Hari Raya tak sah kalau tak ada rendang. Setiap negeri ada resipi rendang masing-masing. Salah satunya, rendang cili api Negeri Sembilan. Tak sah kalau tak pedas!
Ikuti perkongsian resipi daripada Fazniza Razali dalam membuat Rendang Ayam Cili Api. “Memang pedas, barulah nogori”, katanya. Penggemar rendang pedas, wajib buat ni.
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Nyum!!! Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Jika dibeli, harganya pastinya agak mahal. Oleh itu, boleh cuba buat sendiri di rumah secara homemade. Lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar.Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Rindu nak makan Ayam Goreng Seringgit yang jual dekat gerai tu? Usah risau. Meh cuba buat sendiri di rumah. Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni memang mudah. Sesuai sangat anda cuba terutamanya bagi yang ada anak ramai.
RESIPI AYAM GORENG SERINGGIT
(resipi untuk 1 ekor ayam)
BAHAN A:
1 ekor ayam – potong 18
2 senduk tepung bestari perisa asli
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN B:
500 gm tepung bestari asli
100 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibasuh bersih dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam goreng rangup yang sebenar.
2. Dalam bekas bersesuaian, masukkan tepung bestari. Tambah sedikit air. Pastikan kelikatannya tidak terlalu cair.
3. Gaulkan dengan ayam. Perap selama 5 jam.
4. Dalam bekas berasingan, satukan bahan-bahan B. Adun rata.
5. Ambil seketul ayam yang diperap tadi, lumurkan ke dalam campuran tepung. Tekap hingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak. Boleh salut 5-6 ketul sekaligus untuk sekali gorengan.
6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam periuk. Empunya resipi goreng guna periuk kerana ia dalam dan boleh memuatkan minyak yang banyak. Ayam pun boleh masak dengan sekata.
7. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu persatu. Goreng guna api sederhana kuat. Balikkan ayam sekali sekala.
8. Bila ayam telah berwarna coklat keemasan, angkat dan toskan minyaknya.
Makanan western paling popular di sediakan bila berada di restoran mahupun di gerai jer. Nak lagi sedap apa kata buat sendiri lagi puas hati habis berpuluh ringgit tapi boleh ulang makan berkali-kali. Memang best!
Resipi Chicken Chop Homemade
BAHAN-BAHAN:
Ayam peha
1 Cawan Tepung Gandum + 1 Cawan Tepung Beras
1 sudu teh serbuk cili atau paprika
( semua digaulkan sekali )
CARA MEMASAK:
Ayam digaulkan dengan garam kemudian celup ayam di dalam susu cair + Susu Low Fat @ full cream
Celupkan kedalam tepung, celupkan pula ke dalam telur kemudian celupkan ke dalam tepung sekali lagi.
Dan terus goreng..
Sos Lada Hitam
1 sudu besar Butter dipanaskan
1 sudu Tepung Gandum dimasukan kedalam butter
1/2 cawan susu cair
Sedikit air
1 Sudu biji Lada Hitam di hancurkan/blend
1 sudu sos cili
1 sudu serbuk Brown Sauce @ glaze
1 @ 2 sudu kicap pekat
Masak sehingga pekat dan tambahkan air jika perlu