Pernah makan rasem? Mungkin ada yang tertanya apakah rasem? Rasem ialah sejenis sup yang berasal dari India. Rupanya seakan akan singgang namun rasanya berbeza. Rasanya masam-masam , hangat dan penuh dengan rempah ratus. Andai rasa tidak sedap tekak, inilah pengubat yang sesuai. Selain itu rasem juga elok untuk sistem penghadaman. Boleh dimakan bersama nasi atau dinikmati begitu sahaja. Cukup mudah membuatnya,
5-6 ulas bawang putih ( tumbuk kasar)-BELI ONLINE DI SINI
1-2 inci halia ( tumbuk kasar)-BELI ONLINE DI SINI
Ads
1 biji bawang besar ( hiris)
4 tangkai daun kari
5-6 cili kering ( potong dua,rendam air panas)-BELI ONLINE DI SINI
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh sudu jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai cili hijau
Ads
1-2 biji tomato
1 mangkuk air asam jawa
1-2 cawan air
akar ketumbar
1 sudu besar lada hitam ( tumbuk kasar)
garam secukup rasa
Ads
daun ketumbar( dihiris)
Cara memasak:
1.Goreng ikan tenggiri yang telah dilumurkan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
2.Gunakan minyak bekas goreng ikan. Tumis halba campur sehingga naik bau dan masukkan bawang besar,bawang putih dan halia.
3.Kacau sehingga naik bau kemudian masukkan cili kering,daun kari. Tumis sekejap.
4.Masukkan serbuk jintan putih,jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga harum.
5.Masukkan tomato dan cili hijau.Biarkan seketika dan masukkan perahan air asam jawa dan air biasa.
6.Biarkan mereneh dengan api perlahan. Masukkan akar ketumbar.
7.Kemudian masukkan lada hitam kasar. Masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng.
8.Perasakan dengan garam. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
9.Sedia dihidangkan.
Kredit : Syed Munawwar
INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH. JOM LAYARINYA DI SINI.
Kuih tradisional yang popular turun temurun, resipi nenek moyang yang sangat berharga. Antara manisan yang sering disajikan ketika musim perayaan, kenduri kendara, kahwin dan sebagainya. Mudah di buat dengan kaedah kukus ni, siap dinikmati bersama keluarga tersayang.
RESIPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU)
BAHAN- BAHAN:
1kg beras pulut
1kg gula merah
2 cawan gula putih
Santan secukup lemak
(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Beras pulut direndam 4-5jam
Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan
Masak gula merah dan tapis dahulu
kemudian masukkan gula putih
Masukkan santan & daun pandan
Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi
Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat
(mcm meletop2 gitu )
Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik
Tutup api dan masukkan dalam bekas
Siap!
Kongsi resipi: Fyza Eky
RESIPI WAJIK PULUT
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal)
*300gm gula melaka @ gula merah
*200gm gula pasir
bahan * dimasak dengan 1 cawan air
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas talam/loyang
4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) – bagi yg suka durian.. idea dari zaina..
CARA MEMASAK:
*Kaedah kukus – Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 4 jam dan dikukus selama 30 minit- sambil dibalik2kan gaul dengan sedikit santan cair & secubit garam
*Kaedah tanak di rice cooker – 3 1/2 cwn pulut+ 3 1/2 cwn santan cair + secubit garam (hanya dibalik2kan ketika mendidih kemudian biarkan..utk menghasilkan pulut yg gebu)
Kalau berkunjung ke kedai tomyam, pasti lauk yang menjadi kemestian ialah Daging Masak Merah. Memang bertambah makan jika hirisan dagingnya nipis dan rasanya sedap. Andai masih enggan makan di kedai boleh saja menu ini dimasak sendiri. Boleh makan dengan tenang bersama keluarga.
Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
Rebus daging dengan pewarna merah (daging tak perlu dihiris) air rebusan daging tak perlu dibuang.Untuk dijadikan kuah nanti. Setelah daging masak daging empuk,hiris nipis-nipis.
Bawang putih-ditumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
Sos tomato-BELI ONLINE DI SINI
Sos cili-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & ajinomoto (optional)
Bawang Holland, cili merah, bunga kubis (untuk hiasan)
Cara memasak:
1.Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging.
2.Goreng seketika.
3.Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato & air rebusan daging tadi.Kuah terpulang nak banyak atau sikit.
4.Perasakan dengan gula, garam & ajinomoto.
5.Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang Holand, bunga kubis & cili.
6.Siap untuk dihidangkan.
Kredit : Cik Ma
ANDA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER TERBAIK, ATAU PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG LAIN. BOLEH LAYARI DI SINI.
Buat Datin Umi Kalsom Abd Latib makan bersama keluarga adalah saat yang dinantikan dan tidak mahu dilepaskan. Di ketika inilah pelbagai cerita dikongsi bersama dan secara tidak langsung merapatkan hubungan sekeluarga.
Empat resipi dikongsi beliau ini sering menjadi hidangan sekeluarga. Cerita beliau Daging Goreng Masak Hitam antara menu yang digemarinya kerana resipi itu yang keluarga gemari. Istimewanya lagi resipi ini diperoleh dari ibu mertua yang mengajar beliau cara memasaknya. “ Walaupun cara memasaknya agak rumit tapi bila makan sangat sedap rasa. Daging tersebut perlu dipotong nipis dan ditumbuk halia dan kemudian diperap seketika. Goreng pula tidak boleh terlalu lembut dan terlalu garing. Masa menggorengnya juga agak lama,” akuinya.
Sementara resipi gulai udang ini adalah resipi orang Nogori dan memang resipi tradisi ibunda beliau sendiri. Tambah menyelerakan bila dipadu dengan kerabu pucuk pegaga. Menurut beliau ,membuat kerabu lain orang lain caranya. Cara beliau, kelapa digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan ia tidak terlalu halus. Itulah kelainan kerabu air tangan beliau.
DAGING GORENG MASAK HITAM Bahan-bahan
1 kilo daging
7cm halia
7 biji bawang putih
2 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar kicap pekat
2 tangkai daun kari
Cara memasak:
Daging dihiris nipis dan kecil.
Perap daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus sebentar selama 10 minit.
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sedikit- sedikit hingga garing dan toskan. Ulang sehingga daging habis digoreng.
Tambah minyak bila perlu sedikit demi sedikit hanya untunk mencukupi gorengan daging tadi sehingga habis.
Tumis daun kari menggunakan sedikit minyak daging yang sedikit tadi , masukkan daging , serbuk cili dan kicap , gaul rata hingga secukup rasa angkat dan hidangkan.
GULAI UDANG BERSAMA CENDAWAN BUTANG
Bahan-bahan
10 ekor udang kertas.
10 ulas bawang merah. }
3 ulas bawang putih. } ditumbuk halus
10 biji cili padi. }
5cm kunyit hidup. }
3 kotak santan.
1½ cawan air.
2 paket cendawan butang (belah dua).
1 batang serai (diketuk).
1 keping asam gelugur.
Cara memasak:
Dalam periuk (lebih enak jika menggunakan periuk tradisional yang perbuat dari tanah liat) masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama 1½ cawan air.
Masukkan santan , garam , bila gulai sudah mendidih baru masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan cendawan yang dibelah dua.
Juga masukkan keping asam gelugur dan serai yang sudah diketuk ke dalam periuk gulai.
Masukkan garam,gula secukup rasa jangan biarkan gulai mendidih terlalu lama sebab udang akan mengecil dan keras.
Sedia dihidangkan.
PUDING ICE-CREAM
Bahan-bahan
1 packet agar-agar
5 tin air sejuk
1 tin susu cair
¼ tin santan
1 tin gula (kurangkan jika tidak suka manis)
4 biji telur ayam (asingkan putih telur dan kuning telur)
1 sudu kecil asen vanilla
Pewarna merah (sedikit sahaja)
Cara memasak:
Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih.
Asingkan putih telur dengan kuning telur.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Masukkan putih telur tersebut ke dalam agar-agar dan bahagikan dua bekas.
Campurkan asen vanila serta perwarna merah kepada satu bahagian.
Satukan bahagian lagi dicampurkan dengan kuning telur , susu cair dan santan.
Masakkan bahagian kuning telur tersebut didapur (api perlahan) sebentar.
Tuangkan ke dalam adunan merah tadi.
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan sejukkan dalam peti sejuk.
KERABU PUCUK PEGAGA
Bahan-bahan
2 ikat pegaga
¼ kelapa parut (digoreng hingga kuning tanpa minyak) dan (ditumbuk kasar).
1 biji bawang merah besar (dipotong halus).
3 biji cili merah (dihiris halus)
3 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)
½ limau nipis (ambil airnya)
Garam,gula secukup rasa.
Cara memasak:
Rendam dalam air sebentar pucuk pegaga, bersihkan dan tos. Potong kecil-kecil.
Masukkan dalam bekas pucuk pegaga,kelapa goreng yang sudah ditumbuk tadi , udang kering, bawang merah , cili merah, garam, sedikit gula dan air limau nipis. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Cuba Kerabu Maggi Thai yang sedap dan menggiurkan dengan resipi mudah ini. Tekstur mi yang sempurna bersama gabungan rasa pedas, masam dan manis pasti memikat selera.