Minum petang hari ni kita buat yang special sikit. Biasa makanpuding roti warnanya senada sahaja. Bagi menaikkan mood bila nak menjamah nanti, boleh tambahkan gabungan warna pada kastard. Makan pula sejuk sejuk, memang nikmat. Boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Norfazida Gda
PUDING ROTI KASTARD Bahan puding roti: 1 bungkus roti putih (potong/carik) 1 tin susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula (saya kurangkan) 1sudu besar butter (cairkan)-BELI ONLINE DI SINI ½ sudu kecil esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur Kismis secukupnya
Ads
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan kecuali roti dan kismis. Kacau hingga sebati. 2.Susun roti yang dipotong/carik halus ke dalam loyang yang telah disapukan butter. 3.Tuangkan bahan yang telah dicampur tadi. Tekan dan padatkan permukaan roti. Taburkan kismis di atasnya. 4.Kukus selama 20 minit dengan api sederhana. Sejukkan. #zida2004
Bahan kastard: 10gm agar-agar-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan air 1 tin susu cair 3 sudu besar gula (ikut cita rasa) 3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air)-BELI ONLINE DI SINI ¼ sudu kecil garam Sedikit pewarna pilihan
Cara membuat: 1.Masak agar-agar bersama air hingga sebati. Masukkan gula, masak hingga gula larut sepenuhnya. 2.Perlahankan api, masukkan susu cair, tepung kastard dan garam. Kacau hingga menjadi sedikit pekat. 3.Tutup api. Jika nak letak lebih dari satu pewarna, bahagikan kepada beberapa bahagian kemudian letakkan pewarna pilihan dan kacau sebati. 4.Tuangkan satu bahagian ke atas puding roti yang telah sejuk. Biarkan sedikit membeku. Tuangkan satu bahagian lagi adunan kastard ke atas kastard yang sebelumnya. Ulang lagi langkah yang sama jika masih ada baki adunan kastard. 5.Biarkan sejuk. Simpan ke dalam peti ais selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Teringin makan ketang putar yang lemak berkrim dan sos yang berkrim macam di restoran, anda tak perlu keluar rumah, buat sahaja sendiri kerana bahannya tak banyak dan mudah sangat membuatanya, begitu juga dengan sos. Untuk permulaan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini, gerenti tak menyesal. Sangat sedap ye…
MASH POTATO BAHAN-BAHAN: UNTUK KENTANG PUTAR:
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa BAHAN SOS (GRAVY)
1 labu bawang besar |dadu
2 ulas bawang putih | dadu
4 sudu makan butter
2 sudu makan tepung gandum /jagung
2 kiub ayam
lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam.
Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
Bila kentang sudah empuk, toskan air.
Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa.
Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu.
Lenyek lagi sehingga rata atau guna chopper (lebih mudah).
Sediakan pula sosnya: Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana.
Biarkan dia bertukar warna sedikit perang (warna caramel ) Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus ye sehingga tepung jadi warna coklat.
Masukkan air sedikit sedikit sambil sentiasa kacau sehingga sebati .
Tutup api masuk blender.. Blend sampai semua hancur.
Masak balik atas api sederhana.
Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
Tutup api, sos sedia dihidangkan bersama kentang putar.
Walau hebat mana kuih moden, tidak mampu melawan keenakan kuih lama yang sememangnya punyai keistimewaan yang tiada tandingan. Mungkin agak remeh membuatnya berbanding kuih moden tetapi rasanya memang tidak boleh dipertikaikan. Seperti kuih bengkang ini kalau ikut cara lama kena kisar beras untuk membuat bengkang beras ini. Hasilnya jadi elok dan rasanya super enak.
2. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang. Pastikan loyang telah disapu dengan sedikit mentega atau alaskan dengan baking paper.
Musim hujan ini hidangan yang paling enak dimakan adalah sup. Dapat hirup sup panas-panas memang menyelerakan. Antara idea yang boleh dihidangkan adalah sup cendawan ayam. Sup ini lebih sedap dihirup begitu saja tanpa makan dengan nasi.