Ikan Masin sesuai dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Selain goreng, ia boleh dimasak sambal, acar, gulai, kari dan sebagainya. Namun agak sukar untuk mendapatkan produk yang dihasilkan oleh orang Muslim. Jadi untuk mengelakkan rasa was-was, puan-puan boleh cuba buat sendiri ikan masinhomemade menggunakan resipi perkongsian saudari Mim Nazihah. Mudah sangat rupanya. Malah ikan masin yang dihasilkan juga boleh tahan lama dan tidak hapak. Berbaloi kan? Jadi jom cuba.
CARA BUAT IKAN MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan segar
Garam kasar
CARA MEMBUAT: 1. Siang ikan dan belah dari belakang seperti dalam gambar.
Ads
2. Buang perut dan juga insang ikan. Bersihkan dengan air bersih.
3. Atur ikan dalam bekas dan taburkan garam kasar. Lapiskan lagi dengan ikan dan tabur lagi garam. Jadikan susunan ikan berlapis-lapis.
4. Tutup dalam bekas kedap udara dan peram semalaman. Letak bekas di ruang biasa sahaja dan tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
5. Setelah semalaman, ambil ikan yang diperap tadi dan basuh bersih.
6. Susun ikan tadi diatas dulang atau para. Jemur ikan di bawah matahari terik hingga ke petang.
7. Jika ikan masih lembab, ulang proses pengeringan pada keesokan harinya. Ikan yang betul-betul kering boleh disimpan lama dan tidak hapak.
8. Ikan masin homemade yang sedia untuk digoreng atau dimasak ikut selera masing-masing.
Kudapan viral untuk minggu ini. Apa kata sediakan bahan kita buat untuk minum petang nanti, mesti berebut dibuatnya. Cekodok stick sangat mudah penyediannya bahan pun senang dapat, kalau tak nak buat stick bukan cekodok stick lah namanya hehe.. Sedap,rangup di luar,lembut di dalam, jom buat!
RESIPI CEKODOK STICK
2 cawan air*
1 ketul kiub pati ayam*
2 sudu besar minyak masak*
1 sudu kecil maggi cukup rasa*
sedikit serbuk kunyit*
2 cawan tepung gandum
Bahan2 di bawah ni didadu halus ye
1 batang sosej
1 pokok daun sup
3 tangkai cili kering ( dibuang biji)
2 hiris carrot
2 biji bawang merah
Cara2nya
Masukkan bahan yg Bertanda(*)ke dlm periuk…
Masak sehingga mendidih..
Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dgn senduk kayu..nmpk adunan berketul2..tutup api
Sambung kacau lagi,sehingga adunan jadi doh..( Ala2 macam nk buat creampuff gitu😜)
Keluarkan doh cekodok td,masukkan dlm bekas lain..
Gaul dgn bahan2 yg di dadu..gaul sebati ( agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je…doh dah suam2,boleh pegang dgn tgn boleh uli sekejap nk bg bahan2 dadu masuk dlm doh je..
Bulat2kan doh kpd 3 bahagian..(nk buat bentuk 4 segi pun boleh)
Sediakan alas utk nk gelek adunan..& sekeping plastik utk alas bahagian atas doh..
Ambil seketul doh,lapik plastik atas doh..gelek sehingga leper..( jangan nipis sangat)
Potong & kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat
Potong memanjang,kemudian gentel @ gelek dgn kedua2 belah jari,sehingga jadi macam keropok lekor..
Ulang sehingga doh habis
Panaskan minyak yg banyak di dlm kuali,
Apabila minyak dah betul2 panas..goreng sehingga masak
Ini resipi khas bagi sesiapa yang mahu masak Kari Kepala Ikan dalam kuantiti yang banyak untuk majli kenduri. Untuk mendapatkan rasa kari yang seimbang, bahan-bahan ramuan mestilah cukup dan seimbang.
KARI KEPALA IKAN SATU KAWAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg bawang besar ( 1/2kg dimayang , 1/2kg lagi dikisar)
200 gm bawang putih (100gm dimayang 100gm dikisar)
1 kilo rempah kari ikan
150 gm serbuk cili
1 kg tomato biji (1/2 dikisar , 1/2 dipotong besar)
20 tangkai daun kari
50gm halba campur
1kg minyak untuk menumis
3kg santan pekat
500gm asam jawa
20 batang serai (kalau hendak gulai tu lagi semerbak baunya)
10 kg ikan (pilihan anda contoh merah, jenahak & tenggiri)
Sayur-sayuran (contoh bendi, terung & tomato)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur dan daun kari.
Bila wangi masukkan rempah kari yang dicampur air yang banyak (4 liter ) bawang dan tomato yang dikisar.
Masak hingga pecah minyak. Bila pecah minyak perlahankan api
Masukkan santan air asam, garam, sedikit gula, dan ikan. Perasa ikut citarasa anda.
Sedapnya Basque Burnt Cheese Cake ni. Kalau beli di kedai, sepotong pun dah mahal. Memang tak puas makan. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Menerusi perkongsian saudari Norlela Abdullah, beliau menunjukkan cara-cara menyediakan Basque Burnt Cheese Cake yang sedap dan mudah. Sangat berbaloi cuba.
CARA MASAK BASQUE BURNT CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
1000gm (1kg) krim keju ( cream cheese) – suhu bilik
300gm gula halus
7 biji telur
500gm whipping cream ( krim putar)
30gm tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama, siapkan acuan spring foam saiz 9 inci terlebih dahulu. 2. Alas bahagian dalam alaskan acuan dengan parchment paper. Lebihkan sedikit parchment paper di bahagian atas kerana kek akan naik. Bahagian luar spring foam balut dengan aluminum foil. Ketepikan. 3. Untuk menyediakan kek, putar krim keju dengan gula halus. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan krim putar. 4. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kaup balikkan sahaja hingga sebati. 5. Tuang adunan ke dalam acuan spring foam. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek menjadi warna coklat gelap. Guna api atas dan bawah. Kipas off.
6. Bila kek masak, biarkan kek sejuk dalam ketuhar barulah buka pintu oven. 7. Kemudian masukkan kek ke dalam peti sejuk. Enak dimakan dingin.