Tiba-tiba terbayang sedapnya daging tulang rusuk panggang. Nak makan selalu kat kedai parah juga dibuatnya. Kalau masak sendiri tak berapa nak rajin sebabnya daging liat dan susah lekang dari tulang.
Tapi dengan info dan tip yang Rasa kongsikan ini, semua masalah remeh ini tiada lagi dan anda boleh cuba praktikkan bagi menikmati keenakan daging tulang rusuk yang disediakan sendiri di rumah dengan lebih seronok.
PILIH DAGING TULANG RUSUK YANG BETUL
Supaya daging tulang rusuk empuk dengan cepat, anda disarankan pilih daging yang melekat pada tulang rusuk dengan warna merah segar dan ada sedikit lemak. Tekstur yang sebegini menunjukkan daging tulang rusuk yang lembut dan berjuicy.
CARA MEMASAK PENGARUHI KELEMBUTAN DAGING
Goreng Dan Bakar:Sebaiknya perap daging dengan bahan perapan sekurang-kurangnya tiga jam. Perapan membantu tekstur daging lebih lembut atau empuk dan masa sekata. Atau boleh lembutkan daging tulang rusuk dengan parutan nanas atau meramasknya dengan daun betik.
Sup Dan Gulai:Cara paling mudah celur atau celupkan tulang rusuk dalam air mendidih sehingga berbuih dan segala kotoran timbul di permukaan air rebusan. Kemudian buang air rebusan dan cuci daging tulang rusuk hingga bersih, sebelum dimasak sup atau gulai.
Ads
Gunakan Periuk Tekanan: Ini cara terbaik dan paling mudah, tidak ada masalah jika anda tidak mempunyai periuk tekanan, gunakan saja pengukus gaul daging tulang rusuk bersama bahan rempah ratusnya sekali. Tetapi menggunakan api kecil sehingga daging empuk, elakkan dari menggunakan api besar, ia akan hanya menjadikan daging liat.
CARA MENYIMPAN
Simpan daging tulang rusuk dalam bekas kedap udara dan masukan dalam freezer, jika anda ingin memasaknya anda boleh pindangkannya ke chiller atau rak bawah dalam peti ais untuk mencairkan bekuan aisnya. Cara ini paling baik kerana ia tidak mengubah rasa dan tekstur daging, cuma memerlukan lebih masa. Ingin lebih cepat? Keluarkan sahaja daging pada suhu bilik, bungkus kemas dan rendam dalam air selama lebih kurang satu jam, baru sedia untuk dimasak .
Semoga tip ini dapat menjadi panduan anda apabila ingin memasak daging tulang rusuk, selamat mencuba!
BBQ LAMB RIBS
BAHAN-BAHAN:
6 keping tulang rusuk kambing | dicuci dan di toskan
Ads
2 ulas bawang putih | ditumbuk
3cm halia | ditumbuk
4 sudu makan sos perapan segera
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan sos barbecue
Ads
3 sudu makan madu
1 biji ketang | belah 4 dan panggang
1/2 biji cili Bangala | panggang
1/2 biji bawang Hollad | panggang
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tulang rusuk bersama bahan tumbuk dan semua sos.
2. Masukkan dalam bekas bertutup dan perap sekurang-kurangnya dua jam.
3. Kemudian panggang hingga masak.
4. Hidangkan bersama sos lada hitam atau sos yang sesuai berserta dengan salad.
INFO CHEF: Semasa memanggang tuangkan lebihan bahan perapan ke atas tulang rusuk yang dibakar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sayur bayam yang manis memang lebih enak dimakan. Tapi ramai yang tak tahu bahawa ada tip yang boleh kita guna jika menanam pokok sayur ini bagi menghasilkan bayam yang manis.
Bagi mendapatkan sayur bayam yang manis kita sebenarnya hanya perlu menjaga pencahayaan saja. Dikongsi oleh Harun Arun berdasarkan pengalaman beliau menanam bayam, ini tip yang dikongsi dan boleh kita praktikkan.
Tip dapatkan bayam yang manis
Bayam yang kurang merah macam ni, lebih manis, lembut dan sedap
Ini bayam yang saya tanam. Bayam ada separuh merah, benih sama, usia sama (22 hari) tapi warna berbeza.
-Yang kurang merah dapat cahaya dalam 2-3 jam sehari, tanam depan rumah.
-Yang menonjol merah dapat cahaya penuh dari pagi hingga petang, tanam tepi padang.
-Yang dapat cahaya penuh lebih cepat matang berbanding yang kurang dapat cahaya.
-Dari segi rasa sudah semestinya yang kurang dapat cahaya lebih sedap, lembut & manis.
Jadi tip untuk dapatkan bayam yang manis, tanam pokok di lokasi yang hanya kena sedikit cahaya matahari contoh di tepi rumah. Elak tanam di lokasi cahaya penuh atau tengah panas.
Bawang putih sering jadi bahan utama dalam masakan. Tahukah anda bagaimana nak masak bawang putih yang rangup? Tak semua orang dapat buat bawang putih ni dengan sedap. Kadang-kadang terhangus. Kadang-kadang masaknya tidak sekata. Ada yang terlebih masak, ada yang masih lemau. Moga perkongsian oleh Arina Yahaya boleh kita sama-sama manfaat nanti.
Dah lebih 1000 pek terjual. Tip ini diguna pakai oleh nenek saya. Saya follow dan jadi sumber rezeki saya sekarang ni. Saya halalkan tip ini dikongsi agar kita semua mendapat kebaikan daripadanya.
1.Pilih bawang yang agak kering, agak kecil-kecil saiznya, elak guna bawang saiz besar, bawang saiz besar baru tuai dari ladang dan kandungan air sangat tinggi dan akan jejaskan kerangupan.
2. Teknik kawalan api dapur masa goreng kena pandai, jangan terlalu besar atau terlalu kecik
3. Guna kuali yang sepadan dengan jumlah gorengan bawang
4. Goreng menggunakan minyak yang baru. Baru la warna bawang putih kita akan cantik.
5. Pastikan api cukup panas sebelum kita masukkan bawang dan laras api kepada tahap sederhana semasa goreng.
6. Goreng sehingga kekuningan antara 10 minit hingga 13 minit.
Kredit : Arina Yahaya & FB Koleksi Resipi Sedap
Anda yang nak membeli Elektric Grill secara online, lihat di SINI
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu?
Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
Kiraan asas jumlah AIR vs berat AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
Jika anda guna AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
Andai guna AGAR-AGAR BERTALI:
kredit foto: https://loveisinmytummy.com
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.