Petua isi ayam kembali segar memang perlu kita praktikkan terutama bila sudah menyimpan lauk ini di dalam freezer dalam jangka masa yang lama
Walau sewaktu membeli lauk ini kita sudah memilih ayam yang paling segar tapi ia jadi sebaliknya bila dikeluarkan dari peti sejuk untuk dimasak.
Sebenarnya ada petua mudah yang boleh kita gunakan untuk memastikan isi ayam ini kembali segar dan kemerahan. Caranya dikongsi oleh Rohaida Ieda.
Petua isi ayam kembali segar kemerahan
1) Ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.
Ads
2) Biarkan selama 5 minit.
3) Cuci ayam seperti biasa.
4) Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar
Ads
-Boleh juga letak renjis sedikit cuka bersama garam untuk menghilangkan bau hanyir dan juga lemak pada ayam.
-Selain juga, penggunaan tepung gandum yang dilumur pada ayam juga boleh menghilang bau hanyir.
TIP EKSTRA: 3 tip mudah pilih ayam segar
Periksa warna kulit
Ayam segar biasanya memiliki kulit yang berwarna cerah dan sedikit lembap. Elakkan memilih ayam yang kulitnya pucat atau kekuningan kerana ini mungkin tanda ayam tersebut sudah lama.
2. Rasa keanjalan daging
Tekan sedikit pada daging ayam. Ayam segar akan kembali ke bentuk asalnya dengan cepat. Jika daging ayam lembek dan tidak kembali kepada bentuk asal selepas ditekan, itu petanda ayam mungkin tidak segar.
Ads
3. Perhatikan bau
Ayam segar tidak seharusnya berbau busuk. Bau yang tidak menyenangkan atau hanyir adalah tanda ayam sudah mula rosak. Pilih ayam yang bau neutral atau sedikit bau segar.
Anda ingin membuat telur dadar nipis dan cantik? Tak kisah untuk tujuan hiasan atau sebagai bahan gulungan, ia tidak semudah yang dilihat. Memang semua orang boleh buat telur dadar kerana nampak macam mudah. Tetapi untuk mendapatkan telur dadar yang dinipis dan tidak koyak bila digulung, ini caranya:
Gunakan Kuali Yang Tidak Melekat (Non-Stick)
Membuat telur dadar menggunakan kuali non-stick merupakan pilihan yang terbaik terutama jika anda yang jarang membuat telur dadar kerana kuali jenis ini menjadikan telur dadar tidak melekat pada kuali, mudah diterbalikkan dan tidak terkoyak. Sebagai saranan, gunakan kuali yang tidak terlalu besar atau kecil seperti kuali dengan ukuran 22cm adalah lebih sesuai.
Gunakan Sekurang–Kurangnya Dua Biji Telur
Dengan dua biji telur ini, akan menjadikan kerja mendadar telur lebih mudah kerana ia tidak terlalu sedikit. Dengan dua biji telur, anda boleh buat tiga keping telur dadar yang nipis. Kalau guna satu biji ia terlalu sedikit.
Oleskan Kuali Dengan Sedikit Minyak
Walaupun menggunakan kuali anti lekat, anda masih perlu oleskan sedikit minyak di seluruh permukaan dalam kuali. Gunakan lebih kurang satu sudu teh minyak masak, kemudian ratakan dengan tisu dapur. Ia membantu telur dadar lebih mudah untuk diterbalikan. Jika terlebih minyak, boleh tekap dengan tisu dapur. Olesan minyak perlu dilakukan setiap kali menbuat telur dadar.
Guna Api Kecil
Cara paling selamat untuk mendapatkan telur dadar nipis, tidak hangus dan masak sekata adalah dengan menggunakan api yang kecil. Telur dadar yang cantik berwarna kuning cerah.
Ukuran Untuk Sekeping Telur Dadar
Sangat penting untuk anda tahu berapa banyak telur yang diperlukan bagi satu keping telur dadar nipis. Anda boleh gunakan senduk gulai bulat sebagai ukuran agar hasil telur dadar adalah sama. Selepas itu, anda hanya perlu tuangkan telur dalam kuali, kemudian perlahan-lahan layang ke kiri dan ke kanan kuali supaya telur merata nipis dengan cantik.
Goreng Sekejap
Selain menggunakan api perlahan, telur dadar juga mesti digoreng sekejap sahaja. Elakkan daripada memasak terlalu lama kerana bimbang telur dadar menjadi terlalu garing. Sebaiknya, bila kuali panas atas api perlahan, masukkan telur. Apabila cairan telur sudah kering, terbalikkan sebelah lagi. Selepas 30 saat, angkat segera telur.
Gulung Dan Hiris Nipis
Apabila telur dadar telah siap dan kurang panas, gulung telur dan hiris nipis-nipis seperti hirisan mi. Atau gunakan telur dadar sebagai wrap makanan lain. Selain boleh digunakan sebagai hiasan, ia juga dijadikan lauk dan dimakan bersama pulut kuning, nasi goreng atau diratah begitu sahaja.
Jika anda sedang mencari SANDWICH MAKER, boleh cari DISINI.
Bawang putih, antara penyedap masakan yang wajib ada dalam setiap dapur. Aroma wangi bawang putih ini membantu masakan menjadi lebih sedap, terutama masakan yang dimasak secara tumis, tercium baunya pasti membuka selera makan. Malah bahan penyedap masakan ini juga kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan.
Masalahnya sebelum menggunakan bawang putih, anda terpaksa membuang kulitnya terlebih dahulu. Nak tahu cara paling senang kupas kulit bawang putih tanpa guna pisau. Ia sangat mudah kalau terpaksa kupas dalam jumlah yang banyak.
Ini caranya:
Mudahkan! Dengan tip ini diharapkan ia membantu urusan kerja dapur lebih mudah dan praktis.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Periuk bocor? Jangan terus buang! Ada banyak cara mudah yang boleh anda cuba di rumah. Dalam perkongsian kali ini, kami kongsikan cara tampal periuk bocor guna bahan sedia ada di rumah — semua bahan mudah dicari dan tak perlukan kos tinggi.
Berikut ialah himpunan beberapa petua tradisional yang masih berkesan hingga kini.
Kapur sirih atau kapur masak ini biasanya digunakan untuk merangupkan gorengan, menjadikan masakan lebih kental dan tahan lebih lama. Rupanya ada kegunaan lain yang ramai tak tahu – iaitu menampal periuk bocor.
Mula-mula, bersihkan dahulu periuk dan keringkan. Kemudian, ambil kapur makan dan tampal di bahagian periuk yang berlubang. Tepek ikut ketebalan yang sesuai hingga betul-betul menutup lubang.
Bila tampalan dah kering, bolehlah gunakan periuk itu semula. Biasanya boleh test dulu dengan rebus air. Kalau periuk dah tak bocor lagi, bolehlah guna untuk masak macam biasa.
Petua seterusnya adalah dengan menggunakan asam jawa. Caranya lebih kurang sama saja macam guna kapur makan tadi.
Ambil sedikit asam jawa dan pastikan tiada biji. Kemudian sapu dan tampalkan pada bahagian belakang kuali atau tempat yang bocor tadi. Tunggu sampai kering dan cuba gunakan periuk seperti biasa.
Satu lagi cara menarik dalam cara tampal periuk bocor guna bahan sedia ada di rumah ini ialah menggunakan kulit pisang, seperti dikongsikan oleh Puan Normah Bahari.
Untuk menampal, pertama sekali panaskan periuk yang bocor. Kemudian kecilkan api dan gunakan sebelah dalam kulit pisang untuk ditenyeh berulang kali pada tempat yang bocor (seeloknya di kedua-dua bahagian dalam dan luar). Selepas itu, biarkan sekejap di atas api.
Mengikut pengalaman beliau, walaupun dah dibasuh berkali-kali, periuk tetap tidak bocor lagi. Getah semula jadi pada kulit pisang membantu menutup lubang kecil dengan berkesan.
Cara terakhir dan paling mudah — guna kertas aluminium. Rupa kertas ini seakan aluminium foil dan biasanya sudah siap berpelekat. Hanya tampalkan di bahagian periuk yang bocor.
Boleh cari di kedai hardware atau pasar malam. Harganya pun murah, sekitar RM2 sekaki. Cara ini paling praktikal kalau anda perlukan tampalan segera untuk menahan air atau sup panas.
Memang jimat kalau anda praktikkan cara tampal periuk bocor guna bahan sedia ada di rumah ini. Namun, petua ini sesuai untuk lubang kecil sahaja. Jika kebocoran terlalu besar, sebaiknya gantikan periuk baru untuk keselamatan.
Kalau tak ada periuk bocor buat masa ini, simpan dulu info ini untuk kegunaan masa depan. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan supaya lebih ramai dapat manfaat daripada petua mudah dan menjimatkan ini!