Ha, ini dinamakan minum bukan sebarang minum. Tapi minum untuk menjaga kesihatan tubuh. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Platinum Holistic Wellness Centre, Norazizah Ruslan memberikan resipi minuman kesihatan yang mudah disediakan.

Menurutnya, minuman sihat ini bukan sekadar menghilangkan dahaga tapi juga berkhasiat. Malah tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, pengawet dan perasa tiruan. Minuman ini diperkaya dengan herba.

TEH MASALA

Penceramah Ini Kongsi 3 Resipi Minuman Sihat Untuk Sembelit dan Buang Angin, Boleh Cuba Buat Kat Rumah

BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar

CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.

IKLAN

KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.

TEH HIJAU CHIA SEED

Penceramah Ini Kongsi 3 Resipi Minuman Sihat Untuk Sembelit dan Buang Angin, Boleh Cuba Buat Kat Rumah

BAHAN-BAHAN
1 sudu teh chia seed
500 mls air
1/2 cawan kismis
1 uncang teh hijau
100 mls air sejuk.

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Rendam chia seed dalam air sejuk hingga kembang. Ketepikan.
2. Masukkan air dan kismis dalam periuk. Rebus sehingga air tinggal separuh. Matikan api.
3. Rendam teh hijau dalam air rebusan tadi sehingga kembang.
4. Buang uncang teh dan satukan dalam campuran chia seed.
5. Boleh hidang suam atau sejuk.

KHASIATNYA: Bantu masalah sembelit, lancarkan buang air besar dan kesan antioksidan.

CENDOL ALOE VERA

Penceramah Ini Kongsi 3 Resipi Minuman Sihat Untuk Sembelit dan Buang Angin, Boleh Cuba Buat Kat Rumah

IKLAN

BAHAN-BAHAN
1 pelepah aloe vera
1 helai daun pandan (disimpul)
4 helai daun pandan (diperah jusnya)
1/2 cawan gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air)
3 cawan santan
Kiub ais secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Aloe vera dibuang kulit. Dipotong kecil-kecil dan direbus dengan daun pandan sehingga lembut.
2. Toskan dan direndam dengan air perahan daun pandan. Ketepikan.
3. Satukan isi aloe vera, air gula melaka, santan dan ais.
4. Sedia untuk dihidangkan.

KHASIATNYA: Bantu membersihkan usus dengan lembut. Santan adalah lemak yang baik.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI