Percayalah Bila Makan Asam Rebus Ikan Kunyit & Nenas Nasi Sepinggan Tak Akan Cukup

Share

Asam rebus ikan kunyit bersama nenas dengan gabungan rasa masam, manis dan pedas yang bakal memusnahkan diet anda.

ASAM REBUS IKAN & NENAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan (gelama, pelaling, kembung , selar, ikan lidah dan kunyit)
  • Segenggam lada kering
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawanh putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji nenas potong ikut suka
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa.


CARA MEMASAK:

  1. Kisar halus lada kering, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
  2. Masuk bahan kisar dalam periuk. Masukkn air asam jawa bersama air kosong untuj kuah. Biarkan sehingga mendidih
  3. Nasukkn nenas dan ikan.
  4. Perasakan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
  5. Tunggu sehingga ikan masak dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

INFO:

  1. Rasa mesti masam, manis dan pedas.
  2. Boleh gantikan cili kering dengan cili merah atau cili padi.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Cahaya Pesona

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: 

IKLAN