Pencipta varian rasa mi segera terkenal Indomie, Nunuk Nuraini dilapor meninggal dunia Rabu pada usia 59 tahun. -Twitter@gustirapi
Siapa tidak kenal dengan Indomie, produk mi segera keluaran Indonesia sejak tahun 1972 yang sangat popular di serata negara termasuklah menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Jika ke pasaraya, pasti mudah untuk menjumpai produk dari seberang ini.
Disebalik kemasyuran dan keenakan produk yang dinobat sebagai ramen terenak oleh LA Times pada November 2019 ini, tentunya ada individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan seleksi rasanya dan ianya digalas oleh Nunuk Nuraini yang telah berkhidmat sebagai ‘peramu rasa’ di Jabatan Mi Instan di PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk selama hampir 30 tahun.
Namun pada hari Rabu 28 Januari 2021, pencipta varian rasa mi segera terkenal Indomie yang berusia 59 tahun ini dilaporkan telah meninggal dunia.
Memetik dari Astro Awani, menurut laporan portal Kompas.com, berita itu disahkan ketua hubungan masyarakat Indofood, Nurlita Novi Arlaida.
“Ibu Hj Nunuk Nuraini wafat hari ini (Rabu) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” kata Novi ketika dihubungi Kompas.com.
IKLAN
Walaubagaimanapun, pihak Indofood tidak menyatakan punca kematian Allahyarham.
Antara varian rasa yang dicipta Allahyarham termasuk soto, rendang, kari ayam, sambal matah, dan paling popular perisa mi goreng Indomie.
Jasa yang pasti akan dikenang sepanjang hayat. Berita kematian Nunuk Nuraini ternyata mendukakan rakyat Indonesia dimana ramai yang menitipkan ucapan takziah atas kehilangan ini.
IKLAN
The flavor developer of our beloved indomie, ibu nunuk nuraini, has just passed away today, 2.55 pm local time. Her legacy will always be remembered. Thank you for the flavorful indomie, bu, may you rest in peace 🖤 https://t.co/YyYuF7pyy3
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Barbeku Fairfield Countryside bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda bermula dari 21 Julai 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad.
Restoran Lesung menawarkan suasana yang sempurna dengan pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur. Menggabungkan rasa asli pilihan tempatan dan antarabangsa, set barbeku ini membawa tawaran yang paling lazat kepada tetamu.
Mulakan dengan hidangan pembuka selera tempatan yang sedap hingga pilihan salad sihat yang menarik Salad Mi Kaca, Salad Caesar, Salad Kentang, Salad Pasta Kerabu Taugeh, Salad Campur dan Salad Ayam.
Menu utama Bufet Barbeku Fairfield Countryside ialah Jagung Bakar Plantar, Bratwurst Jumbo Sausage, Cocktail Sausage,Frankfurter Sausage, Minute Steak, beef kebab, Chicken Shitawak, Chicken Skewer, Chicken wings, Marinated Lamb Shoulder, Lamb Leg Boneless, Marinated Fish dan Slipper Lobster.
Selepas mengenyangkan perut dengan hidangan utama, segarkan tekak dengan pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Puding Karamel, Pai Epal dan Puding Mentega Roti.
Dengan hanya lima hingga tujuh minit berjalan kaki ke stesen monorel dan LRT, tetamu boleh sampai ke Fairfield Kuala Lumpur mudah dengan menaiki pengangkutan awam. Tetamu boleh menikmati bufet barbeku malam mereka dengan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur.
Bufet ini disediakan setiap hari Jumaat sahaja. Harga ialah RM88nett (Dewasa) dan RM58nett (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun. Di bawah empat tahun makan percuma. Setiap lima orang dewasa yang membayar, seorang warga emas (60 tahun ke atas) makan percuma. Seterusnya warga emas membayar harga dewasa. Untuk tempahan, boleh hubungi Restoran Lesung.
Beberapa minggu sahaja lagi, Bulan Ramadan akan menjelma dan umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Biasanya di waktu-waktu begini, sudah ramai yang mengambil peluang untuk melakukan perniagaan seperti pakaian, kelengkapan dan kuih raya.
Namun nampaknya tahun ini agak berbeza. Dek kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia dan tidak menampakkan penurunan, ia sebenarnya menjejaskan ramai pihak terutamanya para peniaga.
Selain memperbanyakkan amal ibadah, bulan puasa juga merupakan saat bagi para peniaga kecil dan sederhana untuk menambah pendapatan keluarga terutamanya bagi peniaga bazar Ramadan. Ada yang berniaga Nasi Kerabu, Ayam Panggang, Sate, kuih muih, Roti John, aneka air balang dan bermacam-macam lagi. Namun apakan daya, demi memutuskan rantaian Covid-19 ini, banyak perkara perlu dikorbankan.
Sebentar tadi menerusi sidang media Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan semua aktiviti bazar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan.
Bagaimanapun katanya, jika PKP ini ditamatkan, pihak MKN akan menyediakan satu SOP selepas PKP yang akan ditentukan sama ada boleh dilaksanakan dengan SOP tertentu. Cuma selagi PKP 2 diteruskan atau ada PKP lain selepas ini, bazar Ramadan tidak dibenarkan.
Beliau juga turut menambah, soal berkaitan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini mengikut SOP pasca PKP yang akan disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Antara perkara-perkara lain yang disebut semasa sesi sidang media Kementerian Pertahanan:
Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (3 April 2020)
1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 737 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 403,336 kenderaan
2. PDRM telah melakukan sebanyak 25,614 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4564 premis
3. Semalam (2 April), PDRM telah menahan 524 individu di sekatan jalan raya dan rondaan kerana ingkar PKP
4. Penurunan sebanyak 6.8 peratus dari kelmarin (1 April )
5. Seramai 483 individu telah dituduh di mahkamah
6. Sejak 27 Mac sehingga 2 April sebanyak 371 kawasan telah di nyah cemar
7. Kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan & PayNet utk mengecualikan caj RM1.00 bg pengeluaran wang di semua mesin ATM menggunakan rangkaian MEPS bermula 6 April sehingga tamat tempoh PKP
8. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian bagi mengurangkan pergerakan
9. Kerajaan memutuskan semua pelajar tajaan (JPA, MARA, KPT, Petronas) yg telah tamat pengajian & masih belum pulang ke tanah air akan diberi bantuan ihsan sehingga satu masa yg ditetapkan oleh penaja masing-masing
10. Bantuan ini merangkumi sewa tempat tinggal & makan/minum
11. Pengagihan Bantuan Bekalan Makanan
– Terdapat berita tentang pekerja warga asing dari Bangladesh tiada bekalan makanan.
– Kerajaan memutuskan supaya Kedutaan negara masing-masing bertanggungjawab terhadap warganegara mereka yg berada di Malaysia.
– Pihak kedutaan perlu melapor ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) bagi tujuan pengagihan bantuan kpd warganegara mereka
– Bagi yg di Kuala Lumpur, boleh berbuat demikian di Crisis Management Center di bwh kawal selia DBKL
12. Semua yang pulang dari luar negara mesti dikuarantin, tanpa sebarang pengecualian.
13. Senarai pusat kuarantin boleh dirujuk di laman web agc.gov.my
14. Bagi penumpang ke Sabah & Sarawak yg pulang dari luar negara & transit di KLIA/KLIA2 atau mana-mana lapangan terbang di Semenanjung Msia, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di Sabah atau Sarawak
15. Kerajaan memutuskan Pasar Ramadhan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP
16. Jika PKP ditamatkan sebelum atau sewaktu bulan Ramadhan, operasi Pasar Ramadhan akan bergantung kpd SOP pasca PKP yg akan disediakan oleh MKN
17. Pergerakan dlm radius #10KM : Pihak polis diberikan kuasa budi bicara mengikut kes utk mempertimbangkan pelepasan perjalanan
Biarpun baru beroperasi, Hotel Tenera menjanjikan fasiliti yang terbaik buat tetamunya. Hotel Tenera yang diurus oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd merupakan 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.
Turut diberi pengiktirafan sebagai Best Outstanding 4-Star Hotel 2018 oleh Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA.)
Untuk tempoh kurang dari setahun beroperasi, hotel ini telah pun menyediakan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan tambahan kepada tetamu, pihak pengurusan hotel mengambil peluang kemenangan ini untuk memasarkan hotel dan meningkatkan jualan dengan lebih tinggi.
Kemudahan tambahan juga ditambah dengan variasi yang pelbagai, termasuklah 302 bilik mewah di hotel dan 200 bilik apartmen. Apartmen terbahagi kepada tiga stail yang berbeza. Terdapat juga 3 kolam renang, gimnasium, bilik permainan, bilik mesyuarat, dewan besar kapasiti 1000 orang.
Terdapat tujuh jenis restoran yang mempunyai konsep pelbagai iaitu, restoran mewah, makanan laut restoran terbuka dengan harga berbaloi iaitu Selasih Restoran, dan pelbagai lagi.Menampilkan menu yg menarik dengan harga yg mampu bilik. Hotel Tenera tampil dengan menu yang menepati citaras untuk warga muda mahupun berusia.
Untuk keselesaan tetamu, 600 unit kawasan letak kenderaan disediakan, perkhidmatan buggy, live band setiap hari kecuali Isnin dan pelbagai kemudahan mesra pelanggan yang lain.
Lagi kemudahan yang baru beroperasi ialah, Serai Pool yang menampilkan dua jenis kolam renang iaitu kolam renang terbuka dan kolam renang khas untuk wanita, hijab pool, bilik penyusuan, bilik permainan dan kafe. Serai Pool mula operasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Menampilkan hotel berteraskan muslim friendly, hotel ini mempamerkan kakitangan wanita yang berhijab selain kebersihan adalah identiti utama hotel dalam mengekalkan konsep itu, kata Encik Fadzly Hamzah, Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Tenera.
Bukan hanya bilik hotel dan apartmen mewah, hotel ini juga menjanjikan pengalaman berbeza, yang lain daripada hotel lain. Hotel ini memberikan servis mesra pelanggan dari pintu masuk hotel disambut mesra oleh bellman dan penyambut tetamu sehinggalah tetamu hotel daftar keluar dari hotel, layanan mesra dari kakitangan hotel ini merupakan salah satu faktor kemenangan mereka di HAPA.
Terletak di kawasan strategik iaitu lima minit dari laluan keluar ke lebuhraya KLIA dan ibu kota negara, Kuala Lumpur, Hotel Tenera berdekatan dengan kawasan membeli-belah dan kawasan makanan pilihan umum.