Ada masa terluang hujung minggu ini? Jom serbu ke RASA Layan Curry Fiesta yang telah akan berlangsung selama empat (4) hari bermula 5 hingga 8 September 2024 dari jam 11 pagi hingga 12 malam. Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti anda seisi keluarga!
RASA Layan Curry Fiesta merupakan pertama kali dianjurkan oleh pihak portal majalah RASA dengan rakan kerjasama HAVOC sempena sambutan Hari Malaysia. Lebih meriah lagi, RASA Layan Curry Fiesta turut diiringi bersama Syok Fest Kita anjuran ASTRO yang berlangsung di Oval Lawn, Setia City Convention Centre. Kemeriahan berganda dengan pesta makanan dan hiburan.
Ads
Antara aktiviti yang bakal menanti anda hujung minggu ini termasuklah:
Pertandingan Teh Tarik Kaw-Kaw bersama The Teh Tarik King
Pertandingan Roti Canai Terbang bersama Chef Matt
Nasi Kandar Percuma Terima Kasih Abang Rider
Pertandingan Makan Roti Canai Ekspres Ultra bersama redONE
Demo Masakan Kari Sajian Istana & Daging Masak Jintan x JALEN
Pameran Kereta Berhias Hello Kitty Malaysia
Mini Petting Zoo
PERCUMA! 250 Kari Ikan Jenahak (Booth RASA)
Raja Roti John Kewpie
Ads
Bukan itu saja, Havoc turut menganjurkan pelbagai program menarik seperti:
Majlis Ilmu: Ilmu Apa Hari Ini
Majlis Havoc Berselawat
Meet & Greet
Busking
Clown & Magic Show
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
Pertandingan Memanah
Pertandingan Congkak
Ads
Jangan lepaskan peluang ini dan rasai kemeriahan di RASA Layan Curry Fiesta pada 5-8 September 2024 di Parking B, Setia City Convention Centre, Shah Alam bermula jam 11 pagi hingga 12 malam. Jumpa anda di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Minat yang mendalam dalam bidang masakan sejak dari kecil lagi membuatkan Mohd Sharifudin bin Saleh bertekad untuk menyertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’S. Selain minat, dia sebenarnya mahu mencabar dirinya untuk menghasilkan satu hidangan yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Orangnya nampak tenang dan bersahaja. Tentu anda sendiri tidak menyangka bahawa dia adalah seorang bekas askar. Ternyata dia sungguh gembira dan meluahkan rasa syukur pabila namanya diumumkan sebagai Top 2 bagi Team Selatan. Apatah lagi team Selatan memperoleh markah tertinggi pada ketika itu.
“Apabila diumumkan berjaya ke peringkat separuh akhir, memang saya sangat teruja. Rasa nak pusing satu mall tapi kenalah control macho,” ujarnya sambil tertawa.
Memilih menu Lamb Chop Hitam Manis Masa’la BABA’S, Sharifudin Saleh cuba mengolah menu dari Barat ini kepada cita rasa timur tengah dan tempatan. Gabungan pelbagai rempah dari BABA’S serta campuran herba dari Timur Tengah mencipta satu rasa yang berbeza dan sempurna dalam hidangan ini.
Rasa seronok dan gembira apabila menerima komen yang positif daripada pihak juri. Maknanya mereka boleh menerima olahan resipi saya. Bila mereka beri pujian, hati saya dah terdetik yang saya ada peluang untuk mara ke peringkat yang seterusnya. Tak sangka. Ibarat mimpi menjadi kenyataan
Disoal tentang harapan jika menjadi Top 4, tentulah dia mahu menjadi JAGOH RASA BABA’S 2022. Tiada lain yang diharapkan selain menjadi juara dan tentunya dia akan melakukan sehabis baik demi menaikkan nama Team Selatan. Gegau jangan tak gegau, sehingga peluh yang terakhir!
LAMB CHOP HITAM MANIS MASA’LA BABA’S
BAHAN-BAHAN:
500gm lamb chop
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
100gm Serbuk Kari Daging BABA’S
50gm Serbuk Kari Ikan BABA’S
25gm Serbuk Rempah Masala BABA’S
2 sudu makan kicap pekat
10gm madu batu
5gm western herb
1 sudu makan rosemary
1 sudu makan Serbuk Jintan Putih BABA’S
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali. Masukkan minyak sapi dan mentega.
Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan rempah-rempah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan lamb chop, masak sehingga lembut dan sempurna.
Letakkan madu batu, kicap pekat dan garam.
Bila sudah masak, bolehlah hidangkan mengikut kreativiti anda.
Selamat mencuba.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Rasanya ramai dah tak sabar nak balik ke kampung kan apabila Perdana Menteri mengumumkan yang kita sudah boleh merentas negeri bermula hari ini. Tapi, balik kampung tu ada bawa buah tangan tak? Jika anda tak tahu nak bawa buah tangan apa, kami cadangkan anda cuba buat kek lemon butter cheese oren ini. Pastinya gabungan rasa di dalam kek ini tersangatlah sedap tatkala dinikmati bersama yang tersayang. Resipi ini dikongsi oleh Zee Basir. Selamat mencuba!
Mengalami masalah keputihan menyebabkan anda kurang selesa dan hilang keyakinan diri bila bersosial dengan kawan-kawan tapi malu nak jumpa doktor. Mungkin korang boleh atasi dengan cara tradisional yang sangat mudah. Apa yang diperlukan hanyalah kunyit,halia, sedai, gula Melaka atau gula batu dan asam jawa/ asam gelugor untuk dijadikan jus yang boleh korang amalkannya beberapa hari hingga masalah degil ini berkurangan. Hasilnya memang tidak mengecewakan, memang tak rugi mencuba ye.
JUS KUNYIT HALIA BAHAN-BAHAN: 6cm kunyit hidup | kalau dapat ibu kunyit lagi baik 3cm halia tua 1 batang serai Gula Melaka/Gula Batu secukupnya 300ml air panas mendidih
CARA MEMBUAT:
Cucu bersih kunyit, halia dan serai.
Hiris nipis-nipis, kemudian masukkan dalam air panas.
Campurkan air asam jawa atau asam gelugor.
Tambahkan sedikit gula Melaka atau gula batu sebagai penambah rasa.
Apabila suam bolehlah diminun.
Amalkan dua kali sehari sehingga masalah keputihan hilang.