Untitled design - 2021-04-19T140214.833

Sempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia tidak lama lagi, Jenama Oat No.1 di Dunia* Quaker Oats melancarkan sebuah kempen yang mengujakan bagi rakyat Malaysia untuk mempamerkan khasiat Oat; sejenis bijirin versatil yang digelar “super grain”, terutamanya semasa bulan puasa.

Kempen “Rasa Sayang, Rasa Kuat” yang bakal berlangsung selama satu bulan ini bakal memberikan sorotan kepada nilai-nilai nutrisi oat, dengan kandungan serat, protein, beta glukan dan vitamin dan garam galian penting terutamanya zat besi yang menyokong daya imuniti badan, serta menjadi satu keperluan yang penting bagi mereka yang berpuasa.

Kempen ini juga bertujuan untuk memaklumkan cara memanfaatkan “super-grain” ini pada setiap minggu kepada mereka yang berpuasa dengan menjadikan oat sebahagian daripada makanan untuk sahur dan berbuka puasa melalui penyediaan makanan secara kreatif.

“Kami merasa teruja untuk melancarkan kempen yang bermakna ini di bulan puasa. Kempen ‘Rasa Sayang, Rasa Kuat’ bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan penglibatan secara aktif daripada mereka yang berpuasa, malah juga berperanan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka dengan menawarkan maklumat yang berguna dan praktikal untuk menikmati kebaikan oat di bulan Ramadan,” kata Melinda Ong, Pengurus Pemasaran Quaker Malaysia.

Untuk mencapai matlamat kempen “Rasa Sayang, Rasa Kuat”, Quaker Oats bekerjasama dengan chef selebriti Anis Nabilah dalam satu siri empat webisod yang dirancang dan disusun dengan rapi dan bakal disiarkan dalam tempoh empat minggu di bulan Ramadan.

IKLAN

Setiap episod mingguan bakal menampilkan Chef Anis bersama beberapa influencer. Dengan gandingan kepakaran mereka, Anis dan influencer jemputan tersebut akan membincangkan cabaran-cabaran yang spesifik dan keperluan yang terlibat di setiap minggu sepanjang bulan puasa, termasuk demonstrasi cara penyediaan satu hidangan yang ringkas tetapi enak; dimana semuanya menggunakan satu ramuan yang hebat – Quaker Oats!
Empat episod yang bakal ditampilkan adalah seperti berikut:

MINGGU TOPIK PEMPENGARUH
1 Pemakanan dan nutrisi semasa berpuasa Sazzy Falak
2 Kecergasan dan kesejahteraan semasa berpuasa Nana al-Haleq
3 Kekal bertenaga di bulan Ramadan Atita Haris
4 Rasa dan tampil hebat dalam membuat persiapan Raya Elcah Hashah

“Saya merasa amat teruja untuk memulakan kempen Quaker Oats yang bermakna ini. Apa yang saya boleh dedahkan sekarang adalah setiap webisod membawakan banyak perkara yang boleh dipelajari dan menampilkan satu resepi setiap minggu yang menggunakan ramuan oat yang versatil.

Penonton akan mempelajari pelbagai cara yang menarik untuk menyediakan hidangan yang enak dengan menggunakan oat. Anda semestinya tidak mahu ketinggalan untuk mempelajari resipi-resipi tersebut, yang bukan sahaja berkhasiat malah enak dimakan.

IKLAN

Quaker Oats bekerjasama dengan Chef Anis Nabilah dalam siri webisod istimewa sempena Ramadan
Onde-onde Quaker Oats Cookies Recipe by Chef Anis Nabilah.

Yang paling menarik lagi adalah hidangan-hidangan yang bakal ditampilkan cukup mudah disediakan dengan menggunakan oat dan ramuan-ramuan lain yang boleh didapati di dapur, menjadikan semuanya ideal untuk sahur dan berbuka puasa. Tambahan pula, para tetamu undangan juga bakal membincangkan pelbagai topik mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi pada setiap minggu menjelangnya Hari Raya Aidilfitri,” kata Chef Anis Nabilah.

Tandakan kalendar anda hari ini dan tonton webisod “Rasa Sayang, Rasa Kuat” di saluran Youtube Quaker Malaysia: https://bit.ly/3rWaTnq atau laman Facebook Quaker Malaysia: https://www.facebook.com/QuakerMalaysia.
*Sumber Euromonitor International Limited; Edisi Makanan Berbungkus 2021, mengikut definisi bijirin panas, jualan nilai runcit; rsp, semua saluran runcit, data 2020.

IKLAN

Jejari Oats Dan Semperit Susu Jadi Rebutan

Rolled Oats Kismis Sajian Sihat Selalu.

6 Resipi Overnight Oats Mudah Untuk Diet Tanpa Lapar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI