BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm paru | hiris nipis dan rebus empuk
  • 1 liter santan pekat
  • 3 sudu kerisik
  • 20 biji cili padi
  • 5 biji cili merah
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan Minyak Masak SAJI

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi, cili merah, ketumbar, bawang merah, bawang putih, kunyit, serai, halia dan lengkuas dikisar halus hingga menjadi pes yang lumat.
  2. Panaskan Minyak Masak SAJI di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga rempah masak.
  3. Masukkan paru yang telah direbus empuk. Masukkan santan. Didihkan hingga semua bahan empuk dan masak.
  4. Setelah kuah kering, masukkan kerisik, daun limau purut yang disiat-siat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Didihkan hingga agak kering.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI