Sajian mee celup popular di sekitar negeri Kelantan dan Siam, ianya tidak sama dengan mee atau mihun sup utara. Cara penyediannya mudah hanya kuah yang paling penting dalam menghasilkan mee celup ni. Nak tau apa yang rahsianya jom cuba!

 

RESIPI MEE CELOP SEDAP DAN MUDAH

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH:

  • 3 bungkus sup bunjut
  • 6 batang serai
  • 5 cm halia
  • 5 cm lengkuas
  • Kicap adabi
  • Daging seketul 1/2kg (tak perlu potong, letak seketul terus, orang klate panggil buku besar,,hihii)
  • Masukkan air ke 2 jug besar ke dalam periuk, masukkan semua.

CARA MEMASAK:

  1. Bahan diatas direbus sampai menggelegak, masukkan garam, perasa jika perlu, serbuk cukup rasa sikit akhir sekali masukkan kicap.
    Perut lembu kena rebus asing, jangan campur sekali dalam kuah diatas.

SAMBAL LADA:
*kisar cili padi dengan cuka

IKLAN

LADA JERUK:
*basuh lada besar hijau dan toskan. Bila dah betol2 kering, potong kecik2 dan masukkan ke dalam botol. Masukkan cuka sampai tenggelam lada, biarkan beberapa jam sebelum guna.

MINYAK BAWANG PUTIH: (Inilah Rahsia Kesedapan Mee Celup)

IKLAN
  • 3 labu bawang putih
  • Potong bahagian depan dan hujung, jangan dibuang sampai licin, tinggalkan sedikit kulit bawang pada bawang dan basuh basuh.
  • Tumbuk bawang sampai lumat, jangan kisar sebab tak nak ada air,

CARA MEMASAK:

  1. Kemudian panaskan 2 cawan minyak, masukkan bawang putih, goreng sampai garing. AWAS!!! Jangan sampai hangit, angkat dan sejukkan, tutup rapat dalam botol, boleh simpan untuk guna lain hari atau buat stok.

*Sawi dipotong kecil dan gaulkan dengan taugeh,rendam dalam air.
.
BAHAN LAIN:

IKLAN
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Lobak masin
  • Daun sup
  • Bwg goreng
  • Asam limau nipis(x sedap limau lain)
  • Serbuk lada putih
  • Kcg tanah goreng dan ditumbuk,
  • Bihun
  • Mee
  • Kueh tiaw

CARA MEMASAK:

  1. Dah siap semua angkat daging dalam kuah yang direbus tadi dan toskan dan potong kecil2
  2. Potong perut kecik2
  3. Cara makan: Mula-mula masukkan bihun/mee/kueh tiaw dalam mangkuk, masukkan sayur, lauk, garam, gula, sambal lada, lada jeruk, serbuk lada, minyak bawang putih, daun sup dan bahan2 lain di atas pastikan kuah menggelegak ye,hati2 masa cedok kuah tu. Masukkan dalam mangkuk, kasi asap naik sikit, baru tabur daun sup, bawang goreng dan perah asam limau. Siap dan sedia untuk dimakan.

Kongsi resipi: Azura Mohd Zainani (MAHN)

 

https://www.facebook.com/denaihati/videos/857485274441546/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI