Kembali di atas permintaan yang tinggi, Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) membawakan buffet Ramadan yang bertemakan Santapan 29 Malam.
Bermula dari 3 April hingga 2 May 2022, Santapan 29 Malam ini menyajikan lebih 200 hidangan dan 20 live stalls buat pengunjung yang datang berbuka puasa bersama ahli keluarga, kawan-kawan.
Pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan seperti Nasi Bukhari Ayam yang dimasak dengan rempah wangi, tilapia bakar dan juga ikan pati masak tempoyak.
Ads
Tak cukup dengan itu, TGCR menyediakan menu kari kepala ikan, bubur lambuk, sup gearbox, apam balik crispy, ayam rendang, lemang, ketupat dan banyak lagi sampaikan anda rambang mata untuk memilih.
Ads
Buat mereka yang ingin menikmati menu eksotik cuisine, bolehlah menjengah di ruangan buffet Thai. Hidangan yang ada seperti salad daging Yam Neua dan Tom Yum Gai to Som Tam Thai.
Ads
Harga buffet Ramadan Santapan 29 Malam ini bermula dari RM128 nett per person (untuk ahli) dan RM148 (bukan ahli).
Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman sesawang www.tropicanagolf.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Akhirnya Warga Asing Dihalang Beli Minyak Masak Bersubsidi, Tapi Kenapa Baru Sekarang? 1 Mac 2026 bakal jadi tarikh penting dalam kalendar rakyat Malaysia, terutamanya mak-mak dapur dan peniaga kecil yang setiap hari bergantung kepada minyak masak bersubsidi untuk kelangsungan hidup dan perniagaan.
Dalam satu kenyataan tegas dan cukup lantang, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, akhirnya mengumumkan larangan rasmi terhadap pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh warga asing. Satu langkah yang bukan hanya ditunggu-tunggu tapi sepatutnya dilaksana sejak dulu lagi!
Tanya saja mana-mana mak cik di pasar pagi, atau peniaga goreng pisang tepi jalan, masalah minyak masak subsidi disapu warga asing ini bukan benda baru. Sudah lama jadi rahsia terbuka.
Dari restoran mamak hingga ke rumah sewa pekerja asing, minyak masak peket bersubsidi ‘lesap’ dari rak pasar raya dengan cepat, meninggalkan rakyat marhaen bergelut cari stok, atau terpaksa beli minyak botol yang lebih mahal.
Langkah yang akan dikuatkuasa di bawah Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961 ini memang dialu-alukan. Tapi soalnya, kenapa baru sekarang?
Kita dah lama ada teknologi, dah lama rakyat bersuara, dan kerajaan sendiri dah tahu punca kebocoran. Kenapa perlu tunggu hingga subsidi ‘darah rakyat’ terus ditiris keluar negara sebelum bertindak?
KPDN akan perkenal sistem pengesahan MyKad melalui eCOSS, satu sistem yang hanya lulus pembelian kepada warganegara Malaysia sahaja. Tak ada MyKad? Jangan harap dapat beli minyak subsidi.
Sistem ini sudah diuji di Putrajaya, Johor dan beberapa premis Rahmah Madani sejak Mei 2025. Malah, ia akan disepadukan dengan MyKasih dan SARA untuk pastikan pengagihan lebih tersusun dan adil.
Kuota pembelian 3 paket setiap isi rumah masih diteruskan, satu langkah yang masih relevan, selagi bekalan cukup dan tidak dimonopoli.
Bagi rakyat biasa, ini kemenangan kecil yang besar impaknya. Dengan kawalan ketat dan pelaksanaan sistematik, stok minyak masak dijangka lebih stabil, harga kekal rendah, dan tiada lagi ‘perang’ pagi-pagi di pasaraya semata-mata nak berebut minyak.
Golongan B40, yang paling terkesan dengan kenaikan harga makanan, kini boleh menarik nafas lega. Duit kerajaan yang selama ini terbazir, boleh disalurkan kepada program bantuan lain yang lebih bermakna.
Sudah pasti langkah ini akan mengundang keresahan dari sesetengah pihak, termasuklah ekspatriat, pekerja asing halal dan restoran yang menggunakan khidmat mereka. Tapi realitinya, subsidi ini bukan untuk semua.
Ia adalah untuk rakyat Malaysia, dan langkah ini adalah manifestasi keutamaan terhadap kesejahteraan rakyat sendiri.
Sebagai suara rakyat dalam dunia makanan dan gaya hidup, RASA menyambut baik langkah warga asing dihalang beli minyak masak bersubsidi ini. Tapi kami juga menyeru agar penguatkuasaan jangan sekadar atas kertas. Pantau betul-betul, jangan bagi ruang pada ‘orang dalam’ yang sanggup jual prinsip demi keuntungan.
Dan yang paling penting, jangan tunggu isu jadi parah baru nak bertindak. Rakyat dah cukup lama sabar. Ini masa untuk jaga hak orang yang berhak.
Rakyat nak beli minyak packet pon susah, baik beli yang ni je murah.
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyaksikan penutupan Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
SMK Seri Permaisuri telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan di antara 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam program itu, pelajar-pelajar dan guru dari setiap sekolah dikehendaki bekerjasama dalam mencipta resipi berpandukan kedua-dua Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia.
Program Pemakanan Sihat Gardenia #RollingHealthyWithRollUpWraps bermula pada penghujung tahun 2021 di mana pelajar dan guru dari 20 buah sekolah di sekitar Lembah Klang telah berkumpul dalam persidangan atas talian yang mana juga merupakan pelancaran program tersebut. Taklimat di atas talian tersebut kemudiannya disusuli dengan pengedaran Gardenia Roll-Up Wraps di sekolah-sekolah berikut. Poster dan papan rentang yang penuh berinformasi tentang amalan pemakanan sihat juga diletakkan di sekitar pekarangan sekolah bagi sentiasa mengingatkan pelajar tentang faedah dan garis panduan pemakanan sihat.
Wakil dari setiap sekolah terdiri daripada satu pasukan yang dianggotai oleh seorang guru pembimbing dan tiga orang pelajar. Di pusingan pertama, setiap kumpulan dikehendaki mereka cipta resipi sihat menggunakan Gardenia Roll-Up Wraps dan menghantar entri tersebut dalam bentuk video pendek menarik yang membawa mesej “Tabiat Pemakanan Sihat”.
Video itu kemudiannya dimuatnaik di media sosial dengan hashtag #RollingHealthyWithRollUpWraps untuk dinilai oleh panel juri dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Entri tersebut kemudiannya disenarai pendek kepada hanya lima resipi terbaik yang bersaing antara satu sama lain pada pusingan akhir, hari ini, di Dewan Serbaguna Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Lima sekolah yang tersenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan; SMK Sentul Utama; SMK Seri Permaisuri; SMK St Mary; dan SMK Taman Setiawangsa.
Resipi yang memenangi tempat pertama ialah The Permaisuri oleh SMK Seri Permaisuri. Kumpulan ini dibentuk oleh Haslina Ramli sebagai guru pembimbing, bersama Nor Adriana Batisyia, Nurul Farlisa Idrish, dan Adeem Khairil dari Tingkatan 5. Menurut Haslina, kumpulan itu mengambil masa empat hari untuk menghasilkan resipi yang sempurna dan beberapa siri percubaan dan kesilapan terlibat dalam mendapatkan resipi yang tepat.
“Tabiat pemakanan sihat perlu diterapkan pada usia muda. Dengan itu, #Rollinghealthywithrollupwraps adalah sebahagian daripada harapan yang lebih tinggi untuk memperkasakan belia dengan makan dengan lebih sihat. Kempen ini bukan sahaja menyediakan informasi pemakanan, ia juga melibatkan para pelajar dalam penyediaan hidangan mereka yang diharapkan dapat menggalakkan kelestarian dan meningkatkan penyesuaian gaya hidup pemakanan sihat. Di samping itu, penyediaannya sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan ialah, Just Wrap It!” kata Lavinia Anthony, Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
Lavinia menambah bahawa program ini adalah projek perintis yang dijangka akan diperluas jangkauannya kepada 80 lagi sekolah di Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.
Bulan Ogos, bulan kemerdekaan buat rakyat Malaysia. Dan pada bulan ini jugalah kita dapat melihat kreativiti orang kita meraikan kemerdekaan dengan pelbagai cara.
Salah satunya, Pau Bendera Gergasi yang dihasilkan team Pau Pak Ngah! Memang besar dan mengagumkan!
Untuk menghasilkan Pau Bendera Gergasi ini, sebanyak 387 biji pau digunakan dan mengambil masa tiga jam untuk disiapkan.
Siapa yang tak banggakan, apabila jenama pau tempatan meraikan bulan kemerdekaan dengan cara yang unik.
Menurut Nur Afifah Roslan, pengusaha kuih pau dan juga merangkap Ketua Operasi di Pau Pak Ngah, Pau Merdeka merupakan salah satu usaha daripada team Pau Pak Ngah sebagai lambang kecintaan terhadap negara.
“Apa yang membuatkan saya kuat dalam menguruskan perniagaan ini adalah keluarga dan team Pau Pak Ngah itu sendiri.
“Saya sedar yang menjalankan perniagaan bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga,” ujar Afifah yang berusia 29 tahun.
Afifah mengambil alih perniagaan kecil-kecilan daripada ibu bapanya kerana melihat potensi yang sangat besar dalam perniagaan ini.
Minat yang mendalam dalam sektor pemakanan dan minuman membuatkan Afifah secara tidak langsung berminat dalam penglibatan perniagaan ini.
Perniagaan Pau Pak Ngah ini bermula pada tahun 2004 dan terus berkembang hingga ke merata tempat. Dibuat daripada 100 peratus buatan tangan, Pau Pak Ngah ini terdapat banyak perisa, antaranya Pau Kaya, Pau Kacang Merah, Pau Kelapa dan Pau Coklat. Manakala perisa premium pula Pau Cheesy Beef Bolognese, Pau Mushroom Chicken Carbonara, Pau Rendang Daging dan Pau Black Pepper Beef.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Senang je dan paling mudah nak buat "Pepero Popia Almond Stick" ni, hanya guna 3 bahan je dah boleh jadi kudapan raya yang rangup dan sedap. Gunakan straw untuk memudahkan gulungan kulit popia nanti dan tak perlu keraskan dalam peti sejuk pun.