Ramai ke peminat Ayam Goreng Korea di sini? Kalau tengok dalam drama Korea, wah, bukan sedap lagi tengok mereka makan kan.
Tapi, nak buat Ayam Goreng Pedas ala Korea mudah je sebenarnya. Menerusi perkongsian saudara Mohamad Arymin, ada teknik rahsia untuk kekalkan tekstur crispy ayam tersebut. Teknik ini dipanggil double frying, orang Korea selalu buat.
Jom tengok resepi Ayam Goreng Korea by Abam Jambang Korea ni.
1. Potong ayam kepada 2, perap dengan sebiji telur, serbuk blackpepper dan sedikit perasa. Perap dalam 30 minit pun dah okay.
2. Bedak-bedakkan ayam tu dengan tepung bestari. Biar salut semuanya.
Ads
3. Gorengan pertama ni guna api sederhana je, sampai ayam nampak kuning keemasan dan isi dalamnya masak. Angkat dan rehatkan dalam 15-20 minit.
4. Ini rahsianya ayam kekal rangup, iaitu dua kali goreng. Goreng kali kedua ni guna api yang besar dan suhu minyak yang lagi tinggi. Goreng dalam 2-3 minit saja dan warnanya keperangan.
5. Sediakan bahan untuk sos pedas. Boleh adjust sukatan ikut tahap kepedasan korang.
6. Kisar bawang putih dalam chopper. Sekejap dah beres.
7. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih tadi.
8. Lepastu masukkan cili boh, kacau sampai agak garing. Masukkan sos cili dan sos cili & cendawan. Kacau rata.
Ads
9. Masukkan madu dan bahan perasa secukupnya. Akhir sekali masukkan ayam dan biji bijan. Gaul rata semuanya. Siap dan sedia untuk dihidang.
Mi wantan kicap adalah masakan cina yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Selalunya hidangan ini akan disajikan bersama sup wantan, wantan, dan sayur yang diletak bersama mi wantan.
Ini resipi turun temurun keluarga dan pernah menjadi sumber pendapatan Adam Corrie ketika zaman remaja. Nampak ringkas tapi rasanya menyelerakan dan sederhana.
BAHAN-BAHAN MI WANTAN
mi wantan (dicelur) – ada jual di supermarket.
minyak bijan
kicap pekat
kicap cair (apa-apa jenaman)
Sos tiram
Sayur sawi / siew pak choi
CARA MENYEDIAKAN
Campurkan semua minyak dan kicap dalam pinggan. Kemudian masukkan mi wantan yang sudah celur dan gaul rata. Tidak perlu di masak.
Taburkan bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi atau siew pak choi yang telah di celur di atas mi
BAHAN-BAHAN ISI / INTI WANTAN
Udang (dicelur) atau isi ayam ( di cincang halus)
Daun bawang- di potong halus
Lobak Merah- di potong halus
Sedikit tepung
Lada sulah
Garam
Sos tiram
CARA MENYEDIAKAN
Gaulkan semua bahan-bahan (Jika suka boleh tambah bawang besar, cendawan yang dipotong dadu kecil.) Tapi saya buat yang ringkas supaya inti wantan tidak basah. Kalau terlampau basah kulit wantan mudah koyak.
BAHAN-BAHAN KULIT WANTAN
Tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
Air panas mendidih
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan minyak masak.
Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.
Uli hingga sebati kemudian biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tidak keras
Kalau susah sangat atau mudah beli sahaja yang sudap siap di pasaraya.
BAHAN-BAHAN SUP RINGKAS
Air
Lada sulah
Kiub ayam
Daun ketumbar
Bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN
Didihkan air, masuk lada sulah dan kiub ayam.
Masukkan wantan yang sudah siap ke dalam sup.
Masakkan sekali dengan sup dah nak siap, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Info: Untuk rasa pedas boleh buat cili padi potong dan letakkan kicap cair. Wantan juga boleh digoreng dengan sedikit minyak.
Menghidu baunya saja dah boleh buat perut lapar. Selera terus terbangkit. Ayam goreng terkenal seperti KFC sememangnya menggamit selera. Bau pun dah cukup buat perut rasa lapar dan mulut rasa nak mengunyah. Tapi macam mana kalau ketika itu tengah malam? Jadi kalau tetiba rasa nak makan ayam KFC, tapi restoran tu dah tutup, boleh cuba buat sendiri. Esok-esok barulah makan yang sebenar.
AYAM GORENG ala KFC
BAHAN ASAS
1 ekor ayam
2 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAP
• Bawang merah
• Bawang putih
• Halia
• Lada hitam
• Serbuk cili
• Kunyit
• Kiub ayam
• Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan.
2. Perap ayam 30 minit ke atas.
BAHAN TEPUNG GORENG
• Tepung gandum
• Tepung jagung
• Sesudu kecil soda bikarbonat
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil ayam yang sudah diperap.
2. Celup ayam ke dalam telur ayam yang sudah dipukul.
3. Golek ayam sepenuhnya dalam tepung.
4. Goreng ayam di dalam minyak masak yang sudah dipanaskan. Ayam mesti tenggelam dalam minyak masak.
Musim perayaan begini, nasi impit memang antara hidangan yang wajib ada dalam menu Hari Raya. Zaman dulu, ibu-ibu kita buat sendiri nasi impit, homemade. Tak sukar pun buatnya jika tahu teknik yang betul.
Untuk resipi nasi impit kali ini, Fauziah Amin sudi berkongsi penyediaan nasi impit homemade. Menurutnya, beras pun memainkan peranan untuk menghasilkan nasi impit yang lembut dan sedap.
Buat nasi impit sendiri, selain sedap ianya menjimatkan juga. Jom ikuti perkongsian resipi daripadanya.
Jika guna plastik yang bersaiz comel atau kecil, dah masak nanti hasilnya pun comel juga. Jadi, saya gunakan plastik besar bersaiz 5×8. Besar lebih mudah. Dah macam bantal bayi.
Dah masukkan beras ke dalam plastik, lipat hujung plastik dan staplekan saja.
Sukatan beras adalah setengah daripada plastik.
Buatlah lubang-lubang pada plastik menggunakan garpu atau lidi sate. Jangan gunakan pisau, bimbang plastik terkoyak.
Setelah selesai, bolehlah direbus selama 2 jam dan boleh angkat. Lembut je. Lebih lama tempoh merebus, lebih elok. Nasi impit tak mudah basi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!