Baru berpindah di kediaman baru tidak menghalang wanita jelita yang juga pengasas produk Megah Perawan, Reena Zack, meraikan rakan-rakan yang ingin berkunjung. Baginya kehadiran teman-teman walaupun sudah biasa mereka tetap tetamu dan perlu diraikan. Reena bijak mencuri mencuri sedikit masa sibuknya untuk ke pasar membeli lauk pauk dan masuk dapur menyediakan sendiri masakan. Katanya, tak seronok kalau hidang juadah pada tetamu dengan makanan yang dibeli dari restoran. Biarpun hidangan ringkas beliau lebih senang menyediakan sendiri. Lagipun ramai di kalangan rakan-rakan dan ahli keluarga bila ingin berkunjung di rumahnya, mereka akan meminta Reena masak.
“Mungkin sejak anak dara lagi saya jenis suka memasak kerana dari kecil lagi ibu ajar saya masak. Kebetulan pula selepas berkahwin, ibu mentua juga suka memasak, jadi kami serasi bersama di dapur. Ibu mentua banyak mengajar saya memasak masakkan kegemaran suami. Kebetulan suami orang Kedah, kebanyakan masakan mereka suka masakan pedas. Ibu mertua saya penah berkata, nak pikat hati suami mesti dengan cara menyediakan masakan kegemaranya dengan air tangan sendiri, . Barulah hubungan keluarga akan erat dan berpanjangan,” ujar Reena yang menjadikan hobi memasak sebagai terapi untuknya menghilangkan stres.
Reena dan suami memang suka meraikan rakan-rakan dengan membuat jamuan makan.
Seronok Raikan Kawan-Kawan
Beliau juga mengakui berasa puas bila lihat ahli keluarga dan rakan-rakan menikmati air tangannya dengan seronok. Secara tidak langsung, aktiviti tersebut mengeratkan silatulrahim kekeluargaan mahupun dengan rakan-rakan. Selepas terbabit secara langsung dalam bisnes, Reena dan suami sering menjemput rakan-rakan bisnes mereka mengadakan perbincangan di rumah.
“Untuk hari ini, saya sediakan menu kegemaran suami dan anak-anak iaitu Nasi Briyani yang dihidangkan bersama Daging Masak Hitam, Ayam Rose, Udang Petai dan Jelatah. Menu ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan yang sering datang pada hari ini,” jelas Reena yang sangat mengutamakan soal diet keluarga kecilnya.
Cerita Reena beliau mahupun suami memang suka mengadakan makan-makan di kediaman mereka terutamanya di hujung minggu, dengan cara tersebut mereka dapat berkongsi sebahagian rezeki dengan orang lain. Ditambah pula jika dia berkesempatan menyediakan sendiri makanan untuk tetamunya.
Beritahu Reena, makanan akan kelihatan lebih sedap dan menyelerakan bila dihidangkan dengan sedikit kreativiti untuk menghiasnya di dalam pinggang atau mangkuk sebelum disusun atur di meja utama hidangan.
“Saya sangat mementingkan dekorasi untuk meja makan, hiasan bunga segar sering menjadi titik fokus tetamu ke meja makan untuk melihat juadah yang disediakan. Begitu juga dengan set pinggang mangkuk mesti sama corak dan warnanya. Ia penting walaupun hanya hidangan bersuama keluarga,”ungkap Renna ramah berkongsi pengalaman.
Ads
Utamakan Keluarga
Isteri kepada Khairi Aziry bin Wahid dan ibu kepada dua puterinya, Puteri Daniella Qistina Khairilaziry dan Adellia Auddra Khairilaziry mengakui bahawa menjadi kewajipan baginya sebagai isteri menyediakan masakan untuk keluarga dan memastikan makanan terserbut sihat dan berkhasiat.
“Pada tahun ini jadual harian saya sangat pada, Insya-Allah kalau ada rezeki kami nak pemperluaskan produk ke Indonesia serta negara jiran. Sesibuk mana sekalipun saya tidak akan abaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak saya. Saya akan masak setiap hari,baik untuk sarapan,makan tengahari mahupun makan malam. Biasaya sebelum bersiap ke pejabat,saya akan siapkan makanan sarapan dan makan tengahari. Ini kerana saya dan suami akan bawa bekal makan tengahari ke pejabat.
Kami suami isteri memang tidak suka makan di luar,” cerita Reena yang balik dari pejabat akan masuk dapur lagi bagi menyediakan makan malam pula.
Cerita Reena lagi sejauh mana kejayaan seseorang wanita itu, tempat paling dekat bersama keluarga sudah tentulah di dapur. Suami dan anak-anaknya akan seronok bila dia menyediakan menu kesukaan mereka. Kerana itulah dia percaya air tangan isteri membawa kebahagian keluarga.
Dalam menyediakan menu harian keluarga, Reena sangat mengutamakan makan sihat dan berkhasiat, terutama untuk dua puterinya. Setiap hari dia akan memastikan anak-anaknya mendapat nutrisi yang cukup melalui pemakanan yang disediakan Tidak hairanlah kalau dia sanggup setiap menyediakan menu salmon dan sayur yang menjadi kegemaran si kecilnya.
Perkembangan Bisnes
Ditanya mengenai perkembangan perniagaannya, Reena mengakui dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, beliau dan suami tetap positif dan memastikan strategi pemasaran akan terus rancak dilakukan. Ditambah pula dengan adanya kemudahan media sosial sekarang, Reena turut mengiatkan jualan melalui rangkaian jualan secara talian seperti melalui laman web, instagram dan Facebook.
“ Jatuh bangun dalam bisnes perkara biasa bagi saya, tetapi saya yakin dengan kualiti produk yang baik akan menyakinkan pelanggan baru dan mengikat pelanggan tetap saya. Masa yang sama produk saya adalah produk mampu milik kerana ia tidak terlalu mahal,” akhiri Reena yang kini mempunyai lebih dari 200 stokis dan hampir 1000 pengedar yang mengedarkan rangkaian produknya di Malaysia, Brunei dan Singapura.
RESIPI
Daging Masak Hitam
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | dinipis dan lebar
1 cawan kicap pekat
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | dihiris
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada sulah
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula Melaka secukup rasa
Bahan Kisar:
5 batang serai
10 tangkai cili kering
3cm halia
8 ulas bawang merah
5 biji buah keras
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih, kacau lagi.
Masukkan pula daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
Masukkan kicap pekat, air asam jawa, garam dan gula Melaka.
Kecilkan api dan biar mereneh atas api perlahan sehingga daging empuk dan kuat pekat.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Jika tidak mahu lama masak, rebus dahulu daging dengan kicap hingga empuk kemudian hiriskannya.
Ads
Ayam Rose
AYAM ROSE
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | dipotong ikut suka, cuci dan tos
1 biji bawang Holland | dihiris bulat
6 ulas bawang merah | dikisar
4 ulas bawang putih | dikisar
10 tangkai cili kering |dikisar
3cm halia muda | dikisar
Bahan penumis | Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
3 batang serai | titik
1/2 cawan kismis
1/2 cawan biji gajus | goreng sangan
1 cawan susu cair
Garam dan gula secuku rasa
Hirisan daun bawang | untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Goreng ayam separuh masak.
Keluakan minyak dan hanya tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis rempah penumis, hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar.
Kacau tumisan sehingga pecah minyak, kemudian masukkan susu cair, sos cili dan sos tomato, hirisan bawang, garam dan gula secukupnya.
Masukkan ayam goreng, biji gajus dan kismis, gaul rata dan hidangkan dengan hirisan daun bawang.
INFO CHEF:Jika tidak mahu susu boleh tukarkan dengan santan
Sambal Udang Petai
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
Ads
1 kg udang saiz XL | bersihkan
3 papan petai | ambil isinya sahaja
10 tangkai cili kering | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
6 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukupnya.
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan petai, gaul rata kemudian masukkan udang bersama hirisan bawang Holland.
Gaul sehingga udang bertukar warna kemerahan.
Masukkan air asam jawa, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
Biarkan seketika, sehingga kuah pekat dan timbul minyak sebelum diangkat dan dihidangkan.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih manis dan sedap goreng dahulu udang dan juga petai.
Anda menggemari ayam pedas Korea? Bila suka makan ayam, duduk saja pun boleh meratah. Leka bila dapat makan ayam goreng pedas ala korea ini. Ranggup dan semakin diminati ramai. Bolehlah berangan kononnya berada di Korea. Nah apa lagi jom cuba resipi yang cukup mudah ini.
Resepi dan cara.
Langkah 1
Ayam…
Ambik bahagian kepak & drummet..
Rendam dgn tpg gandum dlm 10 minit.. Tujuan utk hilangkn hangir..
Basuh dan toskn..
Tumbuk..
Halia dan bawang hingga lumat
Kemudian.. Msukkn lada hitam
Jika suka pedas.. Buh byk
Tumbuk bersama garam dan gula..
Gaul dlm ayam..
Perap dlm 30 minit
Langkah 2
Ambik tepung gandum & tepung jagung digaul bersama lada sulah & sedikit garam..
Ambik ayam yg dh diperap tdi..
Digolek2 dlm tpg campuran tdi..
Lalu digoreng dlm minyak panas hgga garing kekuningan..
Ketepikn
Ambik kuali..
Sangai bijik bijan sekejap.. KetepiknCara membuat sos.
1.Panaskn minyak dlm kuali
2.Tumis 5 ulas bwg putih yg dimayang halus hgga kekuningan
3.Masukkan cili giling.. Jika suka pedas.. Msukkn byk
4.Masukkan cili serbuk
5.Masukkan cili sos dan tomato sos.
6.Kacau, masak hingga pecah minyak
7.Masukkan minyak bijan & cuka
8.Masukkan gula perang
9.Masak hingga menjadi pekat berlendir
Langkah seterusnya..
Adunan dah menjadi pekat likat..
Masukkan sedikit garam.
Masukkan ayam goreng tdi.
Gaul rata dalam sos tadi..
Masukkn madu.. Gaul rata
Tutup api..(madu x boleh dimasak lama.. Akan hilang khasiatnya)
Akhir sekali..
Tabur… Bijan yg dh disangai
Jika anda peminat drama & ‘oppa’ Korea, pastinya teringin nak cuba aneka sajian enak dari negara Kimchi ni kan? Tak sukar pun jika anda nak cuba masak sendiri di rumah. Jom cuba!
1. KEK BERAS PEDAS (TTEOLBOKKI)
BAHAN-BAHAN:
300gm kek beras Korea
5 ekor ikasn bilis besar|dibuang perut
5 keping kelp ( rumpai laut)
60ml air
90gm pes cili Korea ( gochujang)
5gm serbuk cili
5gm gula
Garam secukup rasa
5 ketul bebola ikan goreng
60gm kobis yang telah dipotong
1 pokok daun bawang
CARA MEMASAK:
Masukkan air, ikan bilis dan rumpai laut ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Perlahankan api dan keluarkan ikan bilis dan rumpai laut dan masukkan pula kek beras.
Satukan pes cili, serbuk cili dan gula. Gaulkan sehingga rata dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga pes menjadi sebati.
Masukkan bebola ikan, kobis, telur dan daun bawang. Kacau dan masak sehingga kek beras menjadi lembut dan sos menjadi pekat dan berkilat.
Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Bahan-bahan seperti kek beras Korea, Kelp,Gochujang boleh didapati di kedai-kedai barangan Korea atau pasaraya besar di ibu kota.
Perap ayam bersama garam, lada hitam dan serbuk bawang dan ketepikan.
Satukan tepung ke dalam bekas.Masukkan ayam yang telah diperap terlebih dahulu dan gaul rata sehingga ayam bersalut dengan tepung.
Panaskan minyak dan gorengkan ayam di dalam minyak yang panas selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan toskan. Biarkan ia sebentar.
Goreng semula ayam sehingga ia bertukar warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos pula, satukan semua bahan-bahan sos kecuali bawang putih dan minyak.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan bahan-bahan yang telah disatukan. Masak sehingga sos agak pekat.
Masukkan ayam yang telah digoreng. Padamkan api dan gaulkan sehingga rata.
Taburkan bijan panggang sebelum dihidangkan.
3. KIMCHI JIGAE
BAHAN-BAHAN
200gm isi ayam
1 keping tauhu | dipotong kecil
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh serbuk lada hitam
130gm kimchi
½ cawan jus kimchi
1 biji bawang besar | dihiris
1 sudu makan gula
Secubit garam
2 sudu makan pes cili korea “gochujang”
1 sudu makan serbuk cili “gochugaru”
1 sudu makan minyak bijan
BAHAN AIR REBUSAN:
1 kiub pati ikan bilis
½ cawan lobak putih
3 keping rumpai laut “kelp”- jika tiada, boleh diabaikan
3 batang daun bawang
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Perap isi ayam bersama kicap cair, sedikit garam dan lada hitam. Biarkan selama 15 minit.
Untuk menyediakan air rebusan, campurkan bahan-bahan ke dalam periuk. Reneh selama 20 minit dengan api sederhana. Tutup api dan tapis. Gunakan air rebusan sebagai stok untuk membuat Kimchi J
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
Tumis kimchi bersama bawang besar sehingga naik baudiikuti ayam yang telah diperap. Masukkan air rebusan yang telah direneh tadi ke dalam kuali.
Masukkan gochujang, gochugaru,jus kimchi, gula, garam dan lada hitam. Kacau hingga sebati.
Biarkan menggelegak dan masukkan tauhu.
Tutup api dan sedia dihidang bersama nasi.
Info chef: Sebelum memasukkan garam, cuba kuah terlebih dahulu bagi sesuaikan rasa.
4. JAPCHAE
BAHAN-BAHAN:
300gm Mi Japchae | Korean Sweet Potato Noodle – jika tiada, boleh ganti dengan suhun
Perap daging bersama kicap cair, minyak zaitun, lada hitam, parutan halia dan daun bawang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng seketika daging yang telah diperap. Pastikan daging tidak digoreng terlalu lama untuk memastikan ia tidak liat. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama dan panaskan minyak. Goreng seketika lobak merah, bawang besar dan cendawan Shitake. Perisakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
Setelah agak layu, masukkan bawang putih dan taugeh hijau. Goreng seketika dan padamkan api.
Masukkan sayur-sayuran yang telah digoreng ke dalam mangkuk mee. Tuangkan lebihan sos. Gaul rata dan perisakan dengan garam dan lada hitam.
Taburkan bijan panggang. Sekiranya anda suka rasa yang lebih pedas, tambahkan potongan cili padi dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef: Sekiranya anda suka rasa yang lebih pedas, tambahkan potongan cili padi dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
5. JJAJANGMYEON
BAHAN-BAHAN:
200gm isi ayam
3 batang sosej | dihiris
4 ulas bawang putih | ditumbuk halus
1 inci halia | ditumbuk halus
Mee lidi atau spageti secukupnya | direbus
Minyak untuk menumis
BAHAN SOS:
350ml air
200ml Jjajang Instant Paste
3 sudu tepung ubi
SAYUR-SAYURAN ( DIPOTONG DADU):
½ biji timun jepun
1 biji ubi kentang
1 batang lobak merah
1 biji tomato
1 biji bawang besar
2 biji cili
BAHAN PES JJAJANG:
1 cawan stok ayam | dikisar
2 Sudu makan kacang hitam | rebus & dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
2 sudu makan sos tiram | dikisar
1 sudu makan tepung jagung | dikisar
2 sudu makan gula melaka
Gula secukup rasa
Serbuk cili secukupnya (bergantung pada tahap kepedasan yang dikehendaki)
Garam (jika perlu)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama
Masukkan sayur yang dipotong dadu ke dalam kuali. Goreng sampai layu.
Masukkan ayam, air dan Jjajang Instant Paste.
Biarkan menggelegak selama 10 minit dan tutup kuali. Masak sehingga semua bahan empuk.
Bancuh 3 sudu tepung ubi dengan 100ml air dan masukkan ke dalam kuah yang menggelegak.Kacau sehingga likat dan kuah hitam berkilat. Pastikan tahap kepekatan pada kondisi pekat tidak berkuah. Padamkan api.
Sos Jjangmyeon sedia dihidang bersama mi atau spageti.
Jika ingin membuat pes Jjajang secara homemade, masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Masak hingga sedikit mendidih.
Kemudian masukkan gula merah, gula, garam serta serbuk cili dengan secukupnya. Sejukkan dan bolehlah digunakan untuk memasak Jjangmyeon.
Info chef: Selain ayam, boleh juga menggunakan hirisan daging.
Sedapnya Ayam Ungkep! Buat peminat masakan Jawa, anda pasti akan in love dengan resipi Ayam Masak Ungkep ni.
Rasanya sedap dan kalau makan pasti tak cukup sepinggan nasi.Untuk memasak menu ini juga tidaklah sesusah mana. Bahan-bahannya pun senang nak dapat. Sangat ringkas.
Untuk anda yang teringin untuk mencuba, anda boleh gunakan resipi perkongsian saudari Noor Baini Ali ini sebagai panduan. Pasti nda sekeluarga berselera menikmatinya. Selamat mencuba.
CARA MASAK AYAM UNGKEP YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam – potong kecil 2 batang serai -titik 3 ulas bawang merah – tumbuk – beli online disini 3 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini Kunyit hidup (besar ibu jari) – tumbuk Cili padi (sukatan ikut citarasa. Empunya resipi suka pedas) – tumbuk Biji ketumbar paket kecil -rendam dulu supaya senang tumbuk. Jika tiada, boleh guna serbuk – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit – jika perlu – beli online disini 1 sudu makan asam jawa – beli online disini Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan tumbuk serta serai hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata hingga bersalut dengan rencah. Tutup periuk hingga ayam masak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau seketika dan biarkan kuah memekat. Jika kuah tidak terlalu kuning, masukkan serbuk kunyit. 4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.