Bagi anda yang ada anak kecil, pasti akan menggemari sajian Oyster Sauce Chicken @ Ayam Masak Sos Tiram cara cina ini. Menu ini bersifat savori tapi manis. Ayamnya dimasak lembut dan berjus. Rasa sos yang pekat tapi tidak terlalu masin. Berbeza dengan ayam masak sos tiram versi Melayu. Ayam sos tiram versi Melayu digoreng garing dahulu kemudian baru dicampur ke dalam kuah sos tiram. Ha…Bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni. Anak-anak pasti suka.
RESIPI OYSTER SAUCE CHICKEN STAIL CHINESE
BAHAN-BAHAN:
Potongan ayam secukupnya Secubit serbuk kunyit – beli online disini Sedikit garam (tak perlu terlalu masin) 2-3 tiga titis cuka makan – beli online disini 2 sudu minyak masak 1 ulas bawang putih – ketuk 1 pokok daun bawang – potong panjang 1/2 biji bawang merah – hiris 1/2 batang lobak merah – potong mancis Sedikit air 1 sudu besar kicap pekat – beli online disini 1 sudu besar kicap cair – beli online disini 1 sudu besar sos tiram – beli online disini 2 sudu air bancuhan tepung jagung – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sediakan ayam. Satukan dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan cuka makan. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.
2. Panaskan minyak masak ke dalam pan. Masukkan ayam. Tutup pan.
3. Biarkan ayam keluarkan jus dan masak dalam proses pengewapan. 4. Bila buka penutup pan, ayam akan jadi warna keemasan seperti ini. Balik-balikkan dan tutup semula pan. 5. Biarkan ayam sehingga jus kering.
6. Potong lobak merah, daun bawang, bawang merah dan bawang putih.
7. Masukkan bawang putih, bawang merah dan hirisan lobak merah ke dalam pan. Masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih.
Ads
8. Tutup lagi. Biarkan ayam masak sehingga air kering.
9. Bila air sudah kering. Masukkankicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Tidak perlu lagi tambahan perasa lain.
10. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sehingga kuah menjadi pekat dan likat.
Buat mereka dari Pantai Timur, keropok lekor memang tidak asing lagi. Makan panas-panas memang berebut makan. Kalau anda peminat keropok lekor, boleh saja membuatnya sendiri. Apa yang perlu menggunakan ikan segar dan tepung sagu,barulah jadi elok kejadiannya. Buat yang ingin mencuba, dikongsikan resipi oleh ibu Fatin Umiyah ini yang merupakan orang Terengganu asli.
KEROPOK LEKOR HOMEMADE
Bahan-bahan:
Isi ikan (selayang/selar) yang mentah*kisar menggunakan blender kering
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjaul makanna dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOLOK LADA KUKUS & SOLOK LADA REBUS YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili/lada hijau
7 ekor ikan selayang/sardin
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang merah besar
1 biji telur
1 sudu besar kelapa goreng( optional )
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar santan pekat
RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja. Tumbuk isi ikan tadi hingga lumat. Ketepikan.
2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.
4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.
5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.
6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bekas kukusan. Kukus anggaran dalam 10-15 minit.
7. Jika mahu rebus, susun solok lada tadi di dalam periuk. Rebus guna api kecil selama 5-10 minit.
Hari Deepavali dah lama berakhir tetapi maruku memang sentiasa ada sepanjang masa. Kudapan kesukaan rakyat Malaysia ni . Buat Dr Pushpa Rao resipi Maruku warisan ibu dan olahannya sendiri sentiasa menjadi piihan.
Meh cuba resipi yang dikongsikan Pushpa ni memang berbaloi dicuba, memang rangup.
1/2 sudu kecil bijian omam ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Secubit serbuk hing (asafoetida) – beli online DI SINI
Santan dari 1/2 kelapa
CARA MEMASAK : 1.Kacau semua bahan2 diatas sampai jadi macam dough chappati 2. Guna acuan muruku untuk hasilkan muruku yang bulat-bulat begini dan goreng sehingga kuning keemasan