Korang suka makan Bihun Goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey. Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.
RESIPI BIHUN GORENG SINGAPORE
Ads
BAHAN-BAHAN:
3-4 biji bawang merah – kisar
5-6 biji bawang putih – kisar
1 sudu kecil lada hitam – kisar
2 sudu makan udang kering – kisar
2 inci halia – kisar
1 mangkuk udang segar
400gm bihun
Daun kucai dan cili merah -sebagai hiasan
MAGGI®️ CukupRasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Kisar lumat bahan-bahan yang perlu dikisar tadi.
Kopek kulit udang. Ketepikan.
Rendam bihun hingga lembut (400gm)
Kucai dipotong dalam 4cm.
Tumis bahan kisar dengan minyak secukupnya sehingga jadi keemasan dan garing.
Kemudian perasakan dengan MAGGI®️CukupRasa.
Masukkan udang. Gaul hingga udang masak.
Seterusnya masukkan bihun yang sudah ditoskan airnya.
Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
PETUA: Bihun Goreng Singapore ini enak dimakan bersama Sambal Kicap. Nikmati semasa masih panas untuk rasa yang lebih optimum.
Ads
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu minum petang apa yang sedap ye, boleh cuba buat resipi Creamy Crab Croquette yang viral ni. Cara membuatnya sangatlah mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Hasilnya pun sangat menyelerakan. Sesuai sangat dijadikan kudapan untuk anak-anak. Jom cuba. Macam best je.
RESIPI MUDAH CREAMY CRAB CROQUETTE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
PETUA: Croquette perlu disejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk supaya bila digoreng ia tidak lembik dan hancur.
Kredit foto: Shutterstock
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sesungguhnya hati rasa puas bila dapat menghidangkan masakan kegemaran buat keluarga setiap hari. Namun kekangan masa juga membuatkan ramai yang mengambil jalan singkat dengan membeli makanan dari memasaknya sendiri. Rugi nikmat jika tidak memasak dari air tangan sendiri. Usahlah beralasan lagi untuk tidak memasak,usahakan diri jadi lebih rajin dan kreatif mencipta pelbagai menu masakan. Menyedari akan keperluan masyarakat yang tidak ingin berlama di dapur, Philips, syarikat peralatan elektrik berteknologi terbesar di dunia memberi penyelesaian memasak dengan mudah dan menjimatkan masa.
Memang hebat peralatan memasak serba canggih All-In-One Cooker dan Airfryer XXL dengan fungsi produk yang praktikal. Item ini menggabungkan teknologi untuk keperluan pengguna serta memenuhi perubahan gaya hidup yang lebih sempurna. Mereka yang mementingkan gaya hidup yang sihat memang sesuai memilikinya. Jangan ragu buat yang tidak tahu memasak,peralatan ini sangat membantu untuk hasilkan hidangan yang diinginkan. Lantas terus rajin memasak bila mempunyai peralatan sebegini.Tekan fungsi yang dikehendaki, tunggu beberapa minit dah siap menu.
All-In-One Cooker memasak hidangan dengan sempurna 6 kali lebih cepat dari produk terdahulu. Memang jimat masa dan tenaga, tak perlu berada lama di dapur. Fungsinya yang pelbagai membolehkan hidangan sup, nasi, stew, kek dan ayam masak ros dan yogurt disediakan dengan sempurna. Mereka yang mempunyai anak kecil usah bimbang kerana dilengkapi fungsi keselamatan childlock.
Masalah ketiadaan oven jangan lagi dipertikaikan kerana All-In-One Cooker mampu menghasilkan kek yang sempurna. Memasak dalam kuantiti yang banyak juga tidak memberi masalah dengan muatan kapasiti hingga 6 liter. Jadi sesuailah buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar untuk memasak hidangan Hari Raya nanti.
All-In-One Cooker dilengkapi cawan sukatan, senduk , inner pot yang tebal dan non-stick juga buku resipi. Buku resipi ini terbahagi kepada kategori makanan yang anda inginkan. Sesungguhnya ia sangat membantu buat mereka yang buntu nak masak apa.
Satu lagi produk hebat yang dirasakan perlu dimiliki semua ialah Airfryer XXL. Ia sempurna buat yang mementingkan kesihatan kerana menggunakan sedikit minyak atau tanpa minyak. Teknologi Twin Turbostar menjadikan makanan goreng jadi lazat dengan lemak yang minimum. Selain menggoreng, ia juga boleh membakar dan memanggang. Memang praktikal dan jimat masa.
Produk ini dilengkapi kit pembakar dan kit penggril juga buku resipi untuk memudahkan kerja memasak. Memang berbaloi mempunyai produk ini kerana beberapa faktor:
Kesihatan Airfryer XXL memastikan 90% kurang kandungan lemak dengan rasa yang maksimum.
Penjimatan masa All-In-One Cooker memastikan hidangan dimasak dengan sempurna 6 kali lebih pantas. Airfryer XXL memasak 1.5 kali lebih cepat daripada menggunakan oven.
Mudah diselenggara
Airfryer XXL rekabentuk yang kompak mudah dibersihkan ( selamat untuk mesin pencuci pinggan mangkuk) sempurna untuk goreng dan memasak. All-In-One Cooker menjadi peralatan memasak yang versatil dengan pilihan memasak yang pelbagai.
Keselamatan All-In-One Cooker menawarkan 18x ciri keselamatan dengan bantuan valve keselamatan, valve tekanan dan valve floating.
Rasa Airfryer XXL dilengkapi teknologi Twin Turbo Star bagi memastikan makanan menjadi rangup. All-In-One Cooker dilengkapi fungsi kawalan suhu dual, fungsi sauce thickening (pekat kuah) dan fungsi tambahan bahan bagi membolehkan kita mendapatkan rasa yang diingini. Airfryer XXL dilengkapi saiz raga sebesar 1.4kg membolehkan kita memasak dalam kuantiti yang banyak.
Sempena Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba serta PKP yang masih diteruskan, mood memasak tentunya terus berkobar. Pastinya sekeluarga menantikan menu istimewa untuk dihidangkan.
Dengan itu Majalah RASA menganjurkan Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips yang menampilkan tiga KOL, dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy yang hebat memasak. Diharapkan video memasak yang dikongsikan mereka dapat memberikan idea buat semua untuk memasak cara mudah menggunakan All-In-One Cooker dan Airfryer XXL.
Memang buat kita terliur dengan masakan yang dikongsi oleh ashhryyyyy . Rendang Daging yang dimasak menggunakan All-In-One Cooker lebih mudah disediakan dengan fungsi pressure cooker hanya mengambil masa 30 minit. Menurut ashhryyyyy daging jadi lembut dan teksturnya sungguh enak. Tambah ashhryyyyy, fungsi untuk sauce thickening (pekat kuah) menjadikan rendang tidak lari dari rasa asli. Bila ditabur dengan daun kunyit lagi memberi aroma pada rendang yang dimasak ini. Memang tak sabar nak makan.
Tambah menyelerakan bila arianna.kitchen berkongsi menu Ayam Panggang Rose menggunakan Airfryer XXL. Nampak sedap dan tak sabar nak cuba. “Segalanya mudah hanya 12 minit, Ayam Panggang Ros dapat disiapkan. Tidak perlu memenatkan diri menunggu lama untuk menyiapkan hidangan. Memang berbaloi memilikinya,” jelas arianna.kitchen.
Tambahnya lagi menggoreng kentang hanya selama 13 minit dan tidak berminyak. Airfryer XXL boleh memasak pelbagai jenis masakan seperti kek cawan , piza dan churros.
Negara kita memang kaya dengan kepelbagian sajian warisan pelbagai kaum. Jika ke Melaka, masyarakat Portugis cukup terkenal dengan sajian laut yang lazat. Rugi kalau ke Melaka tak mencuba dua sajian ini.
Ikan bakar Portugis dan Ketam Lada Hitam yang segar memang enak dimakan dengan dua gaya masakan ini. Kolej Yayasan FELDA berkongsi resipi…
IKAN BAKAR PORTUGIS
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kisar :
CARA MEMASAK : 1. Kisar semua bahan kisar untuk dijadikan pes ikan bakar. 2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar bersama cili kisar tadi dengan api yang perlahan hingga naik bau. 3. Tambah perahan air asam jawa, gula dan garam. 4. Selesai menumis, lumurkan pes tersebut pada ikan dan letakkan daun limau purut dan bungkus menggunakan daun pisang dan aluminium foil. 5. Bakar ikan di atas dapur kayu arang selama 15-20 minit.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 50 minit Cara memasak : bakar Jenis masakan : Sajian Ala Portugis (Melaka) Keistimewaan : Rasa masam pedas dengan aroma asap dapur kayu menambah selera Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Ikan juga boleh dibakar menggunakan ‘pemanggang ajaib’ atau ketuhar.
KETAM LADA HITAM BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : 1. Cuci ketam dan goreng hingga bertukar warna. Angkat dan toskan. 2. Tumiskan bawang putih, halia, daun kari dan serbuk lada hitam. Masukkan kicap masin, kicap manis, sos tiram, sos tomato, sos cili, garam dan daun kari. Gaulkan sebati. 3. Tambahkan secawan air untuk kuah, biarkan hingga mendidih. 4. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagun untuk memekatkan kuah 5. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga ketam diselaputi kuah. 6. Renehkan sebentar sebelum diangkat. 7. Hias dengan daun parsli dan siap untuk dihidang.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 50 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Sajian Ala Portugis (Melaka) Keistimewaan : Rasa lada hitam dan masam manis membangkitkan jus ketam yang lazat Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Seperti juga makanan laut yang lain, ketam juga tidak boleh dimasak lama untuk mengekalkan rasa jus manis ketam
.
FOTO : NOR YANTI SAHARUDIN
RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR
TERIMA KASIH :Kolej Yayasan FELDA Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.