Rahsia Buat Doh Kuih Gegetas Sedap & Tak Liat. Guna 5 Bahan Je!

Share

Lamanya tak buat Kuih Gegetas! Kadang-kadang bahan semua ada, tapi ‘mood’ nak buat tu tak muncul-muncul juga, kan? Tapi bila dah sekali terbayang dalam kepala, selagi tak buat – selagi tu lah rasa teringin. Jom buat Kuih Gegetas! Resipi perkongsian Pn Habsah Ngah kali ni ringkas je, sesuai sangat untuk minum petang atau nak berbagi rezeki dengan jiran-jiran. Sekali buat satu adunan, puas makan.

RESIPI KUIH GEGETAS YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN DOH KUIH GEGETAS:

  • 2 cawan tepung pulutbeli online disini
  • 1 cawan tepung gandumbeli online disini
  • 1½ cawan kelapa parut
  • Sedikit garam
  • cawan air suam panas (masukkan sikit-sikit, ikut keperluan sampai doh boleh dibentuk)

BAHAN AIR GULA:

  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula

CARA MEMASAK KUIH GEGETAS:

1.Satukan semua bahan dalam mangkuk besar.

2.Uli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

3.Bentukkan doh ikut saiz dan bentuk yang diingini.

4.Panaskan minyak, goreng kuih dengan api sederhana.

5.Bila kuih mula bertukar warna keperangan, angkat dan toskan.

6.Untuk buat air gula, masukkan semua bahan ke dalam kuali, masak guna api perlahan. Kacau hingga pekat dan likat.

7.Bila air gula dah likat, curahkan ke atas kuih yang digoreng tadi. Gaul cepat-cepat hingga gula menyelaputi kuih dan nampak berkilat serta kering.

Tip: Selalu balik-balikkan kuih supaya masak rata dan tak hangus.Unuk buat kuih ni, boleh goreng kuih terlebih dahulu, baru buat air gula.

 

Kredit resipi & foto: Pn Habsah Ngah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:

Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Elina