
Hantu keju semua dah cuba ke Pizza Domino’s MegaCheese yang baru ni?? Cepatlah cuba sekarang sebelum menyesal nanti. Apa yang menarik dengan MegaCheese ni? Paling best sekali korang boleh pilih ikut saiz yang korang nak macam Regular, Large atau Extra large. Kalau nak makan dengan keluarga, admin sarankan order je extra large terus baru adil.
Admin nak kongsi tips sikit masa order nanti, korang boleh pilih antara 3 jenis sos tau! Ada Top Secret, Signature dan Liquid Cheese. Haa korang rasa nanti korang akan pilih yang mana? Kalau admin, admin pilih Top Secret.
Admin haritu dapat rasa saiz large untuk MegaCheese ni memang sedap! Dapat pula rasa masa masih panas lagi memang rezekilah orang kata. Masa tarik pizza tu pehhh cheese dia tertarik panjang ye. Jangan lupa rakam masa tarik tu buat kenangan.
Kalau korang nak order boleh telefon 1-300-888-333 atau terus je ke laman web www.dominos.com.my
Untuk maklumat lanjut boleh ke Instagram Domino’s Pizza Malaysia
Mahu Sajian Barat Dengan Citarasa Timur, Di Sinilah ‘Port’nya Kafe Trust Issue KL

Jika anda penggemar sajian barat tetapi mahukan sedikit sentuhan Asia dan Melayu, Trust Issue Kafe ‘wajib’ dikunjungi. Menu campuran barat dan timur ini lah yang disebut fusion.
Terdapat lebih 50 menu di sini,menarik bukan. Daripada jumlah itu menu spageti sahaja ada 9 pilihan. Spageti ayam perciknya memang ‘ummphh’. Pasta barat tapi sos atau kuahnya lari dari kebiasaan.
Jika selama ini anda terbiasa dengan spageti bolognese,carbonara dan aglio olio, di sini anda boleh cuba spageti dengan kuah berbeza. Stir Fried Beef Spaghetti dan Crab With Salted Egg Spaghetti adalah antara dua menu popular dan laris.
Restoran ini dimiliki anak muda, Muhammad Attiq Hanafi, 27 tahun, bersama dua lagi rakan kongsi. Barisan ‘dapurnya’ pula diketuai oleh Chef Anwar Ayob,27 tahun. Mereka membuat R & D sendiri sebelum mencipta menu. Sesuai dengan sajian fusion ramuan masakan di sini banyak menggunakan herba dan rempah ratus.
Selain itu terdapat sajian nasi dengan Masak lemak daging salai, Kambing Kicap, Burrito, Cheesy Creamy Meatballs, Munchy Bytes yang lazat.
Hiasan dalam kafe ini pun sangat unik. Moden kontemporari dengan konsep ‘industrial’. Lokasinya selesa untuk bersembang dan bertemu keluarga dan rakan.
Di sini juga terdapat dessert pelbagai jenis kek gebu yang istimewa. Set sajian utama bersama air, harganya bermula dari RM 20.
Menu air yang menarik perhatian pastinya Harley Quinn, Joker, Virginia Sunset yang dibancuh oleh barista berpengalaman. Air berwarna dengan rasa lemon, strawberi, rose memang sedap.
Jadi jika anda berkelapangan jom menjamu selera di sini
Kafe Trust Issue KL:
Alamat : 102,Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri , KL
Waktu operasi : Isnin-Khamis 12 tghari hingga 12 malam
Sabtu-Ahad : 12 tengahari hingga 1 pagi
Jumaat : 4 ptg hingga 1 pagi
Dato’ Fazley, Duta Jenama AYA Real Food Kongsi Olahan Menu Menggunakan Produk Ini

Authentic, Yummy, Amazing…menjadi panduan dalam setiap ciptaan produk dan resipi kami.
Memulakan perniagaan kerana anak perempuannya, pemilik AYA, Aishah Ishak cuma mahukan pemakanan yang terbaik untuk anaknya. Mengangkat nama anaknya AYA sebagai jenama syarikat.
AYA Real Food adalah sebuah syarikat pembuatan makanan yang bertapak di Taiping dan kini berpengkalan di Kuala Lumpur. AYA menjual sos dan sambal sedia untuk dimasak dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
“Seperti ibubapa yang lain, saya cuma mahukan anak perempuan saya mendapat nutrisi pemakanan yang seimbang dan mencukupi. Pengambilan makanan yang sihat membentuk tubuh badan dan minda yang sihat.”
Melihat kepada keadaan yang berlaku sekarang, pengguna kini lebih mementingkan kesihatan berkaitan dengan makanan yang mereka ambil. Ini menjadikan jenama AYA sebagai jenama nombor 1 Malaysia yang disahkan Halal, gluten-free, mesra vegetarian, tiada MSG dan bebas dari sebarang bahan pengawet dan pewarna.
“Sebagai peminat makanan dan AYA sebagai satu jenama, kami berdiri teguh dengan prinsip syarikat kami. Kami mahukan yang terbaik untuk pengguna kami makan tanpa mengandungi bahan yang tidak sihat. Bagi saya, sekiranya tidak baik untuk kami sekeluarga, kenapa kami perlu kongsi dengan pengguna kami”
Dato’ Fazley juga berkongsi prinsip dan idealogi yang sama dari segi makanan dan minat beliau yang mendalam, sangat sesuai untuk menjadi Duta Jenama AYA. Dikenali ramai sebagai personaliti TV, ahli perniagaan dan chef, Dato’ Fazley akan menyediakan menu istimewa menggunakan produk AYA di Bistro SukaSucre untuk pelanggannya.
Menjadi duta jenama AYA selama dua bulan, Dato’ Fazley akan mempromosikan produk AYA bukan sahaja di restoran beliau tetapi juga melalui saluran sosial media. Beberapa sesi “live” di sosial media akan berlangsung dan aktiviti yang akan diadakan.
“Dengan adanya produk AYA di Bistro SukaSucre, pelanggan boleh mendapat inspirasi dari menu yang disediakan, teruja dengan rasa yang sedap, membeli produk AYA di sini dan boleh terus memasak di rumah,” kata Dato’ Fazley.
Tujuan utama AYA diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna yang mencari makanan yang sedap, bersih dan sihat. Semua sos AYA mudah digunakan dengan pelbagai cara masakan. Antaranya adalah sebagai sos pencicah, pembuka selera, lauk pauk, bahan perapan malah untuk makanan anak anak juga.
http://www.rasa.my/cucur-nasi-pembuka-selera-yang-sedap-dan-mengenyangkan/
SME360. Pengiklanan Lebih Mudah Dan Berpatutan Untuk Bantu Usahawan

Dunia perniagaan bukan sesuatu perkara yang mudah untuk ditangani. Lebih-lebih lagi dengan keadaan yang masa kini dilanda pandemik Covid-19. Kusut dengan hasil jualan yang semakin menyusut, ataupun modal yang tidak kemungkinan sukar untuk diperoleh kembali.
Namun satu perkara yang pasti, usahawan tidak seharusnya mudah mengalah dalam menggerakkan bisnes dengan ikhtiar pengiklanan secara berterusan kepada pelanggan.
Menerusi portal SME360 yang diperkenalkan Astro Media Solutions (AMS), akan membantu ramai pengusaha kecil dan sederhana atau SME.
Portal SME360, akan bertindak sebagai pusat sehenti untuk inisiatif pengiklanan dan pemasaran yang mampu membantu pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk menjangkau pelanggan dengan penglibatan atau hubungan yang lebih konsisten.
Bertindak Sebagai Pusat Sehenti
Menurut Pengarah Astro Media Solutions, Wong See Wei, portal ini bertindak sebagai pusat sehenti yang menawarkan solusi kepada golongan SME yang hadir dari pelbagai latar belakang dan saiz melalui pemasaran dan menghubungkan pengusaha dengan pelanggan dengan lebih konsisten.
“Di Astro Media Solutions, kami sentiasa berusaha dalam memperkenalkan pakej perkhidmatan pengiklanan yang inovatif, efektif dan efisien. Pelancaran SME360 ini dilihat bertepatan dengan waktu kerana dapat membantu para SME memacu pelan pemasaran masing-masing di sebalik pandemik yang melanda.
“Ia meliputi pakej media merentasi TV, Radio, Digital dan platform e-dagang serta menerusi penglibatan influencer atau figura berpengaruh di media sosial, untuk membantu mempromosikan produk, sehinggalah ke sesi konsultasi secara percuma untuk perkara yang melibatkan cetusan idea atau pembentukan sesebuah produksi kandungan dengan merujuk kepada amalan terbaik.
“Justeru, penting untuk pemain SME mengekalkan kedudukan jenama masing-masing dan penglibatan ini amatlah perlu terutamanya di ketika ini.
“Lebih 900,000 pemilik SME di Malaysia ini akan memiliki akses kepada keseluruhan spektrum SME360 yang merangkumi solusi atau penyelesaian kepada perkara berkaitan pemasaran, yang dipakejkan khas untuk menepati setiap jenis perniagaan dan peruntukan kewangan masing-masing,” jelasnya.
Pakej-pakej yang ditawarkan di bawah SME360 adalah cukup berpatutan, dengan produksi komplimentari sehingga bernilai RM7,000 (bagi pakej TV dan radio).
Juga, untuk setiap peluang perniagaan yang dirujuk kepada kami menerusi portal SME360 akan menerima kredit pengiklanan istimewa.
Layari sme.quake.com.my untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kemudahan ini dan cara-cara membelanjakan peruntukan pengiklanan anda, menerusi pakar pemasaran kami di Astro Media Solutions, yang dikuasakan oleh ekosistem transmedia dan disokong oleh rangkaian pengguna terhebat.