Bagi meraikan ketabahan wanita Malaysia MAGGI® melancarkan fasa kedua Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®. Program ini menyusuli rintisan kejayaan program yang dilancarkan pada tahun 2020 yang menerima penyertaan oleh lebih 900 wanita, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran wanita dan membina keyakinan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu – sama ada dalam masakan, kehidupan atau perniagaan.
Memahami keadaan ini, MAGGI® telah mengambil langkah pro-aktif untuk menilai perubahan dan keperluan kritikal wanita semasa pandemik COVID-19 serta mengumpul maklumbalas oleh peserta yang menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® tahun lalu.
Berdasarkan maklumat ini, MAGGI® akan melancarkan sebuah modul baharu “Masterclass: Cara Menjayakan Perniagaan Makanan” untuk wanita yang berminat memulakan atau menambah baik perniagaan makanan mereka yang sedia ada.
Diterajui oleh usahawan dan mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani 2021 MAGGI®, Anne Idris dan Chef MAGGI® , Chef Muluk, Masterclass ini adalah sesi eksklusif untuk memberi bimbingan mendalam dan tip bagi meningkatkan kemahiran memasak dan keusahawanan asas buat usahawan makanan serta mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan sendiri.
Ads
Para peserta akan berpeluang untuk menyertai program bimbingan peribadi yang unik ini, menyampaikan idea perniagaan mereka dan akhirnya menerima modal benih dari MAGGI® Malaysia untuk merealisasikan impian perniagaan masing-masing.
Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® bermula dengan hasrat untuk memberi inspirasi serta mendorong wanita Malaysia membina keyakinan serta memperkasakan kemahiran diri bagi mencuba sesuatu yang baru untuk memulakan perubahan yang positif, baik untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sambutan menggalakkan dan maklumbalas positif yang kami terima pada 2020 memberi inspirasi dan mendorong kami untuk menggandakan lagi impak program ini.
Kami manfaatkan motivasi ini kepada tindakan dengan memperluaskan bengkel, menambah kandungan baharu yang relevan dan memperkenalkan modul Masterclass tahun ini. Inilah komitmen kami untuk terus membangunkan usaha yang memberi impak kepada lebih ramai wanita dan menangani pelbagai keperluan mereka kerana kami ingin semua peserta dalam program ini menjadi lebih berani baik di dapur dan juga perniagaan.”
Ads
MAGGI® memperluaskan kandungan bengkel tiga hari tahun ini dengan menampilkan modul digital yang dipertingkatkan melalui Jurulatih Bertauliah Google, untuk menyampaikan kemahiran digital yang praktikal dan cara-cara untuk menambahbaik penggunaan media sosial dalam perniagaan.
Peserta-peserta juga berpeluang untuk mengikuti sesi yang lebih interaktif bersama mentor kegemaran mereka, Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris.
Ads
MAGGI® juga baru-baru ini telah melancarkan siri realiti TV enam episod terbarunya – Resipi Berani MAGGI®, yang memaparkan kisah transformasi dan kejayaan wanita yang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® pada tahun 2020. Siri realiti TV enam episod ini akan disiarkan setiap minggu bermula pada 14 Julai 2021
Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®akan diadakan pada 27 hingga 29 Julai 2021 dan 12 hingga 14 Oktober 2021. Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran bengkel dan Resipi Berani MAGGI®, sila log masuk capaian https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-cukup-rasa/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Segala hidangan yang enak bermula dari dapur. Setiap hari, para ibu merupakan antara individu yang sibuk di dapur demi menyediakan juadah yang segar, sedap dan bernutrisi lengkap buat keluarga tercinta. Bangun awal pagi untuk memasak merupakan salah satu cabaran terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.
Namun begitu, mereka tetap memberikan yang terbaik dalam setiap hidangan yang disediakan. Dek kerana air tangan para ibu inilah yang membuat kita sentiasa teringat-ingat akan keenakan masakan mereka. Dapur menjadi bukti kasih sayang seorang ibu terhadap ahli keluarganya.
Bukan hanya ibu di rumah, para peniaga yang mempunyai gerai kecil, restoran atau cafe juga sentiasa mahu menghidangkan sajian yang terbaik buat para pelanggan menerusi ilmu serta kepakaran yang mereka ada. Mungkin hasil usaha mereka tidak terlihat di mata, tetapi mereka yang berada di dapur inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian hidangan serta cita rasa.
Mereka yang digelar ‘perajurit dapur’ inilah yang ‘bertempur’ di dapur demi memenuhi selera rakyat Malaysia yang pelbagai rasa. Makanan jugalah yang menyatukan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Siapa saja yang boleh menolak jika dihidangkan nasi lemak, roti canai atau teh tarik di depan mata? Ia merupakan hidangan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia.
SAJI Raikan ‘Perajurit Dapur’
Dalam menyediakan hidangan yang enak, pelbagai jenama produk masakan yang digunakan termasuklah SAJI. SAJI memahami kehendak para penggunanya dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti minyak masak, santan, krimer pekat manis, garam, sos, kicap dan mayonis. Memang mudah apabila menggunakan rangkaian produk dari SAJI ini. Masakan juga jadi lebih lazat.
Sempena bulan kemerdekaan ini, SAJI dengan berbesar hati ingin meraikan para ‘perajurit dapur’ yang telah berjuang di dapur demi memenuhi selera keluarga dan rakyat Malaysia melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia bertemakan ‘Perajurit Dapur’. Perjuangan mereka telah memberi inspirasi kepada SAJI untuk meraikan serta memberi penghargaan terima kasih kerana memilih rangkaian produk SAJI sebagai rahsia untuk melazatkan rasa.
Kempen Pelancaran SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur ini bakal berlangsung pada 26 Ogos hingga 31 Ogos 2023 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Lot 10, Bukit Bintang. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang hari termasuklah produk sampling, mini games, Pertandingan Tebar Roti Canai dan Sembang Teh Tarik.
Selain itu, anda turut berpeluang untuk bertemu dengan pempengaruh serta selebriti tanah air seperti Nabila Huda, Sean Lee, Izzue Islam dan Atu Zero. Jom datang beramai-ramai dan meriahkan lagi kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://sajiterimakasihmalaysia.com/perajuritdapur/
Nantikan juga Viral Video SAJI yang akan dilancarkan di Buletin Utama pada 25 Ogos 2023 dengan bertemakan Perajurit Dapur.
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung sudah memasuki episod ke 14 dimana hari ini menyaksikan aksi Nubhan Ahamad bersama ibunya Badariah Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Jenny yang telah berkongsi sajian-sajian berbuka nostalgia mereka di bulan Ramadan.
Ditemani pengacara Raja Azura yang ke Kuala Pilah menjenguk kampung selebriti ini, banyak rahsia Nubhan masa kecil yang Mak Jenny bongkar. Ha…. Macam-macam kisah ya Nubhan ni.
Memasak depan rumah kampung macam ni, nampak selesa dan tenang je. Menu yang ringkas pun jadi lebih enak dan menyelerakan. Mak Jenny memang ‘sempoi’. Arahkan sahaja masuk bahan apa dulu. Kak Engku dan Nubhan la yang kena masak dan sediakan. Ha….Nasib baik menjadi elok masakannya.
Dua resipi istimewa yang dikongsi hari ini memang sangat sesuai dimasak di bulan puasa ini. Lebih-lebih lagi bagi yang sukakan sajian orang Nogori. Mudah dimasak, rasa pun enak. Memang kena cuba.
1 biji bawang besar (atau boleh tukar dengan 4 biji bawang merah)
3 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering direndam (boleh tambah jika sukakan pedas atau kurangkan jika tidak suka pedas)
3 sudu besar udang kering – direndam
CARA MEMASAK:
Bersihkan dan kopek kulit udang dan potong pada saiz kecil.
Potong kubis, dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan.
Bersihkan dan kopek bawang besar dan bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan) kemudian tambahkan cili kering dan udang kering yang seterusnya kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukan sos tiram dan gaul sekata kemudian tambahkan udang dan gaul secara berkala seterusnya biarkan seketika sehingga udang masak.
Seterusnya masukkan telur dan biar seketika sehingga telur separuh masak kemudian hancurkan telur dan gaul sekata dengan bahan-bahan lain.
Setelah itu masukkan sayur dan SERI-AJI PERENCAH NASI GORENG IKAN BILIS
Akhir sekali tambahkan nasi dan gaul sekata. Setelah itu, anda boleh rasa nasi goreng anda dan boleh perasakan sekali lagi jika tidak menepati citarasa anda.
2.PUDING JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis berkrim
1 tin susu cair
1 ½ cawan gula
1 ½ cawan tepung kastard
3 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Satukan air, tepung kastard dan gula. Kacau rata.
Masukkan susu cair, jagung, gula dan garam. Kacau rata. Setelah rata, baru dinyalakan api
Masak sehingga ianya pekat dan kelihatan keluar gelembung gelembung. Bolehlah tutup api dan tuang ke dalam loyang.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Mengalami masalah keputihan menyebabkan anda kurang selesa dan hilang keyakinan diri bila bersosial dengan kawan-kawan tapi malu nak jumpa doktor. Mungkin korang boleh atasi dengan cara tradisional yang sangat mudah. Apa yang diperlukan hanyalah kunyit,halia, sedai, gula Melaka atau gula batu dan asam jawa/ asam gelugor untuk dijadikan jus yang boleh korang amalkannya beberapa hari hingga masalah degil ini berkurangan. Hasilnya memang tidak mengecewakan, memang tak rugi mencuba ye.
JUS KUNYIT HALIA BAHAN-BAHAN: 6cm kunyit hidup | kalau dapat ibu kunyit lagi baik 3cm halia tua 1 batang serai Gula Melaka/Gula Batu secukupnya 300ml air panas mendidih
CARA MEMBUAT:
Cucu bersih kunyit, halia dan serai.
Hiris nipis-nipis, kemudian masukkan dalam air panas.
Campurkan air asam jawa atau asam gelugor.
Tambahkan sedikit gula Melaka atau gula batu sebagai penambah rasa.
Apabila suam bolehlah diminun.
Amalkan dua kali sehari sehingga masalah keputihan hilang.