Popia Pisang Kayangan. Buat Sendiri Baru Puas Makan

Share

Popia Pisang Kayangan ni nampak sedap dan mudah disediakan. Jika anda belum ada idea menu apa nak disediakan semasa minum petang, boleh cuba resipi perkongsian saudari MrsNor Wahid ni. Bahan-bahannya cukup mudah dan tidak renyah. Anak-anak pun pasti suka. Cubalah.

 

RESIPI POPIA PISANG KAYANGAN

BAHAN-BAHAN:
Pisang berangan – boleh ganti dengan pisang Nangka, tanduk atau pisang raja


Tepung gandum – campur sedikit air untuk dijadikan gam beli online disini
Kulit popia saiz 8.5”x 8.5″ – boleh juga guna mana-mana saiz

BAHAN TOPPING:
Hershey’s Syrup/Hazelnut Chocolate Spread
Oreo hancur
Mini coco crunch
Mini cornflakes beli online disini
Nestum
Mini Chocolate Chip beli online disini
Cheddar cheese – jika suka

CARA MEMASAK:

1.Pisang dibelah dua. Pastikan pisang tidak terlalu masak.


2. Ambil kulit popia dan bungkus pisang tadi.


3. Sapukan bancuhan tepung gandum untuk melekatkan popia.


4. Popia yang sudah siap dibungkus.


5. Panaskan minyak kemudian goreng popia tadi. Pastikan minyak betul-betul panas.


6. Bila popia kelihatan kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.


7. Susun popia di dalam pinggan. Kemudian sapu coklat.


8. Kemudian tabur bahan-bahan topping yang lain.


9. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: MrsNor Wahid

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN