Dah lama teringin pulut dakap ni. Sekarang ni susah nak tengok orang menjualnya. Jadinya buat sendiri , lebih puas makan dengan rasa lemak yang diingini. Pulut dakap ni sedap dimakan bersama rendang ayam.
PULUT DAKAP
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut direndam selama 4 jam
2 biji kelapa diambil 3 cawan santan pekat
5 sudu besar gula
sedikit garam
Cara membuat:
1.Satukan santan, gula dan garam. Masak di atas api sampai semuanya sebati.
2.Kukus pulut sehingga masak.
3.Masukkan ke dalam bekas, tuangkan santan yang dimasak tadi,gaul sebati.
Ads
4.Dah suam-suam bolehlah dibungkus dengan daun pisang. Ikat dengan tali bagi kemas supaya pulut tak keluar.
5.Rebus pulut yang dibungkus tadi sehingga airnya kering.
RENDANG AYAM
Bahan-bahan:
Ads
1 ekor ayam
Bahan kisar:
Cili kering, cili padi, kunyit,halia,lengkuas,bawang besar,bawang putih,bawang merah,serai dikisar kasar.
Asam keping, gula Melaka, garam dan serbuk secukup rasa.
Daun kunyit, daun limau purut-dihiris halus.
Kerisik
Santan pekat
Cara memasak:
Ads
1.Tumis bahan kisar hingga sebati dan nampak agak garing.
2.Masukkan ayam, gaul hingga rata.
3.Kemudian masukkan santan pekat, asam keping, gula Melaka.
4.Dah nampak agak pekat masukkan kerisik dan garam serta serbuk secukup rasa kacau sehingga sebati.
5.Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Siap untuk dihidang
Kalau ikut stail masak orang dulu-dulu kuih muih ini dibakar gunakan dapur kayu , arang dan sabut sahaja. Tetapi sekarang ni masukkan aje dalam oven.
Kuih bakar, cara, bingkang dan kek pisang ni pasti ada dalam koleksi resipi ibunda dan ninda kan. Kuih zaman berzaman ni memang ‘favourite’ sepanjang zaman dan tak jemu dimakan. Jom semak resipi kuih bakar tradisional.
Rugi kalau tak cuba…
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Cuci daun pandan, potong kecil dan kisar bersama santan kemudian tapis.
2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan ‘whisk’ hingga semua sebati.
3. Masukkan secubit garam secukup rasa, kacau dan tapis adunan, ketepikan sebentar.
4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima, griskan acuan dengan minyak masak menggunakan daun pandan yang diikat dan dcarik hujungnya.
5. Isi adunan dengan bekas bermuncung dan tuang adunanan hingga hampir penuh.
6. Masukkan sedikit gula 1/3 atau atau 1/2 sudu teh. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.
7. Masak hingga kuih masak kemudian angkat. Jangan lupa griskan minyak setiap kali menuang adunan baru dalam acuan.
Saiz hidangan : 30 ketul kuih Masa memasak : 30 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Lembut dan inti gula yang cair di mulut
INFO CHEF: Jika menggunakan daun pandan asli, aromanya sungguh menyelerakan.. Jika menggunakan santan kotak tuang dalam 1/2 cawan dan campur air lagi setengah hingga penuh untuk jadikan
sederhana pekat.Sukat santan selepas dicampur air.
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan ke dalam mangkuk.
2. Adun sebati dan tapis bagi memastikan adunan tidak berketul.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang (panaskan loyang dengan minyak supaya kuih bakar tidak melekat.
4. Tuang adunan kuih bakar dalam acuan dan tabur bijan sangai.
5. Masukkan ke dalam ketuhar menggunakan api atas bawah pada suhu 180 C selama 40 minit.
6. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas sahaja).
7. Siap untuk dihidang. Tunggu sejuk baru potong.
Saiz hidangan : Loyang berukuran 17.8 sm ( 7 inci) Masa memasak : 45 minit hingga sejam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa santan berlemak manis dan aroma rasa daun pandan
INFO CHEF: Kuih bakar perlu lembut dan lemak manis. Jika keras bermakna ia kurang menjadi dan tidak sedap. Boleh dibakar menggunakan dapur gas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK :
1. Ubi kayu dibuang kuli dan dibersihkan, kemudian sagat atau parut ubi.
2. Setelah habis diparut, perah ubi dengan kain bersih/muslin untuk mengeluarkan airnya.
3. Air perahan tadi jangan terus dibuang, biarkan 20 minit di dalam mangkuk.
4. Setelah itu tuang air perahan perlahan dan kita akan dapati sagu ubi kayu (pati yang mendap di dasar mangkuk).
5. Kemudian campurkan ubi kayu, sagu, gula , garam dan santan. Gaul hingga sebati.
6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Ratakan loyang
7. Panaskan suhu oven 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 1 jam hingga 1 1/2 jam bergantung kepada jenis oven anda.
8. Tunggu bingka sejuk baru dipotong.
Saiz hidangan : Satu loyang bersaiz 17.8 sm x 17.8 sm (7 in x 7 in) Masa memasak : 1 jam hingga 1 1/2 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Bingka ubi lembut dan rasa lemak manis
INFO CHEF :Resipi ini tidak perlu menggunakan tepung sebab ubi kayu ini sudah berkanji.
BAHAN-BAHAN :
Bahan diayak :
Bahan lain
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Lengser mentega pada loyang atau acuan kecil, ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit hingga putih.
3. Masukkan pisang dan kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kacau sebati menggunakan spatula.
5. Masukkan esen vanila, dan gaul sebati.
6. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit, jika menggunakan acuan kecil pendekkan masa ke 15 minit. Hiaskan hirisan pisang di atasnya sebelum dibakar dalam oven.
Saiz hidangan : 4- 5 orang makan Masa memasak : 15 minit jika acuan kecil, jika loyang 40- 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek lembut dengan aroma dan rasa pisang asli.
INFO CHEF: Selain pisang emas, pisang lemak manis , pisang rastali atau pisang raja juga sedap dibuat kek. Gunakanlah pisang yang lembut isinya dan manis. Tidak semua pisang yang boleh dibuat kek.
Rata-rata kini kuih donut menjadi viral bermula dengan donut susu, donut red velvet, donut pelangi dan macam macam lagi. Kena cuba juga buat donut pisang, harum aroma bau pisang dan rasanya memang sedap. Wangi dan rasa berlemak, jangan risau tak manis rasanya menepati tekak.
Donut Pisang
Bahan-bahan: 1 kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh) 2 peket mauripan 4 sudu majerin (saya guna majerin pelangi) 2 cawan susu pisang (farm fresh/dutch lady) Emulco pisang kuning/putih tak kisah (saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (yang ni saya agak-agak saja, tiada sukatan, campurkan dengan susu pisang kacau sebati) 5 sudu makan susu pekat (saya guna f&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain)
Cara membuat: 1.Masukkan tepung,majerin,mauripan,susu pekat, gaul sebati. 2.Kemudian masukkan susu pisang, gaul sehingga jadi doh, kalau kurang tambah air atau lebihan susu pisang. Uli sehingga kembang. Biarkan doh seketika.
3.Kemudian dah boleh mendonat, goreng macam biasa jangan guna api terlalu panas, biasa saya goreng donut saya akan terbalikkan 2x sahaja dan angkat.
4. Dah sejuk gaul gula icing. Siap untuk dihidang.
Kali ini RASA nak tampilkan lima resipi minum petang yang sedap dan menarik daripada blogger My Kitchen Diary. Daripada senarai resipinya, nampak macam senang. Bahan-bahan pun tak susah nak disediakan. Jom apa kata kita try buat.
BAHAN KARAMEL
1/4 cawan gula
3 sudu besar air
CARA MEMBUAT KARAMEL
1. Panaskan kuali. Masukkan gula dan air.
2. Kacau dengan api perlahan sehingga keperangan.
3. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
BAHAN PUDING
1 tin krimer sejat cair
1/2 cawan krimer sejat pekat
4 cawan air
3/4 cawan gula
1 peket agar-agar serbuk
3 sudu besar kastard
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana.
2. Biarkan sehingga semua bahan larut sambil dikacau supaya tidak berketul.
3. Apabila sudah pekat sedikit, tapi adunan ke dalam loyang berisi karamel.
4. Sejukkan di dalam peti ais.
BAHAN-BAHAN
1 tin laici (asingkan air dan buah)
750 ml air
1 peket agar-agar segera
1 tin susu cair
1/2 tin krimer manis bandung
CARA MEMBUAT
1. Laici dipotong kecil-kecil. Ketepikan.
2. Didihkan air bersama agar-agar.
3. Kacau sehingga agar-agar hancur.
4. Masukkan air laici, susu cair dan krimer manis bandung.
5. Kacau selalu. Apabila mendidih, masukkan laici.
6. Tutup api dan masukkan puding ke dalam acuan untuk disejukkan.
BAHAN-BAHAN
7 cawan air
2 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur
BAHAN LAIN
Kelapa muda (diparut dan digaul dengan garam)
CARA MEMBUAT
1. Didihkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga sedikit pekat. Biarkan suam.
2. Satukan tepung gandum dan tepung ubi. Masukkan ke dalam air gula dan kacau sebati.
3. Masukkan air kapur dan kacau rata.
4. Tapi adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
5. Panaskan pengukus. Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas kuih.
6. Kukus dalam masa 45 minit. Guna api besar. Biarkan sejuk, baru dipotong.
7. Hidang bersama kelapa parut.
BAHAN-BAHAN
3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar serbuk penaik
1/3 cawan susu tepung
3 biji telur gred A
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Panaskan loyang pada suhu 160 oc
2. Ayak tepung gandum, serbuk penaik dan susu tepung.
3. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung dan serbuk koko. Masukkan dalam mixer. Pukul sehingga adunan jadi gebu dan putih.
4. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
6. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko dan satu lagi warna asal.
7. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak secara berselang seli.
8. Bakar selama 40 minit hingga kek masak.
9. Terus kelukarkan dan terbalikkan di atas redai selama 5 minit.
10. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
BAHAN-BAHAN
5 helai daun pandan
2 cawan air
2 biji telur ayam
3 cawan tepung gandum
Garam secukupnya
200 ml santan kotak
Sedikit pewarna hijau
Gula secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Potong kecil daun pandan. Kisar bersama 2 cawan air. Tapis.
2. Masukkan telur ayam, tepung gandum, garam, santan, air pandan dan pewarna hijau ke dalam pengisar. Kisar sekali lagi. Tapiskan.
3. Panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak dengan api kecil.
4. Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan seketika. Kemudian masukkan gula. Apabila sudah masak, keluarkan dan tuang lagi adunan lain.
5. Ulang sehingga adunan habis.
Demo Masakan Menu Harian RASA x JALEN terus diperkasa sebagai platform yang menyatukan jenama dan komuniti dalam suasana santai serta penuh manfaat. Dalam dunia...