Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang padulah. Resipi Churros ni memang istimewalah banyak tip dan teknik yang diikongsi oleh pemilik resipinya.
CHURROS
°°°°°°°°°°°°
BAHAN-BAHAN :
1 cawan air*
1 sudu besar mentega/margerin
1 sudu besar gula* (gula yg bancuh teh kopi tu)
1 sudu teh esen vanila*
Secubit garam*
1 cawan tepung gandum
1 biji telur B
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair….
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil, kalau doh tu berketul, pedulikn jee…
3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.
Ads
Tip : Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.
4. Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje)
Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.
6. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.
Ads
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°° BAHAN-BAHAN :
100gm coklat masakan
1 sudu mentega (sy guna 2 sudu minyak jagung je)
– cairkan secara double boil
Tip nak dapatkan Churros yang best dan menjadi :
1. Ada beberapa resepi Churros yang empunya resipi dah cuba tetapi baginya ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam.
Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi,sebab tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup ye, kalau lebih, confirm boleh baling dinding.
Ads
2. Masa nak masukkn & tepung, kebanyakan resepi suruh perlahankan api, Tapi saya TUTUP API masa tu.
Ikut petua, jangan uli tepung dengann air yang menggelegak, ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lebih lama…
3. Kalau agak agak doh panas lagi tak boleh uli dengan tangan, boleh je tunggu kejap, no hal Ambil masa anda untuk uli doh untuk uli doh bagi licin ye, tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni takde istilah bantat ke ape…
4. Seeloknya guna piping beg yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag, kalau piping bag nipis mudah pecah.
5. Guna star nozle untuk corak belimbing yg cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel aje pun takde masalah.
Saiz Churros saya ni, agak dlm 2 inci setiap satu.
6. Pada yg expert pro master boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam paip dulu semua dalam dulang untuk seragamkan. Selepas itu baru masukkan dan goreng baru campak semua sekali dlm kuali, masak pun seragam je.
Kredit: BBOS
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi nasi dagang sedap guna beras basmathi ini hasilnya memang enak. Nasi lembut berderai tapi cukup lemak dan harum bila siap dikukus bersama santan.
Hidang dengan gulai ikan tongkol yang cukup rasa masam, manis, masin dan rempah bila dimakan memang licin pinggan. Jangan lupa buat acar sekali.
Resipi Nasi Dagang Sedap Guna Beras Basmathi Dengan Gulai Ikan Pekat
Bahan-Bahan Nasi Dagang
4 cawan beras basmathi (Moghul Faiza Basmathi)
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu besar halba
Sedikit garam & gula secukup rasa
Cara Penyediaan Nasi Dagang
Cuci dan rendam campuran beras basmathi dan beras pulut selama 4 jam. Toskan.
2. Panaskan kukusan. Lapik penapis kukusan dengan daun pandan atau kain bersih. Kukus beras selama 25–30 minit.
3. Angkat dan masukkan nasi ke dalam besen besar. Siram santan cair sedikit demi sedikit sambil ‘arung’ (kacau perlahan dengan senduk kayu) agar santan meresap.
4. Kukus semula hingga nasi benar-benar masak.
5. Pindahkan semula nasi ke dalam besen, tabur hirisan bawang, halia dan halba.
6. Bancuh santan pekat dengan sedikit gula dan garam (ikut rasa masin sikit untuk naikkan rasa lemak). Gaul ke dalam nasi sikit-sikit sambil kaup balik nasi sampai berkilat.
7. Siap! Tak perlu kukus lagi. Boleh terus hidang.
Bahan-Bahan Gulai Ikan TongkolUntuk Rebus Ikan:
1 ekor ikan tongkol – dipotong & dibersih
Air secukupnya (paras ikan)
Garam, asam keping, sedikit nisan/gula melaka
Sedikit cuka – jika suka (untuk isi ikan cantik)
Untuk Kuah Gulai:
2 cawan santan pekat
Air secukupnya (ikut kepekatan kuah)
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji cili kering
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis biji
5 sudu besar serbuk kari ikan (Cap Ros dicadangkan)
Sedikit belacan, garam, nisan/gula melaka dan perasa secukupnya
1-2 keping asam keping
Cara Masak Gulai Ikan
Rebus ikan tongkol bersama asam, garam, gula melaka dan sedikit cuka. Biarkan sejuk semalaman untuk rasa yang lebih menyerap.
2. Kisar semua bahan kisar (bawang, cili, rempah biji, lengkuas, kunyit).
3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama santan pekat dan air. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan serbuk kari (boleh guna cap Rose lagi sedap) dan kacau rata.
6. Masukkan ikan rebus dan sedikit air rebusan ikan. Biarkan kuah merenih perlahan hingga keluar minyak dan pekat.
7. Perasakan dengan garam, nisan dan perasa secukupnya. Kuah perlu ada rasa masin, manis dan berempah seimbang.
TIP: Nak gulai sedap, biar merenih lama sampai naik minyak. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili kering.
Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab ianya sejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat basic. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Lempeng Kelapa antara sajian yang menjadi pilihan untuk sarapan pagi. Sarapan yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin. Jom kita cuba resipi Lempeng Kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang.
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya -rujuk video
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!