Ada tetamu nak berkunjung ke rumah. Tentulah lepas menu utama , menu pencuci mulut juga perlu difikirkan. Bolehlah buat puding.Puding biskut lemak ni mudah saja nak buat. Kalau disejukkan sebelum dimakan lagilah nikmat rasanya.
Puding Biskut Lemak
Bahan-bahan: *25 keping biskut cracker – rendam air panas kejap – toskan *1/2 tin susu pekat *4 biji telur * Sedikit esen vanilla
Cara membuat: 1.Kisar semua bahan-bahan – boleh letak warna pilihan 2.Kukus setiap lapis 5 minit. 3.Cakar sikit dengan garfu sebelum tuang lapisan baru. 4.Lapisan last kukus 10 minit. *sapu minyak skit pada loyang *air kukusan mesti mendidih dulu. *tutup tudung periuk kukus – supaya air tak menitik Kredit: Lily Juliana
Terung hijau ini jarang kita jumpa, biasa yang kita beli warna unggu. Terung jenis ini lebih manis dan tekstur lebih lembut. Kalau jumpa di pasar, sebaiknya terus beli, buat rendang terung hijau. Memang sedap.
Terung dimasak bersama rempah tumis, kerisik, santan dan daun aromatik seperti daun limau purut, daun kunyit dan daun salam yang menjadikan rasa rendang ini cukup menyelerakan. Sesuai sangat untuk dinikmati bersama nasi putih panas atau nasi minyak.
3 biji terung hijau atau ungu – dibelah tanpa putus
200ml santan kotak
2 batang serai – diketuk atau dikisar
5 biji buah keras – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
2 biji bawang merah – dikisar
2cm halia – dikisar
3cm lengkuas – dikisar
½ biji kelapa – dijadikan kerisik
2 sudu besar cili kisar
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit – 1 helai dicarik, 1 helai diracik halus
3 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
Garam, gula dan minyak masak secukupnya
1. Bersihkan terung dan toskan. Belah tanpa putus untuk pastikan rempah mudah meresap.
2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan sedikit keperangan.
3. Masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan manis dan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan terung, santan, daun kunyit carik, daun salam, daun limau purut dan asam keping. Gaul rata.
5. Tambahkan kerisik, garam, gula dan bahan perasa jika suka. Kacau perlahan agar terung tidak hancur.
6. Renehkan sehingga kuah menjadi pekat dan terung lembut sepenuhnya. Pastikan api sederhana untuk elakkan santan pecah.
7. Akhir sekali, tabur daun kunyit yang diracik sebelum dihidangkan.
Petang-petang begini kalau takde idea nak buat apa boleh la try resipi ni. Resipi nie saya dapat dari selebriti terkenal kita..Sis Sheila Rusly dari program masakan dia yg famous tu hehe. Sekadar mengambil inspirasi untuk dijadikan idea dalam menu kita tak salah kan..Dah byk kali saya buat mmg sedap..So sapa-sapa yang nak try boleh la. Sangat mudah membuatnya.
Cucur Udang Maggi
Bahan-bahan
2 bungkus maggi perisa ayam (kalau nak makan beramai-ramai, gandakanlah jumlahnya)
Udang
Daun kucai
Daun sup
Bawang besar
Taugeh
Cili merah
2. Potong daun kucai, daun sup, bawang besar, cili merah,biarkan tepi dulu. Dalam bekas lain masukkan tepung gandum.Saya guna dua cawan saja kalau nak banyak gandakan saja. Cara bancuh sama ja.Bancuh macam kita nak buat cucur yang selalu kita buat.
3.Dah siap bancuh tepung tadi..boleh la masukkan bahan-bahan yang telah siap dipotong awal-awal tadi tu.
4.Gaul rata sampai sebati mcm ni.
5.Masa yang ditunggu-tunggu dah siap gaul semua bahan barulah kita masukkan maggi yg telah siap dicelur tadi.
6.Dah siap gaul maggi bersama tepung dan bahan2 lain tu masukkan pulak serbuk perencah ayam maggi tu..ini lah yg buatkan cucur kita rasa sedap sikit..lain dari yg lain saya masukkan 2 bungkus terus..kalau rasa kurang ape2 bleh la nak tambahkan garam ataupun aji sikit..semua ni terpulang..Kalau saya 2 bungkus serbuk perencah ni dh cukup takyah nk tambah2 rasa dah..
7.Gaul lah lagi sampai sebati..mesra semua bahan.Sampai jadi macam nie ..lepas ni boleh la goreng..
8. Ada 1 tips yg saya nak kongsi dgn semua.Mak saya cakap kalau sebelum nak goreng tu..ambil sesudu minyak dalam kuali yg kita tgh panaskan utk menggoreng cucur nie..dia akan buatkan cucur kita jadi lebih garing dan sdap..Minyak yg telah panas tau..
9.Ni rupa dia..masa kita tuang dari sudu tu dia akan bunyi mcm masak sikit..sbb minyak panas kan..gaulkan semula bagi sebati..
11.Minyak pun dah panas..goreng la mcm biasa..bentuk terpulanglah..nak kecik atau besar ker tebal ker nipis ker ikut hampa la..
12.Goreng-goreng lagi..kalau nak garing pun bleh kalau suka yg sedang2 saja pun bleh..ikut citarasa tekak sendiri..
13.Taraaaaa..siap dh cucur udang maggi saya..
Boleh la dihidangkan dgn sos cili dan jgk mayonis..
Kredit : Ila Najwa
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah terfikir biji durian boleh jadi kerepek? Musim durian tengah rancak sekarang – selain makan isi durian yang lemak manis tu, apa kata kali ni kita ‘upgrade’ sisa biji durian jadi kudapan rare tapi sedap gila?
Ya, anda tak salah baca, Kerepek Biji Durian! Tekstur rangupnya memang lain macam. Bau? Ada aura durian sikit-sikit, cukup buat kita craving. Yang penting, resipi ni mudah sangat dan tak perlu bahan pelik-pelik.
Sambil tengok drama petang atau lepak dengan keluarga, bolehlah buat kerepek ni. Bukan je sedap, boleh elak pembaziran juga. Jom cuba! perkongsian saudari Rozana Hashim AsSalihin. Pasti puas hati.
Biji durian secukupnya
Air garam
Minyak masak (untuk menggoreng)
1.Basuh bersih biji durian. Kalau rajin, buang kulit coklat tu (tapi kalau nak cepat, biar je). Rendam dalam air garam semalaman.
2. Esoknya, sagat biji durian nipis-nipis. Macam sagat ubi buat kerepek tu. Lagi nipis, lagi rangup!
3. Toskan, kemudian biar kering 1–2 jam. Langkah ni penting untuk hasil gorengan yang garing dan tak berminyak.
4. Goreng dalam minyak sederhana panas. Gunakan api sederhana perlahan, dan kacau selalu. Bila kerepek terasa ringan & ‘menari’ dalam minyak, itu tanda dah masak!
5. Angkat, toskan minyak & biar sejuk. Siap untuk dinikmati! Simpan dalam bekas kedap udara kalau tak habis.
Nak lagi umph? Tabur serbuk cili atau garam perisa lepas goreng.
Boleh juga buat dalam air fryer untuk versi lebih sihat.
Sesuai sangat jadi kudapan raya, gift homemade atau jual online!
Sebagai pengguna, kenalah lebih teliti dengan makanan yang bakal diambil itu. Baik kurma fresh, sejuk beku atau kering, Puan Niena Samsir berkongsi pesanan agar anda membasuh terlebih dahulu kurma yang dibeli.