Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur sikap segelintir peniaga makanan di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang memberi nama jolokan ‘barang dalam kain’ kepada kuih Putu Halba semata-mata untuk melariskan jualan.
Mohamad Shukri berkata walaupun ia tidak bercanggah dengan hukum agama tetapi ia boleh mengundang persepsi negatif dan tidak menggambarkan akhlak orang Islam yang sepatutnya.
“Memang dari segi hukum ia tidaklah sampai kepada haram tetapi penggunaan nama jolokan dengan perkataan yang kurang manis itu menampakkan kita tidak berakhlak,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan segelintir peniaga di negeri ini yang menggunakan jolokan ‘barang dalam kain’ kepada kuih putu halba yang menjadi tular di media sosial sejak beberapa minggu lepas.
Ads
Kredit foto: Salleharon Ahmad
Katanya pemilihan nama yang baik adalah dituntut dalam Islam seperti mana pemilihan nama kepada seseorang individu.
“Banyak lagi nama jolokan yang baik boleh digunakan untuk kuih tersebut. Pemilihan nama kuih dengan jolokan ‘barang dalam kain’ itu berkemungkinan akan diterjemah dengan maksud yang tidak baik,” katanya.
Katanya peniaga perlu mengambil berat berhubung perkara tersebut kerana dibimbangi ia akan menjadi ikutan kepada orang lain selain boleh memberi gambaran tidak baik kepada peniaga di negeri ini.
Ads
Kuih putu halba sudah lama terkenal di Kelantan, sinonim sebagai makanan pilihan di musim tengkujuh dan biasanya dijual di gerai-gerai tepi jalan.
Ads
Kredit foto: Woyie Wona
Bagaimanapun kuih tersebut mendapat lebih perhatian selepas diberi jolokan kuih barang dalam kain kerana untuk memasak putu halba ia dimasukkan di dalam kain dan diwapkan sehingga masak.
Teringinkan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan. Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
3/4 cawan gula merah
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
Sedia dihidangkan.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
secubit garam
1 1/2 cawan air
1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan |disimpul
1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur.
Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.
ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
500 gram tepung pulut
4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
1 cawan air
Gula melaka | dipotong kiub
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk., jika suka.
Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk .
Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.
PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung kuih pau
6gm yis segera
50gm minyak sayur
1/2sudu teh garam
100gm gula halus
250gm air suam
Bahan Inti:
200gm kacang merah
100gm gula perang
1/2 sudu teh gula merah
1/2sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
Simpan selama sejam.
Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
Sedapnya bila dapat makan lempeng untuk minum petang. Makan bersama dengan sambal tumis telur, pergh memang tak cukup satu. Kalau rasa nak cuba buat lempeng gebu, boleh ikut resipi yang dikongsikan ini.
Lempeng Lembut Gebu
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
500ml air
1 biji telur
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
CARA MEMBUAT: 1.Masukkan telur, minyak masak, garam, gula dan sedikit air dalam blender. Blend hingga telur kembang.
2.Kemudian masukkan tepung dan baking powder berselang-seli dengan air, blend hingga tepung sebati.
3.Tuang adunan dalam jug, biarkan selama sejam supaya baking powder bertindak balas untuk dapatkan lempeng yang lembut dan gebu.
CARA MEMASAK:
1.Guna kuali saiz 18. Satu adunan boleh dapat 12 keping ikut saiz tu. Kalau nak cepat siap boleh guna kuali saiz besar.
Nak masak Char Kuey Teow Sedap gaya kedai? Ini resipi lengkap, mudah dan padu untuk hasil yang lebih pekat, wangi dan puas hati. Semua bahan ringkas dan langkah memasak jelas!