Pengat atau juga dipanggil bubur adalah sajian pemanis mulut yang sedap. Gabungan gula merah atau gula melaka yang dicampur dengan santan menjadikan rasanya lemak-lemak manis. Salah satunya adalah pengat bebola pulut dengan sagu yang dicampur dengan keladi. Jom cuba resipi ni.

PENGAT BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI

IKLAN

BAHAN-BAHAN

BEBOLA PULUT:

IKLAN
  • 100 gram tepung pulut
  • 50 gram kelapa parut
  • 30 gram gula merah/melaka
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil tepung jagung

DOH:

  • 1 helai daun pandan
  • 100 gram keladi yang dipotong dadu serta direbus
  •  1/2 sudu kecil garam

KUAH:

IKLAN
  • 250 gram santan pekat
  • 100 gram gula pasir
  • 50 gram sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
  • 650 ml air untuk merebus

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti kelapa;  Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam  kuali dan kacau.  Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
  2. Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
  3. Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
  4. Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
  5. Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI