Pancake Popia Inti Udang, Resipi Snek Mudah Untuk Minum Petang

Share

Jom cuba resipi Pancake Popia Inti Udang ni. Rupa macam popia tapi cara buatnya ada kelainan sikit. Sangat enak dimakan bersama sos pencicah Thai. Jom tengok resipi dari Tengku Roselyza Raja Muhammad

ni. Sesuai dijadikan menu sajian minum petang.

CARA MASAK PANCAKE POPIA INTI UDANG

BAHAN-BAHAN :

  • Kulit popia  secukupnya
  • 10 ekor udang – dipotong kecil-kecil
  • 1sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 3 ulas bawang putih – dihiris halus@cincang
  • Daun kucai – dipotong pendek
  • Cili merah besar – dicincang halus
  • 4 sudu besar @ 2 senduk kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Sebiji telur
  • Sedikit tepung gandum yangg dibancuh dengan air – untuk gam

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia dan tepung gandum.

2. Kulit popia dilipat dua dan gunting .

3. Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia. 

4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dengan tepung gandum untuk gam dan tampal selapis lagi kulit popia.

5. Panaskan minyak masak dan goreng popia tadi hingga garing. Angkat dan toskan.

6. Pancake Popia Inti Udang sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Elina