Untitled-design-13-1 (1)

Nak petua simpan tauge supaya tahan lama? Ini caranya. Ramai orang suka sayur ni sebab cara masaknya yang ringkas. Walaupun dikategorikan sebagai sayur yang murah, namun tauge mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Ia enak dimasak dengan pelbagai gaya masakan malah sangat enak dicampur ke dalam sup. Malah kalau goreng tumis pun dah cukup nikmat. Pun begitu jika tauge di simpan lama dalam peti ais akan membuatkan ia lembik dan tidak lagi rangup di makan. Bagaimana nak buat supaya tauge yang dibeli tahan lama, tidak lembik dan nampak segar? Cuba cara ni. Boleh tahan hingga seminggu tanpa nampak layu dan lebam.

 

PETUA SIMPAN TAUGE AGAR TAHAN LAMA, SEGAR & TIDAK LEBAM

Petua Simpan Tauge Supaya Kekal Segar & Boleh Tahan Sampai 1 Minggu.

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlukan:

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Tauge
  • Air bertapis
  • Asam gelugur

CARA-CARA:

  1. Bersihkan tauge dengan melalukan dibawah air. Toskan.
  2. Masukkan air ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan asam gelugur. Jika tauge sedikit, guna 1 keping sahaja. Jika banyak, boleh guna lebih. Biarkan asam gelugur terendam dalam air selama 5-10 minit.
  3. Kemudian masukkan tauge tadi. Pastikan air menenggelamkan tauge.
  4. Simpan bekas berisi tauge di dalam peti sejuk. Hasilnya, tauge kekal segar, tidak lembik dan tidak lebam walau disimpan hampir seminggu.

Petua Simpan Tauge Supaya Kekal Segar & Boleh Tahan Sampai 1 Minggu. Kredit: wikiwand

Selamat mencuba!

 

IKLAN

Nak beli BAHAN SEGAR untuk masak tapi kurang rajin nak ke pasar? Jangan risau. Beli je secara online DISINI. Pilih, bayar & tunggu barang sampai. Mudah kan?

 

Jom cuba PETUA DAPUR bawah ni. Memang berkesan dan menjadi.

IKLAN

Daging Liat? Tukang Masak Thai Kongsi Dua Cara Lembutkan Daging. Memang Menjadi!

Petua Simpan Petai Supaya Tak Kecut, Rangup & Tahan Lama

Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tidak Mudah Rosak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI