Petang begini sedap pula kalau dapat jamah pulut panggang. Tak perlu nak bakar memadai dengan panaskan di atas kuali leper. Pulut panggang@pulut lepo inti ikan menu minum petang sekeluarga hari ni. Kesedapan pulut panggang adalah terletak pada inti yang digunakan. Boleh guna inti udang mahupun inti ikan.

PULUT PANGGANG INTI SAMBAL IKAN

BAHAN-BAHAN:
(untuk 20 biji)

INTI SAMBAL IKAN:
4 ekor ikan selayang @ sardin
(direbus dgn asam keping & garam)
8 biji cili kering( dibuang biji)*
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
5 sudu besar gula pasir
1+1/2 sudu kecil garam halus
4 sudu besar santan pekat(KARA)
Sedikit minyak utk menumis

** Dikisar halus

CARA-CARA:
1) Tumbuk isi ikan rebus,ketepikan
2) Tumis bahan kisar dgn sedikit minyak, masukkan santan pekat
3) Bahan tumisan dh nmpk nk kering airnya,masukkan isi ikan yg ditumbuk td
4) Perasakan dgn gula & garam
5) Masak api perlahan,sentiasa kacau sampai sambal kering & berderai
6) Sejukkan
7) Inti sambal ikan ni ada lebih,boleh buat utk sukatan 4 cawan pulut

** Sambal wajib rasa manis2 ckit baru sedap

BAHAN-BAHAN PULUT:
– 2 cawan beras pulut
(basuh & rendam 2 jam)
– 1/2 cawan santan pekat(KARA)
– 2 sudu besar minyak masak
– 4~5 sudu besar gula pasir
– 1+1/2 sudu kecil garam halus
– Daun pisang secukupnya
(dilayur sekejap & lap bersih)

** Kalau guna santan fresh tak perlu letak minyak

CARA-CARANYA:
1) Kukus pulut selama 30 minit
2) Satukan santan pekat,minyak,gula & garam
3) Kacau smpai gula & garam hancur, kemudian kukus lagi 20 minit,siap

CARA PENYEDIAAN:
a) Sudukan 1 sudu besar pulut di atas daun pisang
b) Tekan guna daun pisang bagi rata
c) Letak 2 sudu kecil inti
d) Kemudian gulung kemas, cucuk lidi. (Kalau xde lidi, stapler je)
e) Lumur sedikit minyak di daun pisang sebelum panggang

SELAMAT MENCUBA!!

Credit : Amiera Arissa