dari Pasaran.

Perkembangan Terkini Isu Cacing Mati Ditemui Dalam Produk Ikan Dalam Tin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan. Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC, hasil pemantauan terkini mendapati produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungi cacing FilumNematoda daripada genus Anisakis spp..


Di samping itu, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Sehubungan itu, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.
KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara. Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.. Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM.

Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.
Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukan mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
27 Jun 2018
Sumber: kpkesihatan.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Menu Air Tangan Mak Engku, Sedapnya Hingga Teringat-Ingat.

Air tangan bonda tidak pernah mengecewakan, memasak dengan hati ikhlas, sarat dengan petua menjadi setiap hidanganya sungguh sedap dan mendapat pujian ramai. Untuk itu, Bonda Sharifah Norma Syed Mansur atau mesra disapa Mak Engku tidak kisah berkongsi beberapa resipi istimewa warisan turun temurun keluarga beliau untuk dikongsikan degan umum.

AYAM MASAK PUTIH
BAHAN-BAHAN
- 350gm isi dada ayam | potong dadu
- 200gm santan pekat
- 2 cawan air
- 1 tin cendawan butang
- 6 biji cili padi hijau
- 6 biji cili padi merah
- 1batang serai | titik
- 1 tin cendawan butang. | belah dua
- 6 cili api hijau | hiris
- 6 cili api merah | hiris
- Garam dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1/2 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji buah keras
- 1batang serai
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ayam, kemudian masukkan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Tambahkan air dan masak atas api sederhana.
- Bila ayam separuh masak masukkan cendawan, , hirisan cili padi dan serai.
- Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan santan.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak,
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
- Tutup api, ayam sedia dihidangkan besama nasi.

BAWAL BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
UNTUK IKAN BAKAR:
- 1 ekor ikan bawal | saiz sederhana
- 2 sudu makan minyak masak
- Sedikit garam dan serbuk perasa
BAHAN KISAR:
- 1 biji cili merah
- 8 biji cili api
- 1/2 inci kunyit hidup
- 1/2 helai daun kunyit
BAHAN AIR ASAM
- 1biji bawang besar | potong dadu kecil
- 1 inci belacan| bakar
- 1/2 cawan air asam jawa | bancuh cair
- 2 biji limau kasturi |ambil airnya
- 1 cili merah | potong bulat
- 8 biji cili api | hiris
- 1 biji tomato | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan kemudian lumurkannya dengan bahan kisar tadi.
- Perap ikan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sedia dibakar.
- Bakar ikan sambil sentiasa dipercikkan dengan minyak, supaya ikan tidak terlalu kering.
- Bakar lebih kurang 8-10 minit.
- Sementara itu sediakan air asam dengan cara campurkan semua bahan dalam mangkuk.
- Gaul rata dan sebati kesemuanya.
- Setelah cukup rasa, angkat dan sedia dihidngkan bersama ikan bawal bakar tadi.

KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
- 200gm beras pulut susu | rendam
- 150gm santan pekat campur 3 cawan air
- 1 tin cendawan butang dalam tin
- 1 batang serai | titik
- 1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
- 1 cili hijau | belah dua
- 1 cil merah | belah dua
- 10 cili api sebiji-sebiji
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR
- 1 batan serai
- 4buah keras
- 1/4 inci lengkuas
- 1/4 inci halia
- 1 bawang besar
- 2 bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Asingkan kepala dan badan sotong
- Sumbatkan pulut dalam badan sotong hingga 3/4 penuh.
- Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dengan lidi. Lakukan hingga sotong habis.
- Sementara itu masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar.
- Kacau rata dan masukkan sotong yang telah disumbat tadi.
- Masak atas api perlahan hingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan cili padi.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
- Terus memasak hingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung).
- Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
- Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

AYAM PINDANG TUMIS BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong besar
- 2 keping asam gelugor
- 4-5 tangkai daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- 2 batang serai | titik
- 1 inci lengkuas | titik
- 4-5 biji tomato ceri jika suka
- Garam, gula dan perasa secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 tangkai cili kering
- 2 biji cili merah
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan air secukupnya, asam gelugor, serai titik, lengkuas.
- Setelah mereneh, masukkan ayam,biarkan mereneh hingga ayam masak.
- Masukkan daun kesum, bunga kantan, tomto ceri, garam, gula dan perasa secukup rasa.
- Apabila ayam empuk dan cukup rasa. Tutup api.
- Ayam pindang sedia dihidangkan, panas-panas.

AYAM GORENG KASTURI
BAHAN-BAHAN:
- 1ekor ayam saiz kecil | belah empat
- 3 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
- 250ml santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR:
- 2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan kisar hingga rata.
- Masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan santan, daun kunyit,limau purut.
- Renehkan atas atas api sederhana.
- Perasakan dengan garam dan kunyit secukup rasa.
- Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
- Setelah ayam masak, tutup api dan toskan ayam.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam hingga garing.
- Setelah garing, angkat dan ayam sedia dihidangkan panas-panas dengan nasi panas serta sambal pencicah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

