Kari ayam atau daging stail utara yang mak kita masak memang lain rasanya. Memang cukup pekat, penuh rasa rempah dan sedang elok saja rasanya. Cuma bila kita cuba buat sendiri selalu tak menjadi.
Sebenarnya nak masak kari yang sedap ini ada caranya terutama ketika menumis rempah. Dikongsi oleh Puan Fauziah Samad di blognya, www.dapurkakjee.com, panduan ini boleh kita gunakan untuk masak kari agar lebih umphh macam mak-mak kita masak.
Petua masak kari ayam atau daging stail utara yang sedap
Entri ni bukan nak bagi resipi tapi untuk turunkan sikit petua masak kari yang sedap. Kak Jee baru tahu cara masak kari yang sebenar kira-kira 13 tahun lalu.
Ads
Kerana mulut Kak Jee yang macam murai cabut ekor peramah, satu hari berkenalan lah dengan sepasang suami isteri dari Pulau Pinang yang pandai memasak di sebuah gerai makan. Ini tip yang dikongsi oleh mereka;
Kalau nak masak kari, rempahnya mesti cukup garing atau cukup masak. Tapi jangan biarkan hangus.
Nak tumis rempah tak perlu bancuh dengan air. Lepas tumis bawang bersama bahan-bahan lain, masukkan rempah kering dan goreng pantas selama 1 atau dua minit. Kemudian masukkan air. Tak boleh banyak sampai banjir. Tapi cukup untuk jadikan rempah itu cair sedikit. Kemudian perlahankan api hingga rempah terbit minyak.
Lepas terbit minyak barulah masukkan daun kari ataupun kentang. Kemudian masukkan ayam atau daging. Biar ayam atau daging kecut baru tambah lagi air.
Apabila dah masuk air dan santan kalau guna (ada bubuh susu segar), perlahan api dan biarkan lauk kari itu reneh. Kemudian apabila kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam keping, garam secukup rasa.”
Masa tumis rempah amat penting. Kena sabar dan jaga api betul-betul. Biar rempah digoreng sempurna kalau mahukan rasa kari yang sedap. Kalau rempah hangus, kari jadi pahit.”
Ads
Sejak itu, Kak Jee ikut sebijik-sebijik arahan ini. Malah masa Kak Jee meniaga Roti Jala dulu, kari ayam kami sangat disukai pelanggan. Mereka kata kari Kak Jee tak ada bau rempah mentah.
Bagi anda yang gemarkan sajian makanan yang sihat serta kurang minyak , makanan kukus semestinya antara sajian yang menjadi pilihan. Malah, masakan yang dikukus juga mempunyai rasa serta khasiat yang tinggi. Biasanya periuk kukusan ni banyak digunakan untuk memasak ikan stim sahaja tetapi ada banyak lagi sebenarnya hidangan yang boleh disajikan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
1.CILANTRO LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawnag putih, hirsan tomato. Gaul rata. 2. Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis empingan cili, serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan. 3. Panaskan kukusan sehingga keluar wap. 4. Ambil aluminium foil dan masukkan ayam yang diperap tadi. Bungkus dengan kemas. 5. Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili . 6. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Angkat dan hidangkan.
2. CHAI KUE
BAHAN KULIT:
BAHAN INTI:
BAHAN SOS KICAP CAIR:
CARA MEMASAK: 1.Untuk menyediakan kulitnya, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam dan gula. Gaulkan sehingga ia menjadi sebati. 2.Sementara itu, panaskan periuk dan tuang sedikit aduan. Ratakan dan kukus selama dua minit. Ulang sehingga adunan habis. Ketepikan. 3.Untuk menyediakan inti pula, campurkan isi ayam yang telah diracik halus dan dikukus bersama lobak merah yang telah dihiris, cili merah dan lada sulah. Masukkan ke dalam kulit dan gulung. Kukus lagi selama lima minit. 4.Untuk menyediakan sos kicap cair pula, campurkan kicap cair bersama gula, sos tiram, kicap pekat dan bolehlah dihidangkan.
3. SIAKAP STIM NYONYA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Kukus ikan sehingga masak. Ketepikan. 2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah, serai, bunga kantan, jus limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika. 3.Dalam kuali lain goreng bendi, kacang panjang, terung, tomato, cili dan bawang dengan sedikit minyak. Masuk ke dalam kuali berisi tumisan cili merah tadi. Gaul rata. 4.Akhir sekali tuang sos nyonya tadi ke atas ikan yang telah dikukus. 5.Sedia untuk dinikmati.
Info Chef : Selain siakap, boleh juga menggunakan ikan kerapu.
4. TENGGIRI KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Lumurkan ikan serbuk lada hitam dan garam. Perap seketika. 2. Letakkan ikan di dalam bekas tahan panas dan tabur halia, tomato, bawang putih, lobak merah dan bawang merah. 3. Masukkan ikan ke dalam periuk kukusan dan masak selama 10-12 minit atau sehingga masak. 4. Sedia untuk dihidangkan.
5. BAWAL EMAS KUKUS KURMA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan. 2. Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak. 3. Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
6. SIAKAP STIM HALIA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram. Perap kira-kira 15 minit. 2 Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram. 3 Stim / kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.
7. SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Gaul isi ikan bersama dengan kelapa parut, santan, lada hitam, halia, bawang merah dan telur. 2.Kemudian perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul rata. 3.Sumbatkan bahan ini ke dalam cili yang telah dihiris tengahnya dan dibuang bijinya. 4.Susun di dalam periuk dan kukus hingga masak. Hidangkan.
8. SZECHUAN MAPO TOFU POT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1.Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair. 2.Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan. 3. Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak. 4.Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi. 5.Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa. 6.Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah. 7.Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi. 8.Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan cendawan hitam dan cendawan Bai Ling.
9. HORMHOK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan ke dalam bekas. Kacau rata. 2. Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di dasar mangkuk daun pisang. 3. Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga memnuhi 3/4 mangkuk. 4. Kukus selama 10-15 minit. 5. Sebelum dihidangkan, letak sedikit baki santan dipermukaan Hormhok dan hiaskan dengan daun limau purut dan cili merah diatasnya.
10.PAK CHOI SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan. 3. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. 4. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika. 5. Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati. Info Chef: Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekali pandang memang nampak sedap betul ayam dalam hidangan nasi ayam seorang wanita yang menggunakan nama facebook Riesha Liena ini.
Jom kita lihat resipi yang dikongsikan olehnya untuk membuat ayam dalam hidangan nasi ayam.
BAHAN ASAS
1 ekor ayam (potong 8)
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR
6 ulas bawang putih
1inci halia
BAHAN SOS
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil madu
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan ayam dan kemudian rebus. Air rebusan disimpan untuk masak nasi ayam.
2. Angkat ayam. Toskan airnya dan letakkan ayam dalam bekas besar.
3. Kisar habis bawang putih dan halia. Masukkan bahan kisar dalam bekas berisi ayam rebus tadi.
4. Masukkan kicap manis, sos tiram dan madu.
5. Gaul sekata. Perapkan selama sekurang-kurangnya 30 minit.
6. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
7. Goreng ayam seketika. Ayam sudah masak sebab telah direbus. Goreng hanya untuk dapatkan tekstur gorengan sahaja.
Jika anda ada sotong dalam peti, resipi Sotong Masak Serai Berempah ni wajib anda cuba. Gabungan wangi serai, pedas cili dan aroma daun limau purut menjadikan hidangan ini bukan saja membuka selera, malah cara penyediaannya pun mudah. Hasilnya, memang bertambah nasi dibuatnya. Jom cuba.
1. Di dalam pengisar, masukkan cili padi, cili besar, bawang besar, bawang putih dan halia. Kisar kasar.
2. Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumiskan serai yang telah dihiris hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi dan tumis hingga wangi.
4. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
5. Seterusnya, masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, gula, kiub ikan bilis dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan sotong dan gaul rata.
7. Bila sotong dah nak masak, boleh masukkan daun limau purut dan perahan limau nipis. Gaul rata.
8. Sotong Masak Serai Berempah sedia untuk dihidangkan. Enak dinikmati bersama nasi panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: