
Kebanyakan makanan laut seperti udang dan sotong kecut bila dimasak. Tak berbaloi rasanya bila masak dalam kuantiti banyak tapi hasil selepas masak jadi sebaliknya. Contohnya sotong, masa beli 1 kg, nampak banyak. Tapi bila dimasak, dapat satu pinggan je. Aduhai…Namun sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk elakkan sotong dari terlalu kecut semasa dimasak. Mudah je. Puan-puan boleh cuba.
PETUA ELAK SOTONG JADI KECUT SEMASA MASAK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong segar
- 1 cawan air
- 2 sudu makan cuka
CARA-CARA:
1. Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
2. Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
3. Kemudian toskan air sotong tadi.
4. Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.
RESIPI SOTONG SUMBAT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong
- 20gm bawang putih | dikisar
- 15gm halia | dikisar
- 3 biji cili padi | dikisar
- 10gm garam
- 5gm serbuk kunyit
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan sotong dan perasakan dengan garam serta serbuk kunyit.
- Kemudian perapkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
- Oles sedikit minyak pada pemanggang dan panggang sotong sehingga masak.
- Angkat dan bolehlah dinikmati mengikut cita rasa anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Lembutkan Daging Tulang Rusuk Tanpa Perlu Masak Berjam-Jam.

Isi Kandungan
ToggleTiba-tiba terbayang sedapnya daging tulang rusuk panggang. Nak makan selalu kat kedai parah juga dibuatnya. Kalau masak sendiri tak berapa nak rajin sebabnya daging liat dan susah lekang dari tulang.
Tapi dengan info dan tip yang Rasa kongsikan ini, semua masalah remeh ini tiada lagi dan anda boleh cuba praktikkan bagi menikmati keenakan daging tulang rusuk yang disediakan sendiri di rumah dengan lebih seronok.
PILIH DAGING TULANG RUSUK YANG BETUL
Supaya daging tulang rusuk empuk dengan cepat, anda disarankan pilih daging yang melekat pada tulang rusuk dengan warna merah segar dan ada sedikit lemak. Tekstur yang sebegini menunjukkan daging tulang rusuk yang lembut dan berjuicy.
CARA MEMASAK PENGARUHI KELEMBUTAN DAGING
Goreng Dan Bakar: Sebaiknya perap daging dengan bahan perapan sekurang-kurangnya tiga jam. Perapan membantu tekstur daging lebih lembut atau empuk dan masa sekata. Atau boleh lembutkan daging tulang rusuk dengan parutan nanas atau meramasknya dengan daun betik.
Sup Dan Gulai: Cara paling mudah celur atau celupkan tulang rusuk dalam air mendidih sehingga berbuih dan segala kotoran timbul di permukaan air rebusan. Kemudian buang air rebusan dan cuci daging tulang rusuk hingga bersih, sebelum dimasak sup atau gulai.
Gunakan Periuk Tekanan: Ini cara terbaik dan paling mudah, tidak ada masalah jika anda tidak mempunyai periuk tekanan, gunakan saja pengukus gaul daging tulang rusuk bersama bahan rempah ratusnya sekali. Tetapi menggunakan api kecil sehingga daging empuk, elakkan dari menggunakan api besar, ia akan hanya menjadikan daging liat.
CARA MENYIMPAN
Simpan daging tulang rusuk dalam bekas kedap udara dan masukan dalam freezer, jika anda ingin memasaknya anda boleh pindangkannya ke chiller atau rak bawah dalam peti ais untuk mencairkan bekuan aisnya. Cara ini paling baik kerana ia tidak mengubah rasa dan tekstur daging, cuma memerlukan lebih masa. Ingin lebih cepat? Keluarkan sahaja daging pada suhu bilik, bungkus kemas dan rendam dalam air selama lebih kurang satu jam, baru sedia untuk dimasak .
Semoga tip ini dapat menjadi panduan anda apabila ingin memasak daging tulang rusuk, selamat mencuba!
BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
6 keping tulang rusuk kambing | dicuci dan di toskan
2 ulas bawang putih | ditumbuk
3cm halia | ditumbuk
4 sudu makan sos perapan segera
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos barbecue
3 sudu makan madu
1 biji ketang | belah 4 dan panggang
1/2 biji cili Bangala | panggang
1/2 biji bawang Hollad | panggang
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
2. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
3. Kemudian panggang hingga masak.
4. Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
Ini Cara Buat Agar-Agar Atau Puding Tidak Berair.

Agar-agar atau puding adalah dessert yang disukai ramai, kerana itu puding menjadi pencuci mulut wajib di kebanyakan majlis jamuan makan. Sayangnya ada masa puding yang anda sediakan terlembik dan berair, ia mematikan selera dan tidak segar. Ini menyusahkan tetamu untuk mengambilnya jika anda hidangkan dalam pinggan hidangan.
Tapi jangan bimbang, ikut tip senang ini, pasti puding anda tidak lagi berair:-
- Selepas masak, biarkan puding sejuk dengan sendiri. Jangan tutup puding kerana wapnya akan menyebabkan puding berair. Tutupnya selepas ia sejuk sebelum disimpan dalam peti sejuk.
- Elakkan menympan puding terlalu lama dalam petisejuk, ia adalah lebih baik dihidangkan dalam keadaan yang fresh.
- Sebaiknya sediakan puding tiga jam sebelum disajikan, jika terlalu lama disimpan dalam peti sejuk ia akan jadi berair.
Cuba ye…
Cara Nak Kenal Ikan Bilis Yang Baru & Berkualiti. Baru Berbaloi Kalau Beli.

Ikan bilis adalah antara makanan yang wajib ada di rumah. Andai nak cepat atau kurang selera makan, lauk ikan bilis boleh dijadikan sebagai lauk penyelamat. Jika dulu, ikan bilis boleh dikatakan lauk yang murah namun sekarang, harganya melonjak tinggi. Memang mahal.
Bila harga dah mahal, pastinya anda mahu memastikan ikan bilis yang dibeli adalah yang benar-benar berkualiti serta masih baru. Ini kerana rasanya enak serta masih ‘manis’. Berbeza dengan ikan bilis lama, rasanya agak kurang sedap, lambat garing bila digoreng serta agak berbau hapak. Memang kurang sedap.
Berikut adalah sedikit panduan dan tip memilih ikan bilis yang anda boleh praktikkan.
1. Lokasi Tangkapan

Di Malaysia, antara lokasi ikan bilis tersohor adalah di Pulau Pangkor, Pulau Langkawi dan perairan Sabah. Dikatakan ikan bilis dari ketiga-tiga lokasi ini adalah yang terbaik serta mempunyai kualiti yang bagus. Jika di Pulau Pangkor, ia memang terkenal dengan ikan bilis mata biru.
2. Belang Di Badan Bilis

Katanya, jika nak tahu ikan bilis berkualiti tinggi atau tidak, boleh dilihat pada di badannya. Ikan bilis yang berkualiti tinggi mempunyai belang berwarna putih makanan ikan bilis yang berbelang hitam adalah sebaliknya. Jadi nanti jangan lupa tengok dulu belang ikan sebelum beli tau.
3. Bau
Cium bau ikan bilis sebelum beli. Ini kerna, ikan bilis yang masih baru serta berkualiti mempunyai bau yang enak dan sedap dihidu. Berbeza dengan ikan bilis lama, ia lebih hapak dan berbau. Nanti bolehlah cuba hidu ya.
4. Ketahanan
Ikan bilis berkualiti dikatakan lebih tahan lama. Ia tidak cepat hapak malah tidak berbau walaupun anda telah lama membelinya.
5. Lembut
Jika dipicit dengan jari, ikan bilis tersebut mudah pecah, itu menandakan kualitinya yang bagus. Kalau masak guna bilis jenis ni, memang sedap.
6. Warna

Jika beli ikan bilis, boleh lihat jenis-jenis yang dijual serta perbezaan harganya. Biasanya ikan bilis yang bersih, putih dan berkilat, harganya memang mahal. Lagi putih warna bilsi tersebut, lagimahal harganya. Jika ikan bilis yang kelihatan kusam dan kekuninga, harganya jauh lebih murah.
Sumber: Page Dr Ikan Bilis Anda
Satu lagi masalah berkaitan ikan bilis ni adalah, ramai yang kurang pasti cara-cara nak hasilkan ikan bilis goreng yang rangup serta tahan lama. RASA ada panduan buat anda.
9 Cara Untuk Hasilkan Ikan Bilis Goreng Yang Rangup Serta Tahan Lama
Ikan bilis goreng memang enak. Teksturnya yang rangup serta berperisa menjadikan ia sesuai dinikmati bersama hidangan nasi dan sebagainya. Ramai juga dikalangan ibu-ibu yang gemar menyimpan stok ikan bilis goreng tetapi ada kalanya ikan bilis yang digoreng menjadi tidak rangup dan kurang enak setelah lama disimpan. Petua-petua di bawah boleh membantu anda.
1. Pilih Ikan Bilis Berkualiti
Terdapat pelbagai jenis ikan bilis yang dijual dan harganya juga berbeza mengikut gred serta kualiti. Untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang mudah dimasak, garing serta enak, guna ikan bilis yang berkualiti. Ia boleh dilihat dari segi ikan bilis yang bersih, berwarna terang dan tidak hapak.
2. Guna Ikan Bilis Saiz Sederhana
Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng.
3. Keringkan Sepenuhnya
Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.
4. Guna Cuka
Ada juga yang menggunakan cuka bagi mendapatkan bilis goreng yang rangup. Caranya mudah sahaja, masukkan ikan bilis ke dalam bekas dan renjiskan cuka hingga rata. Biarkan 5 minit dan goreng seperti biasa.
5. Guna Minyak Panas
Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya.
6. Goreng Guna Api Sederhana
Semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.
7. Tos Minyak Sepenuhnya
Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ia bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan.
8. Simpan Dalam Balang Kedap Udara
Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.
9. Goreng Secara Berperingkat
Jika anda mahu menggoreng ikan bilis dalam kuantiti yang banyak, lakukan secara berperingkat. Elakkan menggoreng dalam kuantiti yang banyak secara sekaligus. Ia bukan sahaja menjadikan ikan bilis tidak garing bahkan melambatkan proses memasak.