Kalau nak buat nasi goreng pagi hari, selalunya malam sebelumnya kita dah tanak nasi. Begitu juga kalau buat nasi lemak, selalunya masak awal pagi dan makan membawa sampai ke petang.
Tapi jadi masalah bila nasi yang dimasak awal ini cepat basi, walaupun tak sampai 24 jam. Sayang sungguh kalau kuantiti nasi yang dimasak banyak.
Supaya kejadian ini tak berlaku lagi, antara petua yang boleh dilakukan adalah ketika mencuci beras.
1. Ambil sedikit bunga cengkih lebih kurang dalam 2 hingga tiga tangkai bersama dengan secubit garam.
2. Kemudian campurkan ke dalam beras yang hendak dibasuh.
3. Basuh beras seperti biasa.
4. Tanak juga seperti biasa sehingga masak.
Hasilnya nanti anda akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Selalunya kalau masak telur mesti kita akan buang sahaja kulitnya tapi mesti tidak sangka yang kulit telur ada fungsinya. Lepas ni jangan buang! Ia boleh dijadikan racun untuk menghalau serangga atau binatang kecil seperti tikus, lipas dan semut merayap mencari makanan di dalam dapur anda. Namun racun ni selamat dan tidak berbahaya. Jadi sesuai sangat guna di kawasan dapur.
Petua mudah ini dikongsi oleh saudari Abel Lione Karia melalui akaun facebook.
Syukur Alhamdulilah… hari ini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya menggunakn kulit telur.. kita banyak gunakan telur kan?? tapi terus buang kulitnya. ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk djadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai-anai, tikus dan ular serta yangg sewaktu denganya. Saya sudah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur sudah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.
CARA MUDAH MEMBUAT ‘RACUN SELAMAT’ UNTUK HALAU SERANGGA PEROSAK
1. Cuci bersih kulit telur yang sudah tidak digunakan. Selepas itu jemur sampai kering.
2. Kemudian kulit telur ditumbuk halus.
3. Simpan dalam botol untuk djadikan stok racun kepada perosak disekitar rumah nanti.
INFO:Hanya taburkan serbuk telur dikawasan yang menjadi laluan serangga atau binatang kecil.
Bawang goreng pelengkap dalam hidangan. Makan bihun goreng atau mi goreng, tabur dengan bawang goreng yang rangup jadi tambah enak makanan.Ada saja yang dijual di pasaran tapi tidak sesedap kalau buat sendiri. Malah ada yang kita beli jadi lemau dan keras, bau pun tak enak. Jadi bagaimana nak dapatkan kerangupan bawang goreng yang diinginkan. Langkah ini boleh bantu anda untuk dapatkan bawang goreng yang rangup dan enak.
Bagi mendapatkan bawang goreng yang rangup, kupas dan potong bawang nipis-nipis. Selain meningkatkan waktu menggoreng, bawang yang dipotong nipis-nipis juga boleh memberikan aroma yang lebih harum jika dicampurkan ke dalam masakan anda.
Masukkan minyak sedalam tiga sentimeter di dalam kuali atau tempat menggoreng.Penggunaan minyak sayur yang mencukupi dapat menjadikan bawang goreng mudah masak serata.
Api yang terlalu panas menjadikan bawang goreng anda cepat hangit. Bila hangit, makan pun tidak enak lagi.Penggunaan api sederhana sangat disarankan kerana jadi lebih mudah untuk mengawal tingkat keperangan bawang goreng yang dikehendaki.
Anda sebaiknya menggunakan minyak sayur dan bukan minyak zaitun untuk membuat bawang goreng. Minyak sayur bekas menggoreng bawang goreng pun boleh anda gunakan kembali untuk menggoreng makanan lain dengan aroma yang lebih enak.
Setelah menggorengnya banyak, boleh simpan di dalam bekas bertutup rapat yang sudah dialas dengan kertas minyak atau tisu. Bagi menjaga kerangupan bawang goreng, bolehlah menyimpan bekas yang berisi bawang goreng tersebut di dalam peti sejuk. Nah bolehlah buat stok nanti.
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH BELI DI SINI
Pernah dengar petua orang tua-tua tak bagi makan sesetengah ikan sebab gatal dan angin. Benarlah bahawa makanan yang kita ambil mempunyai kelebihan dan keburukan. Terutama sekali makanan yang dikatakan mempunyai banyak ‘angin’ dan boleh membuatkan tubuh badan kita memberi tindak balas yang kita sendiri tidak sangka. Kadang-kadang perasan atau tidak apabila kita makan sesetengah jenis ikan, badan kita akan jadi gatal-gatal dan perut berangin.
Gatal ekzema tak henti? “Angin” dan mental akibat refluks dan kembung? Sakit kepala migrain tak kurang-kurang? Loya dan nak muntah, perut tak selesa? Bengkak sana-sini… Anda tengah berpantang lepas bersalin?
Berpantang ni bukan perkara sia-sia macam sesetengah orang fikirkan. Memang lah lain individu lain reaksi..tetapi bagi mereka yang alah, berpantang mungkin menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga. Contohnya lepas bersalin. Orang tua-tua tak mengarut bila mereka kata kena pantang lepas bersalin. Itu mengikut pemerhatian mereka terhadap reaksi makanan kepada badan.
Saya ambil contoh :
Pemakanan tinggi peram, makanan ikan tertentu boleh menyebabkan luka mudah bengkak dan badan jadi sensitif. Rahim juga lambat pemulihannya. Orang tua panggil BENTAN.
Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan:
– Badan jadi SENSITIF, mudah radang bengkak secara teorinya.
– Histamin berlebihan juga menyebabkan pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut.
– Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak.
– Badan jadi gatal dan ruam timbul.
– Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. Loya dan cirit birit.
Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alaha seperti ekzema, resdung dan asma, pantang dahulu makanan histamin buat sementara.
TOP 5 IKAN PALING GATAL, PALING ANGIN YANG ANDA PERLU ELAK:
1. Ikan Kembung
2.Ikan Tongkol
3. Ikan Cencaru
4. Ikan Bawal (hitam/emas)
5. Ikan Pari
Tak salah untuk makan tetapi dinasiihatkan untuk anda mendapat preskripsi yang betul dari pakar supaya tak tersalah jumlah ikan yang diambil nanti ya!
Sumber : Hafiz Sulaiman, The Biohealer / sirap limau
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Daging yang sedap, mudah dan membuka selera. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak supaya nasi goreng lebih beraroma, daging empuk dan hasilnya memang padu.