Ads

Popia Roti Sedap & Rangup. Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic!

Popia Roti Sedap & Rangup

Sedapnya popia roti! Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan menggunakan lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik — pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ini.

Popia Roti Sedap & Rangup. Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic!

Bahan-Bahan Popia Roti

  • 300gm isi ayam atau daging – cincang
  • 1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
  • 2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • Daun sup dan daun bawang – hiris
  • Serbuk lada sulah, lada hitam, dan garam secukupnya
  • Roti sandwic atau bun sosej
  • 2-3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan mayones
  • Kulit popia secukupnya

Cara Memasak Popia Roti

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, dan garam. Kacau hingga ayam separuh masak.
  3. Tambahkan cili merah, daun sup, dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak.
  4. Biarkan inti sejuk dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati.
  5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat dan potong dua.Popia Roti Sedap & Rangup. Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic!
  6. Balut potongan roti dengan kulit popia dan goreng hingga kulit keperangan. Angkat dan toskan minyak.Popia Roti Sedap & Rangup. Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic!
  7. Untuk versi lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.Popia Roti Sedap & Rangup. Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic!

Tip Tambahan Popia Roti

Untuk rasa lebih rangup, pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng popia roti. Anda juga boleh gunakan air fryer jika mahu versi lebih sihat. Simpan dalam bekas kedap udara jika ingin disejukbekukan.

Kredit resipi & foto: Nor Izan Mustapa

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Roti Sandwic Hampir Expired? Jom Buat Roti Kering Homemade.

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Resipi RENDANG TELUR Sedap, Makan Dengan Nasi Lemak & Pulut Kuning...

Jika selalu buat rendang ayam atau daging, boleh cuba kelainan dengan buat rendang telur. Malah, jimat sikit bajet tak semahal harga ayam dan daging. Menurut perkongsian pemilik resipi Puan Siti Anah Saleh, rendang telur ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak mahupun pulut kuning.