Kalau anda dan keluarga penggemar cucur sayur yang rangup, tidak keras bila sejuk dan tak berminyak bila digoreng. Anda boleh cuba resipi cucur sayur yang dikongsikan ini. Ia sangat mudah dan sesuai dijadikan menu untuk hidangan minum petang anda sekeluarga tak kala PKP ini, barulah tak bosan di rumah.
CUCUR SAYUR BAHAN-BAHAN:
200gm kubis | cincang halus
1/2 batang lobak merah |cincang halus
5 ulas bawang putih | kisar
150 gm tepung beras |ayak
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur atau 60 gm | pukul menggunakan garpu
2 batang daun bawang |cincang
175 ml atau 3/4 cawan air
Ads
CARA MEMASAK:
Ads
Ads
Masukkan hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
Hidangkan bersama sos cili.
INFO: Anda boleh pelbagaikan isian sayur-sayuran ikut cita rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mudah dengan hanya gaul sebati bahan-bahan dan kukus. Resipi orang teow chew , masakan Cina versi halal dan sihat.
AYAM MASAK TAUCU PEDAS
.
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam bahagian paha dan betis-bersihkan dan potong kecil
1 biji bawang holland-dicincang
1 labu bawang putih-dicincang
6 cili merah dicincangkan-jika mahu pedas boleh gantikan densgan cili api
1 sudu besar taucu
1 sudu besar gula perang-boleh ganti gula putih
4 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah
1 batang daun bawang-dihiris
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan sebati bahan-bahan dalam mangkuk. Alihkan ie dalam dulang dan kukus dalam 40 minit.
.
2. Kukus ayam tanpa campur air. Selepas kukus akan penuh juice ayam dalam dulang.
3. batang daun bawang hiris kecil dan masukkan bila ayam sudah hendak masak dalam 30 minit dan kacaukan kejap dan kukus balik 10 minit.
4. Siap boleh hidangkan.
INFO:
Resipi ini tidak menggunakan garam sebab sudah ada kicap cair. Tapi kalau yang ingin rasa masin boleh letakkan garam secukup rasa.
Asam Pedas merupakan antara menu kegemaran ramai. Selalunya kita makan Asam Pedas Ikan kan? Kali ini, jom kita cuba buat Asam Pedas Ayam pula. Jarang orang masak Asam Pedas Ayam ni tapi bagi orang Johor, ini menu biasa je. Nak tahu resipi penuh? Jom kita lihat resipi perkongsian Amoy Sally ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah | dikisar
5 ulas bawang putih | dikisar
2 inci kunyit hidup | dikisar
1 inci halia | dikisar
Lada hitam | dikisar
Cili kisar | ikut tahap kepedasan masing-masing
2 batang serai | diketuk
Daun kesum | lagi banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Air asam jawa
Minyak masak | kena guna minyak yang banyak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili betul-betul masak dan garing.
3. Bila cili dah garing, boleh masukkan ayam atau ikan. Bila ayam dah agak kecut, baru masukkan air hingga paras ayam.
4. Kemudian, boleh masukkan perasa dan masukkan daun kesum, daun limau, bendi dan tomato.
5. Akhir sekali masukkan air asam jawa.
6. Siap dan sedia dihidangkan.
INFO:
Air boleh ditambah mengikut banyak mana yang anda suka
Rupanya ramai yang suka kuih peneram panas-panas kan. Kalau buat kuih ni, goreng je habis. Goreng je habis. Kita pun tak menyempat nak merasa.
Menerusi perkongsian daripada saudari Abby Razy, dia memang menyediakan doh lebih awal kerana apabila nak makan, terus goreng saja sebab sedap makan panas-panas. Umpama rangup dan cair di mulut.
Ada 2 bahan asas iaitu tepung beras dengan gula merah. Kuih ni agak renyah, silap haribulan macam makan batu. Tapi berbaloi kalau buat sendiri.
RESIPI KUIH PENERAM TRADISI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras – beli online di sini 500gm gula merah – beli online di sini 1 sudu kecil garam (sukatan manja-manja) 2 cawan air (cawan nescafe, sukatan manja-manja je, jangan penuh-penuh)
1. Panaskan gula merah dan air. Biar tiga kali menggelegak tau supaya molekul dan partikel dalam gula pecah. Itu rahsia rangup dan rapuh. 2. Masukkan air gula yang panas tu ke dalam tepung. Pastikan ditapis. 3. Kacau sebati sehingga adunan jernih dan cantik. 4. Kemudian wajib peram sekurang-kurangnya 24 jam Rajin-rajinkan menguli ya.
*Doh ni memang tahan lama sebab tu, saya berani buat postage. Paling sedap doh diperam 3 hari dan ke atas pada suhu bilik ya. *Jangan peram dalam peti ais. Kita nak tepung dan gula sebati serta mesra bersama. *Doh tahan 4-5 ++ hari pada suhu bilik, tapi biasanya lepas seminggu baru saya akan letak dalam peti ais.
*P/S: Kalau doh lembik, tambah 1 sudu tepung beras. Kacau sampai adunan bertali. Waktu panas memang adunan agak lembik, tapi bila dah sejuk baru jadi cantik. *P/S 2: Goreng wajib dengan minyak yang betul-betul dah panas, baru kuih jadi cantik dan rangup dan tak kereh.
*P/S 3 : Tiga kali menggelegak gula tu maksudnya, bila dah gelegak tutup api. Kacau sekejap, nanti buka lagi sampai mnggelegak. Ulang langkap ni sampai 3 kali atau lebih. *Tepung yang saya guna adalah cap Teratai, bukan 3 teratai tau tapi cap Teratai. Ada yang pernah cuba cap gajah, tapi mendukacitakan. *Untuk gula merah, saya pernah cuba yang tongkol tu. Orang Terengganu panggil nissang tapi bukan asli sebaliknya yang campur. Hasil dohnya, warna pucat dan bila goreng agak keras. Saya cuba beli gula merah timbang, hasilnya warna cantik sangat dan kuih pun rapuh sedap. *Orang tua zaman dulu guna daun pisang, kemudian lepas goreng (klik video di sini) letak tempat yang ada angin untuk lembutkan. Tapi saya suka yang rangup.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.