
Isi Kandungan
ToggleParmesan Pastry Bites, hidangan yang mudah untuk disediakan. Malah, ia begitu enak dimakan ketika panas-panas. Tak sedar habis sepinggan. Memang tak jemu makan. Paling penting, gunakan Keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa hidangan ini. Bertambah enak dibuatnya. Anda boleh cuba hidangan ini. Pasti puas hati.
PARMESAN PASTRY BITES
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 keping puff pastry segera
- 100gram Perfect Italiano Parmesan
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Cincangan parsli kering secukupnya
- 1 biji telur – pukul dengan garfu
CARA MEMASAK:
- Potong puff pastry mengikut saiz yang disukai.
- Berus dengan telur di sekeliling pastri.
- Letak 1 sudu makan Perfect Italiano Parmesan di bahagian tengah. Tabur serbuk paprika dan parsli kering secukupnya.
- Susun puff pastri di dalam dulang pembakar.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 10-15 minit atau hingga pastri keperang-perangan. Hidangkan panas.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Telur Berkeju Yang Enak Untuk Sahur

Isi Kandungan
ToggleUntuk anda yang sedang mencari menu ringkas untuk bersahur dan sesuai untuk anak-anak, cubalah buat Roti Telur Berkeju ni. Tambahkan coklat rice dan strawberi sebagai hiasan untuk menarik perhatian anak-anak. Pasti mereka tak sabar nak makan! Untuk menambah khasiat dalam hidangan ini, gunakan Keju Chesdale kerana ia tinggi kalsium dan protein yang sesuai untuk anak-anak. Jom cuba!
ROTI TELUR BERKEJU
Bahan-bahan:
- 6 keping roti
- 10-12 keping Keju Chesdale
- 4 biji telur
- 100ml Fernleaf Susu UHT
- ¼ sudu teh garam
- Anchor Unsalted Butter secukupnya
- Hirisan strawberi secukupnya
- Coklat rice secukupnya
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk, satukan telur, Fernleaf Susu UHT dan garam. Pukul sebati.
- Ambil sekeping roti celup dalam campuran telur.
- Letak dua keping Keju Chesdale atas roti, tabur coklat dan tutup dengan sekeping lagi roti yang telah dicelup dengan telur.
- Cairkan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper. Letak roti berkeju tadi dan masak hingga perang di kedua-dua bahagian.
- Letak roti dalam pinggan, tabur coklat rice sepenuhnya. Hias dengan hirisan strawberi. Hidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Aneka Hidangan Berbuka Berasaskan Ubi Keledek

Pelbagai hidangan menarik boleh dihasilkan dengan menggunakan keledek. Sesiapa yang mempunyai keledek di rumah tapi tidak ada idea untuk buat hidangan, boleh lah cuba resipi-resipi ni untuk dihidang masa berbuka.
1. BEBOLA UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan ubi keledek-rebus & mashed
- 1 biji telur
- 1/2 sudu baking powder
- tepung secukupnya
- minyak untuk menggoreng
- sedikit garam
- 3 tsb gula
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan ubi, baking powder, telur dan garam ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga tak melekat di tangan.
- Buat bulat-bulat kecil. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
- Sedap dimakan panas.
Kredit resipi & foto: Qasey Honey
2. KUIH GERODAK UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN
- 600 gm keledek (resipi ni guna keledek isi oren & lebihkan sikit kuantitinya sebab nak kurangkan manis)
- 7 biji telur (gred A)
- 5 keping nisse saiz kecil (gula kerek) (resipi ni guna 4 keping je sebab taknak manis sangat)
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan ~ disimpul
- 10 kuntum bunga cengkih
- 1/2 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN
- Keledek dikupas kulitnya & cuci bersih. Potong/mayang memanjang.
- Masak gula nisse/gula kerek bersama-sama dengan air, daun pandan & cengkih sehingga larut & pekat. Keluarkan daun pandan dan mengkuang yang balut nisse. Tapis air gula tadi.
- Pecahkan telur, kacau-kacau sedikit. Tuangkan air gula nisse ke dalam telur, masukkan garam & kacau rata.
- Masukkan bancuhan telur dalam periuk yang sesuai (kalau ada periuk yang tebal lebih baik kerana tidak cepat hangus). Campurkan hirisan keledek tadi & ratakan sedikit. Masak dengan api paling perlahan dengan periuk tertutup. (Jika guna pemanggang ajaib jadi ia nampak nipis & cepat empuk) Bila keledek empuk & bancuhan telur membeku bolehlah dipadamkan api. Sesuai dihidangkan ketika masih panas atau sejuk dimasukkan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & foto: MaDiHaA aka Ratna
3. BERGEDIL KELEDEK
BAHAN-BAHAN
- 6-7 ketul keledek (kentang pon boleh)
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit isi ayam/daging
- Hirisan daun sup/bawang
- Sedikit bawang goreng
- Kobis-hiris
- Cili merah-potong bulat
- Secubit garam
- Lobak merah-potong dadu
- 2 biji telur-pecahkan
CARA PENYEDIAAN
- Rebus keledek hingga empuk. Kemudian toskan.
- Kemudian lenyek/tumbuk hingga lumat.
- Campurkan dengan tepung gandum dan semua bahan-bahan di atas.
- Gaul sebati adunan itu.
- Bila dah sebati, bulat-bulatkan sebesar bola pingpong . Leperkan sedikit.
- Bila dah siap, golekkan dalam telur yang dipecahkan tadi.
- Sedia untuk digoreng. Goreng hingga garing/masak.
- Siap!
INFO: Lebihkan ayam, daging tu atau udang untuk lebih sedap
Kredit resipi & foto: Ryna Hakimi
4. KUIH TALAM UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN (LAPISAN BAWAH)
- 300 gm keledek merah – rebus dan lecek
- 75 gm tepung beras
- 75 gm tepung ubi
- 150 gm santan kotak
- 150 gm air
- 250 gm gula pasir – (guna 200 gm)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil esen vanila (jika suka)
- Sedikit pewarna kuning
BAHAN-BAHAN (LAPISAN ATAS)
- 100 gm tepung ubi
- 200 gm santan pekat
- 200 gm air
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN BAWAH)
- Kisar semua bahan dan masukkan dalam periuk. Kacau di atas api sederhana hingga pekat.
- Sapu minyak pada loyang. Tuangkan ke dalam loyang. Boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.
CARA PENYEDIAAN (LAPISAN ATAS)
- Kisar semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi.
- Kukus semula selama 10 minit.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong.
Kredit resipi & foto: Azie Kitchen
5. PAI CRUMBLE KELEDEK
BAHAN-BAHAN (PASTRI PAI)
- 200 gm tepung gandum
- Secubit garam halus
- 100 gm mentega/margerin
- 2-3 sudu besar air ais
- 1 biji telur
- 1 sudu besar tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
- Ayak tepung gandum dan tepung jagung bersama garam ke dalam mangkuk.
- Masukkan mentega. Gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan telur. Tambahkan air ais sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh lembut.
- Isikan ke dalam plastik atau balut dengan ‘cling wrap’. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.
Sementara tu sediakan lapisan kastard dan inti pai.
BAHAN-BAHAN (KASTARD)
- 1/2 tin susu cair
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
- Satukan semua bahan di dalam periuk. Gaul dengan whisk hingga sebati.
- Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api perlahan. Masak kastard sambil dikacau sehingga kastard pekat. Ketepikan.
CARA MEMASAK PASTRI
- Keluarkan doh daripada peti sejuk. Canai pastri pada ketebalan bersesuaian dan letakkan di dalam tin pai bersaiz 7 inci. Biar berlebihan di tepi acuan kerana pastri akan sedikit mengecut apabila masak.
- Panaskan oven pada suhu 180 C. Masukkan tin pastri di tengah oven dan bakar selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
BAHAN-BAHAN INTI PAI
- 150 gm keledek putih/merah- dipotong kiub dan direbus empuk
- 50 gm gula perang
- 1 biji telur
- 20 gm mentega
- 60 ml susu segar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1/4 sudu teh garam
BAHAN CRUMBLE
- 50 gm gula perang
- 20 gm tepung kek/ tepung berserbuk penaik
- 15 gm mentega
- 3 sudu besar kacang tanah yang telah disangrai dan dikisar
- 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
- Lecek keledek hingga halus. Campurkan dengan gula, mentega, esen, telur dan garam. Gaul sebati.
- Keluarkan pastri yang telah dibakar tadi dan ratakan kastard di atasnya.
- Ratakan pula campuran keledek di atas lapisan kastard. Akhir sekali satukan semua bahan crumble dan gaul sebati. Taburkan di atas lapisan keledek.
- Masukkan pai ke dalam bahagian tengah oven dan bakar pada suhu 160 C selama 30-40 minit lagi. Sejukkan sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto: Raihan Shaari
Selamat mencuba!
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Kongsi Idea Sajian Sarapan Timur Dan Barat… Cepat Dan Mudah!
Resipi Jejari Rangup Parmesan, Sedap Makan Panas-Panas

Isi Kandungan
ToggleTak perlu ke kedai bakeri dah kerana anda boleh buat sendiri Jejari Rangup Parmesan ini di rumah. Memang puas hati bila makan tu kerana cukup segala rasa. Lebih-lebih lagi apabila ditambah keju dan dimakan panas-panas. Satu memang tak cukup! Sangat lembut, gebu dan enak.
Tentunya penggunaan Keju Perfect Italiano Parmesan membantu menaikkan rasa hidangan ini. Ia merupakan keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Keju yang wajib ada dalam peti sejuk rumah anda. Wajib cuba dan gerenti menjadi.
JEJARI RANGUP PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
- 250gram tepung gandum
- 150ml air suam
- 200gram Keju Perfect Italiano Parmesan Grated
- 7gram yis kering
- ½ sudu makan minyak zaitun
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Tuang yis kering dan gula ke dalam 50ml air suam dan biarkan kembang (berbuih) selama 3-5 minit.
- Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk pengadun. Tuang minyak zaitun dan campuran yis tadi lalu uli perlahan. Perlahan-lahan tuang lebihan air suam tadi lalu teruskan menguli untuk beberapa minit.
- Masukkan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke dalam mangkuk pengadun lalu uli lagi hingga jadi doh yang tak melekat di mesin pengadun.
- Keluarkan doh dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah ditabur sedikit tepung. Tutup dengan cling wrap dan rehatkan selama 10 minit atau hingga agak kembang.
- Keluarkan doh lalu canaikan di atas papan pencanai yang telah ditabur tepung. Canai dengan ketebalan yang diingini lalu potong memanjang seperti jejari.
- Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah diletakkan parchment paper lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 8-10 minit atau hingga keperang-perangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan tabur lebihan Keju Perfect Italiano Parmesan Grated ke atas jejari rangup tadi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official