Hidangan yang menggabungkan roti canai segera bersama inti daging keema serta keju di dalamnya. Dalam setiap gigitan akan terasa keenakan rempah dari daging keema dan rasa keju yang enak. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut, kenyal dan berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Bila tarik tu, memang meregang cantik. Jom cuba.Prata Gulung Inti Daging Keema Berkeju, Mudah & Mengenyangkan

PRATA GULUNG INTI DAGING KEEMA BERKEJU

Prata Gulung Inti Daging Keema Berkeju, Mudah & Mengenyangkan

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping roti prata segera
  • 250gram Perfect Italiano Mozzarella

BAHAN-BAHAN B (INTI):

  • 250gram daging kisar
  • 80gram Anchor Unsalted Butter
  • 1 sudu makan garam masala
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 helai daun salam kering (bay leaf)
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • ½ batang kulit kayu manis
  • 1 biji bawang holland – cincang halus
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 1 biji cili hijau – buang biji & cincang
  • 150gram puri tomato
  • Garam & lada sulah secukupnya
  • Cincangan daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan/cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali.
  2. Tumis buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan daun salam hingga harum.
  3. Masukkan bawang holland cincang dan bawang putih kisar lalu tumis lagi hingga layu.
  4. Masukkan daging kisar, tomato puri, serbuk kunyit, serbuk cili, garam masala dan cili hijau cincang lalu tumis hingga semua bahan sempurna.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biarkan mendidih lagi hingga daging benar-benar masak. Tabur cincangan daun ketumbar. Tutup api. Sejukkan seketika.
  6. Ambil sekeping prata segera, sendukkan sesudu makan inti keema ke dalam prata. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya lalu gulung kemas.
  7. Letakkan gulungan prata ke dalam kuali leper lalu panaskan hingga prata keperang-perangan dan keju mula cair. Hidangkan panas.

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Buat Sendiri Roti Sandwic Homemade Guna Resipi Mudah Ni

IKLAN

Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI